Saturday, December 14, 2013

Sebentar Dan Bukan Selamanya

Assalamualaikum..

nak cerita kisah yang dah berlalu seminggu.. seminggu dah berlalu baru dan hari ni nak cerita.. seperti biasa, sibuk adalah penghalang segalanya untuk update blog.. dan susah nak dapat line internet laju kat sini..aku kene turun cc baru bole nak dapat internet laju..huhu

minggu lepas kisahnya aku pergi jumpa en buah ati, teman dia beli fon baru.. sebab fon dia sebelum ni hilang.. walhal guna tak sampai setahun lagi dah hilang.. takde rezeki  nak buat camnekan.. lepas temankan beli fon, beli jam pulak.. suruh en buah ati beli jam sebab ada kes yang menyebabkan dia kene pakai jam..haha.. en buah ati ni jenis tak suka pakai aksesori, tapi dah dengan aku nasiblah..kahkah..

time pilih jam aku yang tukang pilih, en buah ati sekarang kalau boleh semua aku yang kena pilih.. takpe aku suka..hee.. dia kata apa yang aku suka dia suka.. tokey kedai jam ni siap cakap.. bagus..haha..


fon dengan warna fon en buah ati pilih sendiri sebab dia memang suka sangat yang tu.. jam aku.. casing fon aku.. btw suka tengok dia pakai jam tu.. nampak entah tak tahu nak cakap tapi suka lah.. lelaki pakai jam ni dia ada aura sendiri tau.. ke aku je rasa camtu..entah..hehe


smart tak shade kitorang? haha beli kat sini .. aku la tu yang menghasut ajak beli... nak sesama katanya..hehe..kekonon sehati sejiwa.. time ni dah otw nak balik dah.. kejap je kitorang jumpa.. beli barang, makan.. sesembang kejap baru balik..


gambar last time nak balik.. kitorang lama duduk lepak kat ktm ni.. sebab nak sesembang dulu.. train dah kali ke 4 baru nak naik.. nampak tak susah nak berpisah tu camne..hehe.. sebab susah adalah lepas ni tak jejumpa dah kot.. jumpa time bila masa yang sesuai tiba.. no more dating-dating gitu.. 

so perasaan bila train tu bergerak..payah nak kabo.. tapi aku tahan..cool-cool ada orang dalam ktm..haha. dalam hati..tuhan je tahu camne rasa dia..


p/s: tak sabar tunggu masanya tiba

Saturday, November 30, 2013

The Hunger Game


assalamualaikum...

nak cerita semalam punya cerita.. aku baru start sem, seminggu dah berlalu minggu belajar.. so macam biasa awal -awal sem kerja belum nak banyak lagi.. lagi pun cuti sem aku hari tu menetap je kat rumah sebulan.. 
dah balik kolej, memang takkan aku duduk diam jela dalam bilikkan.. ambil kesempatan berjimba bak kata lecturer aku..haha.. dan..dan aku bukak sem ada cerita hunger game yang kedua.. 

dah yang pertama aku tengok best, haruslah tegok yang ke duakan..lagi lama tak tengok wayang.. semangat la aku mengajar member keluar.. memasing pun semangat..syok la..hee


seperti biasa tak pernah mengecewakan jalan cerita dia 4/5 bintang aku bagi. macam-macam respon aku bagi time tengok, semangat katanya..hehe.. tapi biasalah, cerita best selalu nak ada sambungan.. pfftt... yang hunger game pertama elok je cerita dia tamat camtu, yang kedua ni dia bagi tergantung betul..haha.. takpe, aku sabar menunggu sambungannya.. cerita best la katakan..


banyak part best dalam cerita ni.. susah aku nak cerita la panjang-panjangkan.. korang pergi la wayang tengok sendiri ye.. salah satu aku suka time baju ni.. lawa gila kot.. pastu ada part dia berpusing, baju tu bertukar ada sayap burung.. ohsemm gila bak hang! rasa macam nak ada je baju camtu..


aku nak gak try pusing pakai baju ni, tapi malas nak buat naya.. bukan baju bertukar.. tuannya bertukar rupa sebab  pusing over sangat sampai tergolek..biasalah akukan suka buat aksi over-over ni.. jadi redhalah dengan baju yang ada..kehkeh..


kitorang pergi berlima.. classmate ada.. ex roomate ada.. junior pun ada.. nak ngorat pi usya barisan belakang saja ye.. yang tang depan dah berpunya.. harap maklum..jangan berduka cita oke? hahaaha..


hamik kau panjang lebar.. pakai kad student dapat la harga rm8.. jadi gunalah kelebihan anda semua yang masih belajar sebaiknya.. aku tinggal setahun lagi ni..sob..sob..

Thursday, November 21, 2013

Kisah Itu Hari

assalamualaikumm

kembali lagi untuk entry terbaru.. entry kisah semalam tapi hari ni baru dan nak hapdet.. sebab semalam punya penat menyebabkan aku malas nak bukak laptop, fon lagi senang..hehe..sambil gegolek sambil online.. pakai laptop tak boleh nak gegolekk..

jumaat ni aku dah kena balik kolej.. macam tak sabar.. macam berat hati.. entah la.. so bila nak balik kolej kenelah beli barang-barang sikitkan.. sejak beli kereta ni.. perghh..patah kaki gua beb.. menetap je kat rumah sebulan kecut otak..hehe.. susah takde kereta kalau nak ke mana mana.. nak mengharapkan orang lagi satu hal.. aku tak suka nak susahkan orang ni.. suka gerak sendiri.. boleh ikut kepala aku..

so en buah ati telah menawarkan diri untuk bawak aku keluar beli barang.. mujur dia sudi menawarkan diri.. kalau tak tak tahulah nak mengharapkan sapa lagi.. abang-abang dok bz..hmm.. ni pun en buah ati ada urusan lagi kat upsi, tu alang-alang ambil aku dengan abah kat rumah.. terima kasih awak.. terima kasih banyak-banyak.. walaupun kejar masa sikit time tu, tapi dah cukup baik dah..


first time abah ikot kuar.. kalau ada ibu mesti lagi best.. en buah ati tahan je, cover je kat depan tu, sebab aku kat belakang dok kenyit-kenyit mata..kahkah.. maafkan saya..


mokcik tengah memikir nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. haha.. aku kalau nak beli barang memang aku akan listkan.. tu yang penting takut terlupa.. dan lepas dah dapat yang aku list.. aku akan pusing lagi untuk cari barang tambahan.. kadang dua tiga kali aku pusing tempat yang sama.. masuk tempat macam ni, aku memang tak boleh nak kejap-kejap.. maklumlah peel mak-mak gitu.hahaha..


en buah ati cakap.. berapa kali dah lalu sini.. haha.. aku dok gelak jela.. itu perkara wajib dilakukan bila masuk TF.. dan..dan..  first time ada orang tolakkan troli time beli barang.. bestnye perasaan..hehe.. aku tinggal amek barang, pastu campak dalam troli.. pastu bila aku jalan laju, sampai en buah ati tak jumpa dah aku..haha.. dia kata laju-laju mak dia tak la hilang macam aku.. hehe.. 

mekasih la layan peel buah ati awak ni ha.. sian dia.. hee.. TI AMO!! 

