Tuesday, April 28, 2015

Nak Konvo Dah!

Assalamualaikum.

hari ni aku dapat tahu yang senarai nama konvo dah keluar. alhamdulillah batch aku dapat naik pentas tahun ni. risau gak sebab ada yang nama lambat di masukkan. so macam kena tunggu lagi lama nak konvo.

habis je praktikal ritu macam super xcited nak konvo, tetiba hari ni nama dah keluar rasa macam. hilang feeling, kah! nape tah. banyak hal kot sebenarnya. huhu.

nama aku atas sekali. he. sebab aku antara orang terawal yang daftar untuk degree. ni nama budak-budak kelas aku yang batch aku, dua orang takde nama si kembar. ada problem dengan pengurusan la tu kot. beselah pengurusan memang selalu buat hal.

tahniah korang untuk ijazah sarjana muda komunikasi penyiaran ni. semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

untuk yang wajib datang konvo aku sorang je, yang lain harus! kalau yang wajib tu tak datang aku mogok sebulan, dua bulan, tiga bulan, dan seterusnya.

Wednesday, April 22, 2015

#BloggerTalk | Ciri-Ciri Pasangan Idaman

Assalamualaikum

ehem-ehem kali ni nak cerita ciri-ciri pasangan idaman weh! macam manakah ciri-ciri pasangan idaman aku?

adalah normal untuk semua manusia ada ciri-ciri pasangan yang dorang nak, sebab tu Allah ciptakan manusia ni perlbagaikan. dan kita juga disarankan memilih untuk mencari pasangan, tapi bukan TERLALU memilih okey. kalau terlalu memilih tu jangan bising pulak kau tak berpasangan sampai ke tua.
so ciri-ciri pasangan idaman aku.

1. Tinggi

aku suka lelaki tinggi, sebab bila dengan lelaki tinggi ni rasa diri ni macam cute lebih. haha. takdelah, eceli lelaki tinggi ni nampak seksi dari pandangan aku, suka bila bercakap dengan dia kita mendongak. satunya aku ni jenis suka pakai kasut tinggi kang kalau pasangan rendah makin rendah lakan. haha. dan paling penting, aku nak lahirkan baka tinggi-tinggi. HAHAHA

2. Putih
(takdelah yang lepuk-lepuk)

ramai gadis-gadis nak lelaki malaya kulit sawo matang, kerana nampak gagah perkasa. ah lelaki kulit cerah pun nampak gagah okey. haha. aku rasa macam comelnye! awww. ala lagi satu aku ni tak berkulit cerah. so nak la pasangan berkulit cerah gitew.

3. Kurus

pelik tak suka lelaki kurus? kurus yang kurus tu. haha. tapi jangan la macam aneroxia tu teruk sangat iaa. yela sebab ada orang tak percaya aku suka lelaki kurus. :P
tapi dah kawen nnt aku berisikan la dia. kang kata bini tak pandai jaga pulakkan. berisikan je ye. bukan gemok. lalala. lagi satu bila kurus muka ada bentuk cengkung sikit kat pipi.. auummm.

4. Manja

awww. suka lelaki manja, sebab aku suka melayan. tapi bukan la manja yang semua benda orang puan je kena buat. ah mengada-ngada sangat. dalam manja dia ada matangnya. ha cenggitu.

5. Penyayang
(Sayangkan Haiwan)

bila orang sayangkan haiwan ni, biasanya dia seorang yang penyayangkan. dan bila penyayang mesti dia sayang kita sayang, sayang, sayang. heee.. dan lagi satunya aku pun suka gila dengan haiwan ni. lagi-lagi kucing. kang dapat pasangan takot kucing, hmm tak bestnya. nanti dah kawen tak bole nak bela kucing dah.