Sunday, November 17, 2013

171113

Assalamualaikum..

hai.. kali ni tajuk entry berkaitan dengan tarikh juga..  sebelum ni tarikh besday en buah ati.. sekarang besday diri sendiri pulak.. maka dengan ini secara rasminya umur aku cukup 22.. tapi nak matangnye entahla tak tahu la bila.. ah lantak kira matang tu.. haha.. yang penting ilmu mak mak kena ada..haha.. gitu..

besday aku tahun ni kat rumah.. eceli besday kat rumah adalah sangat tak best.. aku prefer kat kolej kot.. entah.. sebab kat rumah takde pun sapa nak sambut besday aku.. sepotong kek pun takde, lagilah sebijik.. kat rumah lagi banyak tak syok dari syok.. lagi sedih jadinya.. hari yang aku tunggu-tunggu, jadi hari yang aku rasa cepatlah berlalu.. taknak fikir.. en buah ati jauh nak sambut sesama..huhu.. kalau tak mesti dapat layanan istimewa..

dan mujurlah ada en buah ati dalam hidup aku ni.. kalau tak lagilah sedih yang teramat, takde sape nak aku share, nak layan aku..nak dengar aku mengadu macam-macam.. thanks B~


keh lupakan cerita sedih.. tengok gambar atas.. aku bukak internet tetiba ada gambar kek.. aku ingatkan besday siapa sama dengan aku.. sekali aku letak cursor keluar HAPPY BIRTHDAY YATT.. comel betul google ni.. hehe..

okey.. dan seperti biasa, tiap kali entry pasal besday aku.. aku akan listkan siapa wish 10 terawal.. cukup takyah banyak-banyak.. cuma beza kali ni.. selalunya aku akan listkan 10 by fon dan 10 by fb.. tapi kali ni takde.. aku hanya list top 10 sahaja sebabnya.. sekarangkan macam-macam app.. 

so pelbagai tempat dorang dok wish.. dan lagi satu sebab fb aku hidekan besday, sebabnya aku taknak dah ada orang wish yang ingat semata fb yang reminderkan.. aku nak dorang ingat sendiri dan ada effort sendiri nak ingat.. wah kerek pulak ayat aku..haha.. 

dan seperti biasa.. orang pertama adalah en buah ati yang tercinta..dia over awal tau..haha.. kemain dah tepon sebelum pukul 12.. dalam 7 minit camtulah dia dah kol nak wish.. dia nak wish, aku suruh tunggu pukul 12 gak..haha..  risau katanya ada orang yang akan wish lebih awal.. shomell tau! hehe.. kat fb pun kemain awal dia wish.. ala risau sangat dia, takdenya la orang lain nak wish besday aku awal-awal tepat pukul 12.. en buah ati je orang paling semangat.. masih awak..!!

so aku nak listkan top 10.. terima kasih pada cintaku, family dan teman-teman yang ingat.. thanks sangat! mmuaahhh!!!

1- Abu Suffian
2- Nur Inani
3- Along (kakak ipar)
4 - Nur Faradatul Wahida
5- Nurul Natasha Amalina (anak buah)
6-Syuhada
7- Syazatul Areena (anak buah)
8- Ain Balqis
9- Nor Muslihah 
10- Shahrul Shahwal


okey tu jer cerita aku.. sekian terima kasih..


p/s: alhamdulillah masih dapat menikmati nikmat yang tak putus-putus dariNya..

Wednesday, November 13, 2013

131113

assalamualaikum

cantik pulak tarikh hari nikan.. hee.. hari ni besday en buah ati ai yang terchinta.. dan tahun ni aku berjaya menepati masa wish awal.. siap tengok betul-betul jam.. tak sampai 5 minit asik jeling jam je..haha.. fobia woi..fobia.. seperti biasa wish pakai fon saja.. dari jauh saja.. maklumlah pjj gitu,.. 

hadiah dah siap bagi awal.. tapi suruh bukak time besday.. meroyan en buah ati aku geram nak bukak..hahaha.. tapi syarat bukak ikut timenye mesti dipatuhi.. dia kata, dia sorok dekat tempat tak nampak..geram nak bukak katanya.. haha.. sian buah ati aku..

tu yang malam tadi punya excited dia bukak.. seminggu dia tahan sabar nak bukakkan..hehehe.. dan en buah ati suka hadiah yang aku bagi.. alhamdulillah.. sebab aku rasa hadiah tu cam tah pape je.. huhu.. nak tunjuk kat sini aku lupa pulak snap gambarnya.. ala aku beli keychain ada nama dia.. tapi bukan keychain macam orang bagi balik bercuti tu okey.. ni high kewlass sikit..hehee..


walaupun malam tadi wish by fon je.. tapi tadi dapat jumpa.. kehkehkeh.. sebab en buah ati ada urusan kat upsi.. macam biasa singgah la rumah aku.. dah dekatkan.. dapat la jumpa kejap.. wat lepas rindu yang tak pernah, tak rindu.. faham dak ayat aku? haha..

happy birthday yang ke 23 en buah ati kesayangan..! lagi berapa hari turn aku pulak.. hee.. tapi versi muda setahun ye.. hee..



Sunday, November 10, 2013

Berkhidmat Kepada Haiwan

Assalamualaikum..
kali ni aku nak cerita pasal aktiviti aku sem lepas.. seperti yang telah dikatakan kat entry sebelum ni, kan aku ada cakap nak cerita pasal aktiviti sem kan. so ini antara aktiviti sem 4 aku.. persatuan kos aku persatuan COMM.UNITY kitorang buat aktiviti sukarelawan kat zoo negara.. masa lecture aku cakap nak buat sukarelawan aku paling semangat nak join.. laju aku angkat tangan.. hehe.. sebab utamanya aku suka binatang.. suka sangat!
pagi-pagi kitorang dah gerak dari kolej.. semangat oke.. aku dah lama gila tak pergi zoo last masa sekolah rendah mungkin..huhu.. kesiankan.. so aktiviti kitorang memang kena bersihkan kawasan zoo dan sangkar-sangkar haiwan dalam tu.. nasiblah masing-masing dapat sangkar binatang apa sebab semua ni pihak zoo yang bagi kitorang tak boleh pilih..
dan aku dengan group aku tempat paling best! sebab utamanya kitorang punya tempat tak heavy sangat nak buat kerja dan abang yang jaga tempat tu sangat la sporting gila!! tak garang.. group lain masing-masing kata garang..rezeki kitorang.. dan ahli group aku geng-geng aku jugak.. classmate aku! lagi syok lakan..hehe
ni classmate aku.. yang pakai purdah roomate aku.. dapat geng memang syok la buat kerja.. gelak-gelak lagi..hee.. kami budak penyiaran! yeaahh! ehe

untuk pengetuan kitorang memang tak boleh nak snap gambar dalam ni menggunakan kamera sendiri.. ada jurukamera khas yang snapkan gambar.. tapi kan aku cakap abang yang jaga bahagian ni adalah sangat sporting.. dia tak kesah pun.. tapi bab buat kerja dia tegas..hee

kitorang jaga bahagian reptilia.. landak, ular, buaya, memerang, kura-kura gergasi.. bagi makan, mandikan, bersihkan sangkar dia.. bagi makan semua.. tapi bagi makan paling boring dan membuatkan aku rasa mengantuk adalah bagi makan ular.. serius mengantok dan boring!! haha.. sebabnya, ular dia mengambil masa untuk telan mangsa dia.. dia akan belit sampai mati.. pastu baru dia telan.. nak tunggu dia telah tu.. mak ai.. ayam boleh bertelur emas.. haha.. nampak tak lamanya.. tapi ada jugak yang kejap.. ikutlah..
best bagi makan dekat buaya, kura-kura gergasi.. sebab buaya dia terus ngap! haa.. syok la tengok.. kura-kura gergasi siap suap lagi.. tang mandikan.. kitorang mandikan ular je.. gila kau nak mandikan buaya.. haha.. kau yang dia mandikan adalah.. ular dia kalau kenyang.. kesah pulak dia kau nak pegang-pegang.. selalu ular yang ganas ni dia lapar atau pun liar yang kita jumpa kat hutan.. tapi kalau ular yang kat zoo, manja, lembap.. ala macam kita bela kucing yang duduk rumah kerja makan tidur je.. leboh kurang la camtu..hee
macam ular yang aku pegang kat atas tu.. ular yang untuk buat tangkap-tangkap gambar.. kat zoo ni ada buat.. free je, dan nak derma kalau ikhlas camtu.. aku takyah nak sebuk-sebuk belakang tabir pun dapat.. siap mandikan lagi dia..hee.. yang aku pegang ni berat dia aku tak ingat, tapi paling berat aku ngankat 80kg tu memang tak mampu la aku nak mengangkat sorang.. patah pinggang! hehe


nilah kura-kura gergasi yang aku cakap tu.. nama dia Do.. ada tiga ekor.. DO.RE.dan MI.. dia bagi nama nie sebab P.Ramlee ada buat pengambaran dekat zoo ni.. kira asal nama dia dari cerita tulah.. umur dia beratus tahun.. aku tak ingat dah.. bayangkan dia wujud dari zaman P.Ramlee lagi.. Do ni sangat la ikut mood ya.. makan sangat memilih suka buah tak suka sayur kecuali carrot.. kan ada cerita zoo yang MIG buat tukan, Do la berlakon.. pernah uncle tu cerita dia dah takde mood nak shooting.. habis dia rosakkan set pengambaran..terpaksalah buat haru lain.. haa.. haiwan pun tahu tau takde mood..hee..


ni time bagi buaya makan.. aku malas nak pegang ayam aku tengok je.. tu yang sampai ternganga mulut..kihkih..



kitorang adalah group yang tak dan pun nak pusing-pusing zoo.. sebab sibuk uruskan dalam kawasan gitu.. teringin gila aku nak tengok haiwan lain tapi kerja tetap kerja.. so kena perli lain kali kalau nak pusing satu zoo.. orang yang dapat pusing satu zoo adalah orang yang jadi jurukamera khas.. huh dengki..ehe


sempat la curi bergambar dengan zirafah ni pun sebab lalu kawasan die balik dari solat..sobsob..

tak dapat saya berjumpa awak abam rimau.. alololo.. janganlah buat muka sedih..nanti saya datang kita detim oke?? *geram rasa nak pelok!!!


gambar terakhir sebelum kami balik.. lelaki tu la abang yang jaga kitorang.. time ni semua basah kuyup sebab petang tu hujan lebat gila! apa lagi main hujanlah kitorang.. abang tu siap bawak masuk tempat kura-kura dia suruh dukung..gila berat! haha terbaik la layanan dia., staf yang lain yang jaga bahagian nie semua baik-baik.. group lain elok kering.. kami basah kuyup.. tapi best!

so korang kalau nak jadi volunter pun boleh.. call pihak zoo tanya details.. cukup 40 jam korang berkhidmat.. nanti zoo keluarkan sijil untuk korang.. bukan senang nak dapat sijil tu.. orang datang tengok-tengok je.. volunter dapat buat pelbagai.. kan syok..


ni aktiviti kami masuk media..hee.. nampak tak muka aku dalam tu?? kihkih.. femes kejap..


dalam ni je takde gambar aku..huhh.. sebab pergi solat time tu..apa-apa pun sangat gembira.. semua ni adalah pahala.. bersihkan tempat binatang, bagi dorang makan.. belai dengan kasih sayang semua pahala.. cuba kau bayangkan takde sape sudi nak kerja bersih-bersihkan tempat binatang ni.. apa jadi? dorang akan sakit dan sebagainya.. so hargailah mereka..


p/s: en buah ati, jum detim sini? hehe

Wednesday, November 6, 2013

Tetamu Istimewa

Assalamualaikum..

cerita hari isnin hari ni baru dan nak update.. maklumlah sibuk jadi suri rumah..hehe.. agak agak korang dapat teka tak siapa tetamu istimewa aku tu? hehe.. yang tak dapat teka tu, tetamu istimewa tu adalah en buah atilah siapa lagi.. dah katanya istimewa tentu tentulah dia..

dua bulan lebih wo tak jumpa.. rindu kat en buah ati tak payah cakap lakan.. kebetulan en buah ati ada urusan dekat UPSI tu yang sekali datang rumah aku tu.. dekat dah.. dan kalau dah datang rumah, memang takkkan la aku nak bagi balik awal hehe.. petang baru dibenarkan balik.. 

so kali ni aku masak-masakkan untuk en buah hati..ehe.. tengok dia makan apa yang aku masak kemain selera.. haish.. berbunga-bunga ati kite tau.. hehe.. walaupun apa yang aku masak tak sehebat mak-mak.. ada kurang sana sini.. tapi tengok abah makan selera en buah ati makan selera, tu pun dah cukup baik.. alhamdulillah..


aku tuntang-tuntang kat dapur dia bahagia silang kaki tengok tv..hehe.. takpe bukan datang selalu.. ada gak en buah ati tanya nak tolong pape ke.. cepat-cepat aku halau dia suruh duduk depan..haha.. dah datang jejauh special sikit la layanannyekan.. nanti dah kawen taknak tolong.. aku bebelkan..hahahhaha..

thanks buah ati datang rumah kita.. malu-malu dengan abah.. haha.. cepat-cepat la jadi menantu.. tak la sunyi sangat rumah ni..hee love u!