tu jela aku share. share simple jer tak boleh lebih-lebih, hihi. ada banyak lagi sebenarnya, jarilah, matalah, tahi lalatlah. ha macam-macam. tapi dari ciri-ciri idaman aku ni, kalau takde kat pasangan takdelah sampai terus tak suka. kalau ada bonus tok aku, kalau takde takpe, selagi pasangan tu okey dengan aku syukur dah. tapi sebenarnya banyak aku dapat bonus ni. sebab dekat si dia banyak ciri-ciri idaman yang aku nak. hampir 90%. rezeki aku mungkin. tiga tahun aku tutup hati untuk terima lelaki dalam hidup aku, dan Allah temukan dengan seorang yang lebih baik. moga pertemuan ini kekal hingga ke syurga. inshaAllah. 

owh ye lagi satu, janganlah pertikaikan nape aku tak listkan ciri-ciri beragama, beriman apa semua ni. sebab semua benda ni aku yakin semua orang nak pasangan dia ada ciri-ciri ni. aku just share benda yang tak semua orang sama nak ada. dan sekarang aku tengah perbaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik, barulah dapat pasangan yang terbaik. apa-apa pun tetapkan dalam diri kita yang Allah adalah yang utama. 


Tuesday, April 21, 2015

Pengeras Tudung

Assalamualaikum.

amboi pengeras, lain macam bunyinya. macam nak jumpa bomoh. haha. yela nak bomoh tudung bagi gojes de ba bom!!

aku dengan tudung bawal memang musuh haha. sebabnya sangat susah nak bentukkan kasi cantik. kasi tak gelembung-gelembung, senget benget.. kadang boleh buat hilang mood disebabkan tudung tak berbentuk cantik. aku yakin semua wanita bertudung pernah mengalami perasaan ini. haha.

masa sekolah dulu pakai lilin, lepas dah pakai tu memang kekal la kat tudung lilin tu habis jahanam tudung. so zaman sekarang ni no more lilin! kita guna fabric starch jur. aku tak ingat bila mula aku pakai benda ni, tapi masa zaman kolejlah. tudung bawal ni memang kena ikot muka baru okey kot, sebab anak buah aku pakai elok je takyah nak berlilin ke, nak sembur-sembur ke. tapi bila aku pakai apa pun tak menjadi. grr.
dan tak sangka masih ada yang tak tahu kewujudan benda ni, baru je tadi aku share kat member twitter soh pakai benda ni tok cantikkan bentuk tudung bawal. so bolehlah dia menggayakan tudung dia dengan gojes.hehe. sebenarnya bukan kat tudung bawal je boleh guna, kat shawl pon boleh tapi kena ikot jenis kainlah.

kalau tengok gambar kat atas ni ada dua jenis kiwi kleen dan easy on. mula aku pakai kiwi kleen, tapi benda ni agak susah sikit nak cari. so bila aku nak beli dan ada easy on je so aku terpaksalah beli. serius benda ni wajib ada kalau tak memang tak akan bertudung bawal la aku. 

so dua jenama ni ada perbezaan dia, dan aku lagi suka dengan easy on sebab dia tak yah sembur banyak-banyak dah okey. kiwi kena xtra sembur. dan nak guna benda ni memang kena pandai, tak boleh nak main sembur je. tudung korang boleh jadi keras kejung sebab terlebih sembur. haha. awal-awal dulu pernah lah jadi camtu, tapi lama-lama okey dah.

selain tudung bawal kat baju pun boleh guna, aku sembur kat baju untuk cantikkan garisan gosokkan. sebab aku kalau gosok baju suka line dia tajam, dan sangat tak suka bila jadi double line, rasa macam tak kemas sangat. lagi nak gosok kemeja, atau baju kurung yang jenis kain lembut. so bila sembur benda alah ni.. perghhh. tajam line tu boleh melukakan jari anda. (over)
korang tengok tudung aku, pergh angin sekuat mana pun menyerang ia tetap gagah berbentuk begitu. haha. kalau tak sembur macam cempedak benyek tudung aku tau! cuma kelemahan dia, jangan kena air atau hujan habis jahanam terus, sebab semburan ni akan hilang bila dibasuh. dan pastikan bila korang bukak tudung jangan bagi tertindih ke apa ke. kena letak atau sangkut elok-elok untuk mengekalkan bentuk gojes de ba bom die okey. kalau kat rumah boleh tinggal gosok balik je, kalau kat luar mana pulak nak cari ironkan?

okey selamat menjadi cantik gurl!