Friday, November 1, 2013

Kawan Baik Baru

Assalamualaikum..

hai..hai..hai.. sebulan aku tak menjelma kat blog aku ni.. cuti sem kali ni adalah cuti yang sangat busy.. busy yang sampai nak update blog pun macam malas..tapi bila en buah ati tanya pasal blog datang terus balik semangatnya.. amboi..hehe..

sebenarnya banyak sangat aku nak cerita dekat dalam blog aku ni.. banyak aktiviti sem lepas yang aku join kat kolej.. so tu yang nak share kat diari alam maya aku ni..  tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal aktiviti yang aku join tu.. tapi cerita lain.. cerita pasal kawan baru.. siapa kawan  baru aku tu? hee..

taaraaa.. kawan baru untuk jadi teman buat assignment.. aku sebenarnya takde pun nak beli laptop baru.. kalau ikotkan aku aku nak gunakan laptop lama aku tu sampai habis belajar.. lagi pun tinggal lagi setahun je aku nak habiskan belajar.. tapi  laptop compaq aku tu laptop lama, banyak software yang dia tak boleh nak support so terpaksa beli laptop baru yang sesuai..

sebabnya kerja aku banyak nak guna software sem-sem atas ni.. kang payah pulak aku nak buat kerja.. so terpaksa angkat laptop baru.. aku sayang sangat laptop compaq aku tu banyak sentimental value dia.. dari 2008 dia berkhidmat untuk aku sampai 2013 hampir 5 tahun tu.. abang aku mintak compaq yang lama aku tu.. walaupun berat hati tapi bagi la jugak, sebab tak terjaga pulak dua laptopkan.. siap pesan suruh jaga baik baik lagi... nampak tak sayang aku kat laptop lama aku tu camne..hee


so semalam aku pergi lowyat dengan abang aku.. dia bawak kawan dia yang terer bab-bab it ni.. so kiranya kalau orang menipu dia memang tahulah.. nak pergi beli-beli benda camni kat lowyat memang kena bawak orang yang pakar, sebab naya kena tipu hidup-hidup.. ikutkan aku nak beli asus, sebab asus dia punya design lawa tapi bincang-bincang aku angkat lenovo.. sesuailah dengan aku yang jenis lasak ni..


beza gila dengan laptop compaq aku nipis dia.. compaq tu punyalah tebal gila. nak mengangkut dia.. fuhh... penat nak haroomm.. aha.. lagi nak mengangkut naik ktm dengan beg baju yang beratnya.. dan yang ni nipis tak la penat aku nak mengangkot berat-berat.. owh ye.. aku dapat harga RM2100 untuk laptop ni..dengan free gift yang sangat banyak..siap aku req tambah nak free gift lain..hikhik.. so yang bawah ni antara free gift yang aku dapat..




beg ni tak la free gift.. normal la beli laptop dapat beg diakan.. suka kaler merah dia tu.. harap laptop ni akan memberikan perkhidmatan yang sangat baik untuk aku.. amin..



p/s: kawan abang aku cakap, jangan pernah tinggalkan laptop dekat dalam kereta.. walaupun korang letak kat bonet ke.. bawah seat ke.. sebab pencuri yang curi laptop ni tetap akan tahu dalam kereta korang tu ada laptop sebab dorang ada alat yang boleh mengesan laptop korang dalam kereta.. so hati-hati :)

Friday, September 27, 2013

Final Sem 4

assalamualaikum..

hai..hai.. pe khabar semua.. lahai lama dah tak update blog.. sibuk sangat.. tak sempat nak menelaah blog... hamboi kau menelaah blog.. ni pun update kejap nak cerita minggu depan aku dah start final.. fuuhhh...! tak prepare apa-apa lagi ni.. assignment pun ada yang belum present lagi.. study week memang tak pernah macam study week itu normal dah bagi aku dari sem satu gini..


sekarang ni pun dekat rumah kampung sebab esok ada kenduri arwah.. kalau ikut aku, dah habis final nanti baru aku nak balik.. malas.. sebab aku kalau duduk rumah mana mahunya nak baca buku.. tak masuk otak haish.. kene kat kolej jugak.. sebab dah biasa gitu dari sekolah.. maklumlah dah biasa duduk asrama..

korang doakan aku exam.. mintak maaf kalau ada salah dan silap keh.. terima kasih..

Sunday, September 1, 2013

Kisah Raya 2

Assalamualaikumm..

hai kembali aku disini untuk menyambung entry yang lepas.. masih di dalam entry raya walaupun raya tinggal beberapa hari je lagi nak habis.. betul tak? aku agak je ni.. sebab masuk je kolej aku tak ambil peduli dah hari keberepa raya ke apa ke.. banyak lagi benda penting aku nak fikir.. raya aku tahun ni berlalu macam tu je.. 

bila raya tahun ni aku kena stay kat rumah je tunggu tetamu.. so aku paksa tetamu special aku ni datang.. paksa sambil hentak-hentak kaki.. haha.. tipu jer.. paksa secara manja dan shomell la.. baru la tetamu special ni semangat nak datang..heehe..

so raya keempat en buah ati datang beraya kat rumah.. sukanye saya!!!! he.. dan raya tahun ni time en buah hati datang abang-abang ada kat rumah.. maksudnya kat rumah ramai orang..haha.. dah la en buah hati kita ni pemalu.. tapi nak buat macam mana.. wajib hadap la..haha.. kalau tahun lepas ada abah dengan arwah ibu je kat rumah.. kali ni biar.. aku suka bila ramai-ramai ada, biar semua family kenal sapa orang yang aku sayang sangat ni..


alhamdulillah semua family aku okey jer.. terima.. tapi yang paling aku utamakan adalah abah.. terima tak terima abah adalah lagi penting dari orang lain.. adik beradik suka tak suka belakang cerita.. yang paling penting adalah abah.. ibu... aku tahu dia memang suka dengan en buah ati.. walaupun pernah jumpa sekali jer raya tahun lepas, tapi banyak cerita pasal en buah ati ibu tahu.. 

lama en buah ati lepak kat rumah dari tengah hari sampai petang lepas asar dia menapak.. kalau ikutkan hati tak nak bagi balik.. hehe.. tapi nak buat acanekan..

so ada satu time tu, aku nampak en buah ati duduk berdua dengan abah.. aku time tu tengah tengok tv.. haish, dalam hari risaunye woi!! bila dah habis dorang sembang-sembang cepat-cepat aku pergi tanya kat dia, sembang apa dengan abah.. ada pape yang tak okey ke.. tapi semua okey je.. ah legaaaaa.... abah cerita la apa perancangan-perancangan dia, pasal aku.. part paling lega dengar siap cakap bagus la aku berkawan dengan en buah ati.. 

ayat tu maksud macam setuju dengan hubungan kami.. alhamdulillah.. syukur sangat.. restu orang tua tu penting sangat dalam sesebuah perhubungan tau.. kemain macam-macam abah bercerita dengan en buah ati.. ehem-ehem nak jadi geng nampak.. hehe.. okey la jadi geng.. usaha jadi menantu kesayangan ye? tips dah bagi..haha..

gembiranya aku woii!!.. semoga semuanye berjalan dengan lancar.. yang penting aku kena habiskan kontrak belajar aku dulu.. lepas tu barulah nak fikir benda lain.. doakan kamii!!! =)

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Raya 1

assalamualaikum..

holla.. dah lama tak update blog.. seperti biasa alasan sibuk aku bagi.. bukan alasan sebenarnya.. tapi itu hakikatnya.. dah akhir-akhir sem ni makin banyak pulak kerja.. makin seronok pulak lecture tambah kerja.. stress gua weh stress..

dah.. dah.. bukan nak cerita pasal stress aku kat entry ni.. tapi nak cerita pasal raya.. raya? dah nak habis baru aku nak ceritakan.. biar la dah nak habis ke belum janji aku nak cerita jugak.. sebab aku tahu ada yang setia membaca blog aku ni.. siap request lagi kekadang..hehe..kalau tak request dia tanya bila nak taip entry baru.. nampak tak.. penguat semangat aku tu nak menaip entry walaupun diri ni pemalas kemain..hehe

okey.. so kembali kepada cerita asal aku ye.. cerita raya.. raya aku tahun ni, adalah super.. super tak best!!! sebab utamanya mungkin tahun ni tahun pertama takde ibu kat sisi time hari raya.. rasa lain gila.. sampai aku rasa semua benda jadi tak kena.. semua benda aku nak tacing.. aku harap sangat raya tahun-tahun yang akan datang akan menjadi okey.. okey yang sesangat.. 

bila bab-bab dapur mujur aku ada kakak-kakak ipar yang semua pandai masak.. kalau harap aku sorang, mahu jahanam semua.. jahanam tau tak jahanam..haha.. tapi yang paling tak best, takde dah kuah kacang febret aku.. aku memang suka gila kuah kacang lagi-lagi ibu yang buat.. so bila orang lain buat rasa dia mana sama dengan ibu yang buat.. takpe.. maybe akan datang ibu mertua punya yang jadi febret..hehehe..


dan tahun ni.. merupakan tahun pertama aku beraya tak pakai baju kurung.. sebab sebelum-sebelum ni, baju raya mesti arwah ibu yang jahit.. tahun ni raya takde dah lagi salah satu hilang feel nak beraya.. so baju yang aku pakai kat atas ni, made in jalan Tar je.. 

raya tahun ni jugak aku banyak duduk rumah je.. kemas, layan tetamu.. takkan nak keluar beraya pastu tinggalkan abah sesorang kesian lakan.. kalau abang-abang aku keluar beraya rumah sedara-sedara dengan family dorang, memang aku tak ikot la.. duduk jela kat rumah, time ada arwah ibu memang laju je aku join dorang, ni dahh takde.. aku kira menggantikan tempat arwah settlekan mana yang perlu teman abah kat rumah.. 

penat dia tak payah cakap lakan.. seminggu sebelum raya semua aku settlekan, time raya aku sambung settlekan.. assigment yang pensyarah bagi memang tak dan la aku nak sentuh, bukak pun camtu-camtu je.. tak masuk otak der.. nak buat camne dah itu yang kene hadap,..


ni gambar family aku.. satu family je takde abang atas aku sebab dia tahun ni turn rumah mak mertua dia..tambah lagi 4 orang, besar tak family aku? alhamdulillah..anak-anak buah pun masing-masing dah besar so senanglah nak mintak tolong buat kerja semua..

pagi raya yang tak gembira walaupun sebenarnya hari raya la kita minta untuk bergembira sebab merayai puasa kita sebulan tu.. tapi siapa yang pernah mengalami apa yang aku alami ni.. dia tahulah rasanya camne.. orang paling sedih adalah abah.. 


ni gambar aku dengan anak-anak buah perempuan aku.. nampak aku ala-ala sebaya gitu.. hehe.. maklum la makcik awet muda gojes lebih.. haha.. 


p/s: akan bersambung

Sunday, August 4, 2013

Surirumah Untuk Abah

Assalamualaikumm..

akhirnya tertaip juga entry baru.. serius tak pernah lama macam ni tak update blog.. kesian blog tercinta ku ini.. sekarang aku dekat rumah.. so senang sikit la nak update blog.. internet 24 jam.. 

so sekarang aku dah start cuti nak raya.. bila aku dah start cuti, dapatlah abah duduk rumah kat kg.. sebab ada aku boleh jaga.. kalau tak duduk rumah abang-abang aku..abah lagi suka duduk rumah kat kg.. terjagalah sikit rumahnya..

so bila ibu dah takde ni, memang segala bagai aku yang settlekan..kemas rumah semua dah jadi tugas aku.. takkan nak suruh abah, dia pun tak larat dah.. bila ibu takde ni, lain rasanya.. selalunya ibu dah settlekan semua.. aku tolong sikit-sikit je.. tapi sekarang semua aku yang buat.. semalam baru settle bab tukar langsir.. baru tukar langsir, penatnya kemain.. mana taknya, dah tukar basuh, sidai..lipat.. fuuhh...lagi rumah banyak tingkap macam rumah aku.. jadi surirumah bukan satu kerja yang mudah, baru aku sedar..


bila dah settle langsir, baru dapat settle perkara yang lain.. banyak lagi.. mengapu.. mengemop.. tukar cadar dengan langsir bilik pulak.. takpe semua ni aku buat, aku tahu abah happy.. sedap sikit hati die tengok rumah teratur.. sekarang jadi surirumah untuk abah, masak semua memang aku yang settlekan.. walaupun tak reti masak..hihi.. dulu kerja aku request kat ibu nak makan apa.. sekarang orang pulak yang request ke aku..

abah nak makan apa, aku masakkan.. biar dia selera makan.. ikutkan je apa yang dia nak.. jangan sampai abah tak makan.. dan tadi dari pukul 3ptg sampai pukul 7 aku duduk kat dapur tuntang-tuntang.. masak apa yang telah di request oleh abah.. penat tak payah cakap sebab sebelum tu keluar cari kueh-kueh.. balik-balik terus ke dapur.. tak sangka tenaga tu still gagah nak berkerja.. alhamdulillah..

dan bila tengok abah makan bertambah.. okey, tu dah buat aku lega.. aku masak sedap la kot..hehe.. walaupun main campak-campak je.. entah la.. aku rasa talent arwah ibu banyak turun kat aku,sebab ibu terer gila masak.. walaupun makanan tu first time aku masak, alhamdulillah menjadi kira sedap kat tekak la nak di makan anak buah aku pun dok tambah semalam.. tak tahu la orang lainkan, tekak masing-masing.. buat masa ni yang penting abah makan selera.. dan lagi satunya, aku suka masak-masak ni.. suka sangat..seronoknya lain macam, lagi nak masak untuk orang yang tersayang.. 

malam adalah masa untuk berehat, walaupun sekarang tengah dok basuh baju..so bakal suami saya, dah kawin tolong saya kemas rumah dan masak oke? hehe..