Sunday, April 19, 2015

#BloggerTalk | Kisah Dan Lagu

Assalamualaikum.

BloggerTalk minggu ni nak bercerita tentang lagu. wah-wah, aku seorang yang sangat meminati muzik dan suka layan lagu.

dan kali ni nak bercerita tentang kisah yang ada disebalik lagu. kisah yang berkaitan dengan hidup aku. ada banyak mungkin lagu yang berkaitan, tapi ada dua lagu istimewa yang aku pilih.

lagu pertama Cinta Mukabuku by Najwa Latif

kenapa lagu ni? haha sebabnya adalah, cinta yang aku temui sekarang ni adalah di muka buku. wah-wah gitu.. hahahhaa. panjang ceritanya macam mana aku boleh berkenalan dengan si dia kat mukabuku ni. tapi memang sweet moment, alhamdulillah nak masuk 5 tahun perkenalan kitorang. tunggu time nak tukar status baru plak.. hihi. doakan ye.

lagu kedua Dahsyat by Mojo

suka sangat lagu ni, muzik lirik memang kena dengan jiwa aku. kalau tengah drive lagi sesorang aku mesti bukak radio kuat-kuat, nyanyi kuat-kuat. pergh feeling betul.. hahaha..

okey lagu dahsyat ni  mengingatkan aku kepada dua individu yang sangat dahsyat penangan dia dengan jiwa aku. arwah ibu aku dan en buah hati.

bulan 6 ni cukup dua tahun pemergian ibu tercinta. rindu dia Allah je tahu camna. awal-awal dulu memang jiwa rasa kosong sangat, lama okey tapi tak akan sepenuhnya. aku yakin siapa yang pernah mengalami semua ni dia akan faham. ibu penguat aku, juga si dia. ada masa aku rebah si dia bantu aku bangkit. kalau si dua juga takde. aku tak tahulah camne. entah.

al- Fatihah untuk ibundaku yang sangat di cintai. Hasipah binti Shamsudin.


Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu




Saturday, April 18, 2015

Tips : Cara Yatt Balut Buku

Assalamualaikum.

entry kali ni saje nak share camne cara aku balut buku. balut buku memang satu benda yang simple tapi aku yakin mesti tiap orang ada cara balut tersendiri macam balut hadiah jugak lakan.

aku pencinta buku, so akan sayang gila dengan buku-buku aku. lebih lagi novel-novel. so nak bagi dia terjaga elok adalah dengan membalutya, baca dengan cermat dan macam-macam lagilah. haha
ni bahan-bahan yang aku guna biasalah bahan asas, pisau tu berguna untuk pengakhiran step. paling penting untuk balut buku adalah pemilihan jenis plastik pembalut. aku tak pernah balut buku pakai pembalut segera sebab dari sekolah rendah dah dididik untuk balut sendiri buku-buku teks aku, dan sebab tu aku tahu balut buku dengan cara yang lagi kemas. pergh ni ayat puji diri sendiri. haha.

tapi jangan terkejut ada juga orang yang tak reti balut buku. sebab banyak kali dahh aku jumpa orang camni, haha puncanya adalah dah terbiasa menggunakan pembalut buku segera. okey kembali kepada jenis plastik pembalut, memang macam-macam jenis ada nipis, tebal, sederhana tebal, jenis yang terlalu lembut dan jenis yang kasar.
okey ni jenis pembalut kegemaran aku. dia tak tebal sangat dan tak nipis, yang nipis ni biasanya jenis yang macam plastik balut hamper tu. aku tak suka sebab dia sangat mudah koyak, satunya aku suka buku yang aku balut, nampak tegang dan licin je so plastik tu kalau tegang sangat mudah koyak. pernah masa sekolah balut buku teks pastu koyak ngamuk taknak balut dah terus suruh ibu sambung balut. hahaha.