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Dan Keluarga.

Assalamualaikum..

hai semorang.. selamat berpuasa.. macam mana puasa korang buat masa ni? baik-baik saje? sihat?? aku alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan baik.. kesihatan pun alhamdulillah sihat-sihat saja.. 

semalam aku balik..tapi semalam tidur rumah abang aku dulu.. hari ni baru balik rumah kat kampung.. sebab abah aku duduk dengan abang.. balik minggu ni pun sebab abah selalu call tanya tak balik ke.. sejak arwah ibu meninggal paling jarak abah tak call aku pun dua hari kalau tak silap aku.. bila abah dah kol tanya tak balik ke.. mestilah tak sampai hati kalau tak balikkan..

semalam pun sampai-sampai je.. salam abah.. cium tangan semua.. dia yang nangis.. rindu ke aku sangat letew.. lepas ni dah cuti raya nanti baru aku balik kot.. kerja banyak sangat sem ni.. 


hari ni balik rumah kat kampung.. lain rasa balik kali ni.. selalu kat rumah ada je ibu.. ni ibu dah takde memang lain rasa dia.. kosong.. bila rumah takde orang duduk, memang bersepah sikit la.. aku sampai-sampai terus menyapu.. mengemas mana yang bersepah..membasuh.. mengemop.. sakit mata tengok.. kalau ibu ada memang rumah sentiasa berjaga.. bila dah bersih baru sedap sikit mata melihat.. aku pun jenis tak suka bersepah ni..


dan berbuka puasa hari kedua dengan family hari ni meriah jugak.. alhamdulillah.. makanan pun macam-macam.. memang makan puas-puas la aku.. sebab balik kolej nanti tak dapat makan banyak camni.. makan simple je.. kalau berbuka air masak dengan kuih-kuih je.. sahur pun simple je.. nak masak best-best pun takut tak terhabis.. lagi ada member sorang tu tengah diet.. memang tak syok sangat nak masak macam-macam.. member diet tereffect diri sendiri diet jugak.hehe.. lepas tu tinggal tulang belaka jela aku..

papepun kami gembira kumpul sama-sama.. walaupun kekurangan seorang wanita yang aku cinta.. tak dapat lagi nak request makanan febret aku.. kalau dulu memang request je keje aku.. makanan ibukan sapa tak suka.. hmm..rindu masakan ibu...



Friday, July 5, 2013

Ujian Besar Untukku Part 2

Assalamualaikum..

Allah.. hampir satu minggu aku tak mengupdate blog aku.. maaf.. sem ni aku terlalu sibuk.. sem yang paling banyak kerja dalam banyak-banyak sem.. letih memang tak payah cakap lakan.. takpe.. itu semua demi masa depan.. dan entry kali ini aku cuba menyambung kembali entry tergantung sebelum ni.. terlalu lama tergantungnya.. faktor sibuk dan faktor aku mencari kekuatan untuk bercerita..

kini kekuatan semakin bercambah.. insyaAllah...

okey kalau korang dah baca entry sebelum ni tentang kemalangan parents aku.. entry kali ini bercerita kesinambungan tentang kemalangan tu.. pagi yang bertarikh.. 17.jun.2013 (ISNIN).. lagi sekali aku terima panggilan telefon dari abang aku.. satu panggilan yang menyampaikan berita yang sangat tak sedap untuk aku dengar.. panggilan yang mengatakan ibu aku di hospital.. di wad ICU.. dan keadaannya kritikal.. ibu mengalami kecederaan usus.. usus ibu bocor akibat hentakan dari sitbelt.. dan doktor terpaksa buang usus yang bocor dan cuci kuman yang telah merebak akibat kebocoran tersebut..

semalam aku dengar parents aku baik-baik jer..takde cedera.. tapi hari ni aku dapat berita ibu aku kat hospital.. time tu aku tengah siap nak ke kelas.. dalam hati time tu Allah je tahu perasaan aku.. betul ke.. betul ke.. aku masih cuba sedapkan hati yang keadaan kan baik-baik saja.. pergi kelas macam biasa.. macam takde benda buruk berlaku..mujur.. aku takde kelas petang pada hari tu.. mujur.. aku ada kawan yang sudi membantu dan teman aku pergi hospital.. syukur.. syukur kerana ada yang memahami.. terima kasih.. Allah je yang dapat membalas jasa baik korang..

dari kolej aku nak ke hospital selayang tak jauh.. mujur ada kawan yang ada kereta yang berbesar hati nak bawak aku.. thanks Rul.. ko kawan terbaik.. sampai hospital, aku jumpa abah aku.. time tu.. nangis abah time aku salam dia.. aku? aku tahan.. aku tak nak keluarkan air mata aku depan orang.. dan aku kata kat diri aku.. semua baik-baik saja.. siap sembang macam biasa dengan member aku.. time aku sampai waktu melawat belum lagi.. so tunggu.. bila dah sampai waktu melawat.. baru naik ke tingkat wad ICU.. 

time ni.. ramai family aku ada.. nak masuk wad ICU kena gilir-gilir dua orang sekali masuk.. serius.. ni kali pertama aku masuk wad ICU.. wad yang mana kat dalamnya ibu aku.. yang keadaannya tak sedar.. yang hari sabtunya aku jumpa ibu keadaan sihat.. senyum ke aku.. dan sempat bergurau dengan aku.. tapi hari tu.. hanya tubuh ibu yang baring atas katil hospital.. yang badan penuh wayar-wayar.. yang takde respon kalau di panggil.. time aku tengah tengok ibu.. tetiba ada doktor perempuan datang.. dia bertanya hubungan aku.. dan dia suruh aku bawak dia jumpa family aku yang berada di luar.. doktor tu nak beritahu sesuatu.. tapi aku tak fikir negatif pun time tu.. aku masih positif..

aku seiringan dengan doktor perempuan tu keluar dari wad dan kami sekeluarga berkumpul untuk dengar apa yang doktor tu nak bagitahu.. apa yang doktor tu bagitahu.. sesuatu yang menjatuhkan semangat aku.. doktor tu cakap.. keadaan ibu semakin tenat.. operation yang pertama ibu tak bagi respon yang positif dan suhu badannya meningkat.. dan doktor tu kata mungkin akan dilakukan pembedahan untuk kali yang kedua esoknya..sebab takut organ lain ada masalah.. dan mintak ahli keluarga semua ada kat hospital time tu.. dan bila aku dengar ni.. air mata yang aku tahan sebelumnya.. tak tertahan lagi.. bila tengok abah menangis.. lagi aku tak tahan..

dan aku balik kolej jugak petang tu.. dan mungkin esoknya akan ke hospital lagi.. sebab ada urusan yang perlu aku uruskan kat kolej.. kepala aku dah fikir macam-macam.. aku kol buah ati.. dia bagi semangat.. letih sangat badan time ni.. dengan emosi yang tak berapa nak okey.. aku tidur.. tidur yang berharap.. esoknya aku akan dapat mendengar sesuatu perkara yang lebih baik pada hari ini..

lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi 18.jun.2013.. aku dapat panggilan dari anak buah aku.. panggilan pagi-pagi yang aku dapat agak apa yang aku bakal dengar.. sebuah berita yang sangat menusuk hati bila mendengar.. berita di mana ibu yang aku sayangi..telah pergi buat selama-lamanya.. pergi bertemu penciptanya.. bila dapat tahu berita ni.. aku terus kejut roomate aku.. semalamnya die jugak teman aku ke hospital dan tengok ibu aku.. bila aku bagitahu yang ibu aku dah meninggal.. dia terus bangun dan peluk aku.. 

dia tahu perasaan aku.. sebab dia pernah mengalami seperti mana yang aku tengah alami.. die pernah kehilangan ayahnya.. dia pernah kehilangan adiknya.. dia peluk aku.. beri aku kekuatan.. time ni.. aku rasa.. antara percaya dan tidak.. tapi hakikatnya.. aku kena percaya.. percaya ibu aku dah tiada di dunia ni.. percaya ibu dah pergi buat selama-lamanya.. percaya yang ibu takkan kembali lagi.. duduk aku termenung.. cuba mencari kekuatan.. cuba mencari semangat..


lepas subuh abang aku ambil aku kat kolej.. dan bawak ke hospital.. time tu tengah menunggu urusan akhir sebelum ibu di bawa pulang ke rumah.. time kat hospital, ramai saudara datang.. untuk melihat ibu buat kali terakhir.. tapi aku ketika itu.. belum ada kekuatan nak melihat.. bila ada yang datang kat aku..pelok aku.. aku hanya balas dengan senyuman.. cuma satu yang buat aku nak menangis.. bila ada yang cakap.. sambil pegang muka aku.. "sama sangat dengan rupa arwah".. sebak..sebak bila aku dengar.. 

bila urusan kat hospital semua selesai.. aku yang teman ibu dalam van jenazah.. selama ni aku tengok orang yang naik.. tapi kali ni aku yang naik.. aku teman ibu dari hospital sampai ke rumah.. dalam van.. air mata tak dapat aku tahan.. macam-macam aku fikirkan.. dah nak puasa..lepas tu raya.. hadapi semua ni tanpa ibu aku di sisi.. sedih.. terlalu sedih.. sampai rumah.. aku tengok penuh dengan orang dah.. kawan-kawan abah.. kawan-kawan ibu ramai yang datang.. alhamdulillah.. bila nampak lagi muka kesayangan aku ada.. perasaan tak tahu nak cakap.. terima kasih usaha datang dari jauh..

bila aku masuk rumah.. aku salam tetamu yang hadir.. dorang pelok aku.. dorang usap badan aku..dorang cium aku.. bagi kata semangat.. aku lihat mata dorang bergenang.. tapi aku tak.. aku senyum .. aku tak nak nampak terlalu sedih dengan orang.. aku cuba kuat.. 

bila dah sampai rumah baru aku ada kekuatan nak tengok wajah ibu.. bila aku tengok wajah ibu.. terus datang redha aku.. muka yang tenang.. tenang seperti tidur yang lena.. berbeza dengan time aku melawat kat hospital.. wajah ibu nampak yang dia rasa sakit.. tapi ketika ini.. wajah yang tenang.. tenang bertemu kekasihnya.. bila aku pergi kat abah.. abah nampak sangat sedih.. dia menangis.. tapi aku pujuk.. abah jangan nangis.. walaupun aku sebenarnya tahan air mata aku dari jatuh ke pipi.. kakak aku.. merah muka dia.. tapi aku.. muka yang macam takde pape berlaku.. tapi dalam hati.. jauh di sudut hati........

sesuatu perkara yang membuatkan aku bangga dengan diri aku.. aku dapat berkhidmat.. berkhidmat untuk ibu buat kali terakhir.. aku bantu selesaikan urusan ibu kat dunia ni buat kali terakhir.. walaupun pada mulanya aku macam tak berani.. tapi aku cuba.. kerana ini untuk ibu aku.. ibu yang aku sangat sayang.. aku mandikan ibu.. aku kafankan ibu.. aku berjaya laksanakan pesan ibu.. supaya mandi dan kafankan ibu bila ibu dah takde.. akhirnya.. aku berjaya laksanakan.. apa guna ilmu yang aku belajar dahulu kat sekolah.. tapi aku tak praktikkan.. dan ibulah individu pertama yang aku mandikan dan kafankan...

kawan.. belajarlah tentang ilmu ini.. supaya korang tak akan rasa menyesal nanti.. berkhidmatlah.. untuk ibu bapa.. sehingga akhir nyawa mereka... hari ni.. hari ke 18 pemergian ibu.. aku dah mula kuat.. tapi ketika menaip entry ni.. air mata tetap bergenang.. sebab  aku masih terbayang, masih teringat satu-satu peristiwa ni.. Allah beri aku ujian.. ujian yang terbesar bagi aku.. tapi Dia tahu.. aku akan kuat hadapinya.. dan aku.. akan cuba kuat.. sebab aku tahu.. ibu ketika hidupnya.. adalah individu yang tak boleh melihat aku sedih dan menangis....

ketika aku menghadapi ujian ini.. ada yang datang memberi aku semangat.. kawan-kawan..terima kasih.. datang dari jauh menziarahi aku dan keluarga.. budi anda hanya Allah yang dapat membalasnya.. terima kasih..