lagi satunya jenis yang ini senang di bentuk, macam kita dah lipat kita tekan dia akan senang berbentuk garisan so  lagi senang nak balut. tapi sebenarnya jenis yang kasar tu lagi senang balut, tapi aku tak suka buku aku nampak kelabu.
lepas dah potong ikot kesesuaian saiz buku tu, aku akan seletip kan sebelah kulit buku dulu supaya dia tak lari-lari time nak kemaskan lipatan dan tegangkan plastik pembalut.
aku akan seletipkan yang belah tengah dulu sebab nak bagi die centre time kita kemas-kemaskan pembalut, dah kemas baru aku akan seletipkan kulit buku yang lagi sebelah dan tetap di lekatkan di posisi yang sama (tengah).
lepas dah seletipkan belah tengah. kemas-kemaskan lagi balutan seletip pulak bahagian hujung. time seletip tu jangan kangkangkan kulit buku luas-luas takut nanti lari kemasan dia.
so bila dah seletip yang hujung tu, baru buat lipatan kat bucu buku. lipat kemas-kemas dan seletipkan dengan kemas. tapi sebelum lipat tu pastikan la potong pembalut kat bahagian tulang buku kang tak boleh pulak nak melipatkan. time potong tu pun pastikan sama baris dengan garisan tulang buku barulah jadi kemas! jangan senget-senget pulak ye.
gambar kat atas nilah lebihan plastik yang kita potong kat bahagian tulang buku sebelum nak lipat pembalut. ada jenis orang dia suka lipat lebihan ni ke bahagian dalam buku. aku pernah buat tapi dia nanti lama-lama mudah membuatkan pembalut tu koyak, dan jadi tak cantik. so lebih baik kita buang terus keh. dengan menggunakan pisau! bukan gunting sebab gunting susah nak potong dengan kemas. menggunakan pisau adalah lebih baik. terpotong licin, halus, mulus je nanti.hihi.
dan yang paling last! cara aku. tak tahulah ada orang buat tak macam ni. hahhaa.. tindihkan buku yang baru dibalut bawah bantal supaya lagi tengang dan kemas balutan buku tu, bagi hilang kembung-kembung atau garisan plastik. lagi berat lagi better. korang buat tindih time tidur pun okey, tapi yang tidur lasak teruk tu better dielakkanlah ye kang jahanam buku.. haha. serius keh aku buat menjadi. lagi menjadi dari tindih dengan buku banyak-banyak.

biasa sehari dah okey dah, kalau tak okey buat sampai okey lah! haha. lepas tu baru susun kat rak dan makin lama, balutan tersebut akan makin cantik dan kalau tengok sekali imbas macam tak balut pun bukunya. yang ni kepuasan dia lain macam wehh! haha.

okey tu je tips aku balut buku. nak try bolehlah.nanti anak-anak aku pun aku suruh balut buku sendiri. no segera-segera okey! 

Sunday, April 12, 2015

#BloggerTalk | 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Anda

Assalamualaikum


okey aku baru nak taip topik blogger talk minggu ni, sebabnya lambat nak taip adalah topik yang menang undian minggu ni susah bagi aku sebab aku tak reti nak cerita apa yang best kat negeri aku. haha sebabnya aku ni bukan selalu pun ke sana ke sini, tak jumpa yang bebetul menarik. entah halangannya banyak sangat. so tak reti nak cerita apa yang menarik kat negeri aku. so aku cerita jela apa yang aku rasa menarik kah!

1. Shopping Mall
 selangor memang banyak gila shopping mall, kat semua tempat ada je walaupun tak besar mana dan tak terlalu terkenal macam Sunway Pyramid, IOI Mall, The Curve. kalau duduk area subang/ damansara tu aku rasa lebih tiga mall ada. salah satunya mall kat selangor ni parking murah bukan macam kl. adoi bayar parking boleh buat makan 3 4 hari. huh. sebab tu aku lebih suka naik kenderaan awam je nak ke sana.
 dalam banyak-banyak mall The Mines salah satu mall yang aku hafal setiap pelosok kat dalamnya. satunya sebab kecik je, satunya sebab selalu pergi. dulu la time belajar dekat KUIS sekarang takde dah jauh dah. ah rindu Mines. sobs

2. Makanan
yang ni memang tak dapat la nak di sangkal. memang kaya dengan makanan pergilah mana nak pergi macam jenis makanan ada. tepi jalan pun ada. kira kalau kempunan nak makan tu tak yah la susah nak cari. ah aku teringin char kuew tiaw ni!

3. Sekeping Serendah
pernah dengar sekeping serendah? aku tahun lepas baru tahu. dan tempat ni sangatlah dekat dengan rumah aku oii! dan aku baru tahu kewujudannya. teruk betul. nampak sangat aku ni memang tak berjalan sangat orangnye.. hmmm so sad. dah keje nanti kumpul duit aku nak pi bercuti sana sini!! sekeping serendah ni sangat sesuai dengan orang yang pencinta alam. aku nak cerita details tak pernah pergi. tapi ada rezeki aku nak pergi gak nanti. tengok gambar nampak sangat tenang. bagusnya boleh pergi sekarang sebab stress.


4. Taman Tema
antara taman tema yang ada kat selangor Sunway Lagoon, Wet World, Gold Coast Morib. ni jelah yang aku tau. syoknya main air. aku suka main air ni. tapi lebih suka dengan pantai. ah tekanan pulak cerita tempat-tempat best ni.haha sebab aku tak pernah pergi pun.

5. Tempat Perkelahan
oh my! aku suka mandi sungai jugakkk. last pergi mandi sungai dengan kawan-kawan sekolah, kitorang pergi mandi sungai dekat ulu yam. aku lupa sungai apa. mandi sungai, sambil berkelah makan-makan pergh feeling dia lain macam woi! dengan kawan kolej kitorang pergi program dekat sg pisang time tu mandi camtu-camtu je tak puas. nak pegi lagiiii.. walhal banyak sungai-sungai dekat dengan area rumah aku tapi tak berkesempatan nak pergi. ah semua tak berkesempatan benci! so orang selangor nak pergi mandi sungai boleh la try antaranya sungai pertak, sungai tekala, air terjun sungai gabai, sungai congkak.


p/s: nak blogwalking jap. tak sempat lagi menerjah mereka

Wednesday, April 8, 2015

Meriahnya Sahabat Blogger

Assalamualaikum.

group sahabat blogger ni sebenarnya dah bertahun dah wujud, sejak awal aku masuk kuis lagi. time tu asasi sekarang aku dah habis belajar dah. dan baru minggu ni wujud group baru dalam wasap, dan seperti biasa meriah dia kemain.. haha. awal-awalkan nak berkenalan. kadang sampai beribu mesej kalau fon tak terusik.

sebelum wujud wasap memang meriah dekat facebook lakan. ikotkan dah lama menyepi group ni, akhir-akhir ni buat comeback pulak. ala menyepi sebab masing-masing ada tanggungjawabkan. gathering yang aku pernah join sekali je dekat time square, masa tu aku fresh-fresh lagi dalam bidang blog. junior lagi. segan tak yah cakap lakan sebab time tu ramai senior dan blogger power-power punya.


tapi yang seronoknya dapat kawan baru, aku memang suka ramai kawan ni. dan ada yang masih contact sampai sekarang, bese kat laman sosial lakan main komen-komen. ni bila dah ada wasap group lagi meriah trobek zaman dulu-dulu, haha. kelakar. ada jugak yang baru kenal dan memang dah kenal. dan tadi dorang dah plan tok next gathering kat terengganu.. jauhhnyaa.. tak tahulah aku dapat ke tak pergi, tapi nak sangat pergi!

nilah antara salah satu sebeb aku berblog cari kawan. seronok ramai kenalan lagi dalam bidang pelbagai. yang hobinya sama iatu berblog.. satu je aku harap, semoga ukhuwah yang terbina ni kekal sampai syuga. inshaAllah.