Monday, June 24, 2013

Ujian Besar Untukku Part 1

assalamualaikum..

entry yang lepas aku hanya cerita serba ringkas tentang apa yang berlaku.. sebab aku masih mencari kekuatan dan rasa untuk menceritakan perkara ni dekat blog aku.. dan hari ni.. aku cuba menceritakan tentang apa yang sebenarnya yang berlaku.. sebab aku tak nak pembaca blog aku tertanya-tanya.. dan aku mahu berkongsi kisah aku dengan pembaca aku..

permulaan cerita jatuh pada tarikh 15.jun.2013.. pagi ahad aku dapat panggilan telefon dari abang aku.. bila aku tengok fon nama yang memanggil abang aku.. jauh di sudut hati aku berasa.. mesti ada something yang tak kena..sebab jarang abang aku nak kol-kol aku ni.. bila ada perkara yang mustahak baru die kol..

dan benar kata hati aku memang ada yang tak kena.. panggilan telefon dari abang aku adalah untuk menyampaikan satu berita yang tak sedap nak di dengar.. beritanya adalah.. tentang kemalangan kedua orang tua aku.. gambar yang korang tengok dekat bawah ni, gambar yang abang aku sent dekat whatsapp.. kereta sangat teruk.. tapi walaupun kereta teruk.. abang aku kata kedua orang tua aku takde pape..

cuma sakit dada akibat hentakan dari airbag dan tekanan dari sitbelt.. okey lega sikit aku dengar.. kejadian yang berlaku ni petang lepas asar.. parents aku otw nak pergi rumah kakak aku di kuala kubu sebab kakak aku ada buat kenduri doa selamat sebab dia baru pindah rumah.. tempat kemalangan pun tak jauh dari rumah aku..

time tu dekat simpat tiga.. abah aku nak keluar simpang ke kanan..time sebelum abah nak keluar simpang tu memang tak nampak kereta kat kiri kanan.. bila abah aku dah keluar separuh tiba-tiba datang sebuah kereta toyota camry yang sangat laju, dan tak sempat mengelak terus melanggar bahagian depan kereta parents aku.. kereta camry ni time tu tengah turun bukit tapi di sebab kan terlalu laju memang tak boleh nak elak dari melanggar kereta parents aku.. akibat pelanggaran yang laju tu menyebabkan kereta abah aku berpusing sebanyak tiga kali dah berlanggar dengan van yang kebetulan berhenti dekat simpang jalan tu.. mujur sangat ada van india tu berhenti.. kalau tak mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk..

bahagian yang camry tu langgar adalah bahagian penumpang.. dan bahagian yang camry tu melanggar juga bahagian penumpang.. bila aku fikirkan balik.. tak tahulah macam mana bahagian tu yang melanggar.. walhal kalau kereta bertembung sepatutnya bahagian pemandu sebab bahagian tu yang aku berselisih kalau kat jalan kan..


jalan yang parents aku accident ni memang jalan yang selalu berlaku kemalangan dan agak 'keras'.. tapi bagi orang yang dah biasa dia akan faham dengan jalan ni.. tapi pemandu kereta camry tu dah biasa jugak dengan jalan ni sebab die student dekat UPSI.. dan kata abang aku jugak lelaki ni pernah kemalangan sebelum ni.. tak mustahil kesalahan lebih kepada dia.. tapi kes ni masih dalam siasatan polis..




ni keadaan toyota camry yang melanggar.. tengok keadaan kereta ni pun boleh tahu betapa lajunya kuatnya pelanggaran tu.. katanya kereta ni kereta baru.. toyota pulak.. tapi boleh teruk sampai macam nikan.. ikotkan hati aku ni.. nak sangat jumpa lelaki ni.. aku nak tengok muka die.. bawak kereta macam jalan die punya.. walhal kawasan yang accident tu kawasan kampung tapi nak bawak laju-laju macam kat highway..haish..

okey.. sampai sini dulu entry kali ni.. akan di sambung nanti.. aku nak cerita separuh-separuh.. biar korang faham..

Wednesday, June 19, 2013

Semoga Dirimu Bahagia.. IBU..

assalamualaikum..

pada tarikh.. 18.6.2013.. jam 4.25 pagi.. telah pergi buat selamanya.. ibu yang ku sayangi menghadap kekasih abadinya..

22 tahun Allah pinjamkan ibu untuk aku merasa kasih sayang darinya.. kini sampai masa.. Dia mengambil ibu ku kembali..

ibu ku.. HASIPAH BINTI SHAMSUDIN.. semoga ibu tenang di sana.. semoga ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. hanya doa yang dapat daku titipkan untuk ibu..ibu kita jumpa di syurga ya,,

maaf hanya ringkasan entry untuk kali ini.. nanti aku sambung lagi.. masih mencari kekuatan dalam diri.. walau pada zahir dapat lihat senyuman aku.. batin.. hanya Allah yang tahu..

AL FATIHAH....

Monday, June 3, 2013

Seronoknya Rewang..

Assalamualaikum..

huhu.. seminggu dah aku dak hapted blog.. sebab takde mood nak apdet.. malas..tak tahu.. entah la..segalalah.. malam ni baru rasa nak menaip..tapi cerita lama la..hee.. janji adakan..

cerita ni dah berlalu berminggu-minggu pun tapi baru nak cerita ni..ehehe.. ni kenduri jiran depan rumah aku.. die buat kenduri nak puasa, time belah pagi aku datang sorang.. sebab ibu pergi balik kg ada saudara kenduri.. eceli segan la jugak..haha.. sebab semua makcik-makcik.. tapi aku kenal la.. depa pun kenal aku..

kata jiran, haruslah kenalkan..hehe.. jiran aku yang kenduri ni masa kecik aku selalu pergi rumah die.. sebab aku berkawan dengan cucu die.. dulu masa makcik ni sehat die buat kuih jual kat kantin.. kuih die.. perghh!!! sedap-sedap.. paling aku suka pulut panggang.. perghh.. susah kot nak jumpa pulut panggang yang sedap..


time pepagi, kerja siang sayur, kupas kentang.. kupas bawang.. time ni semua makcik-makcik aku sorang anak dara gitu.. hehe.. senyap jela aku dengar dorang sembang.. segan nak menyampuk..huhu.. kalau ada di tanya baru la menjawab.. wah solehahnye aku..hahha


tapi seronok jugak duduk dengan makcik-makcik ni, ada je petua-petua memasak aku dapat.. tak banyak sikit pun jadi.. ilmu tu..


aku suka rewang ni..sebab meriah, tolong menolong.. tapi sekarang kalau kat kawasan kejiranan aku ni mejoriti dah tua-tua.. tak kuat dah nak kerja-kerja berat macam dulu.. kalau kenduri kecik macam ni boleh la berewang.. kalau kenduri besar, kenduri kawen tu.. ramai dah pakai katering sekarang.. 

time abang aku kawen dulu masih rewang-rewang ni.. time aku.. aku nampak dah akan katering-katering ni.. kalau ikotkan nak rewang, aku suka meriahnye tu.. best.. tapi takde tenaga kuat dah..so redha saja..huhu.. so sementara ada rewang-rewang ni, kena la join.. selain tu dapat eratkan ukhuwah.. gitu :)