Thursday, July 3, 2014

MCP Projek 1 : Talent VS Studio Director

Assalamualaikum...

dua minggu di hari isnin kami menetap di studio untuk subjek MCP, dan setiap dua minggu yang berbeza ada tugasan yang berbeza.. kami ada dua group, untuk group aku minggu pertama kami semua jadi talent dan perlu melakukan apa yang diarahkah oleh pengarah untuk program tersebut.. dan kebetulan kelas aku jumlahnya genap memasing ada pasangan masing-masing.. 

aku dapat dengan azlina, dan tugasan yang aku kena buat adalah bersenam di depan kamera.. haa amikkau.. haha.. pensyarah aku siap cakap "saya tak dapat bayangkan camne yatt bersenam" hahahaha.. aku dah gelak segan dah.. dah itu yang partner aku nak buat untuk program dia.. aku redahkan saja.. konon macam okey la.. cool lakan.. bila dah time nak kena depan kamera nak bersenam.. hahaha malu siot!!!!!!!! dengan member-member lelakinya.. tebalkan muka jela cerita dia.. lagi pun budak lelaki kelas aku memang dah biasa dengan perangai gangster aku dan suka nganjing aku.. 

kitorang di beri masa 3 minit nak beraksi depan kamera.. time tu minta cepat je masa habis.. haha.. mula-mula aku cool lagi buat konon tak malu sambil buat gerakan-gerakan badan kira sampai 10.. dan sampai satu tahap aku tergelak depan kamera sebab ada member dok menganjing ikot gaya aku senam kat studio bahagian dalam, member lelaki rapat dengan aku, aku dah la segan dia siap ikot aku bersenam.. choi sangat!!!!!!!! haha.. dengan aku nampak pensyarah aku tergelaknya, member lain pun gelak.. lama-lama aku pun dok tergelak sambil bersenam haa.. tapi pengalaman sangat best.. markah pun pensyarah bagi kat pengarah program, untuk talent takde markah so buat ada salah pun takde hal.. cuma janji kau buat ikot arahan pengarah program..


budak lelaki yang pose seksi tu ha yang dok menganjing aku ikot aku bersenam.. seminggu jugak dia bahan aku.. haha.. gambar atas ni antara ahli group aku, kami ada 9 orang semua dan time ni group aku kena jadi talent untuk minggu tu.. nampak tak outfit aku, khas untuk bersenam.. dan aku sorang je talent yang berpeluh depan kamera sebab aku kena bersenam.. haha.. sebab studio memang sejuk gila talent lain semua dok menahan sejuk.. 


gambar atas ni minggu kedua, minggu group aku pulak yang jadi pengarah.. (yang tengah talent).. sebenarnya bukan mengarah je tugas untuk minggu ni.. ada jadi jaga kamera, jadi FM (Floor Manager), jaga bahagian lampu, bahagian audio, bahagian suis untuk kamera.. tapi utamanya adalah pengarahan, dan pensyarah akan bagi markah ikot camne kami mengarah.. alhamdulillah time aku semua okey, azlina berjaya membawa tugasan sebagai talent dengan baik.. owh ye, aku punya sagmen pasal makeup asas.. so azlina kena makeup depan kamera.. haha.. 

dia kata segan.. belum fikir segan aku bersenam kiri kanan lagi depan kamera.. ahhaha.. dan bila selesai 3 minit shoot bahagian aku, aku dengar pensyarah cakap perlahan jela tapi.. "okey bagus".. bangga dengan diri sendiri kejap..hehe.. alhamdulillah projek pertama dah selesai, pensyarah dah pun bagi markah.. so projek yang seterusnya pulak untuk dilaksanakan..

projek 2.. kali ni gerak dalam kumpulan dan kami kena buat program berkaitan dengan intertainment.. dan projek yang kedua ini jugak aku telah dipilih oleh pensyarah aku untuk jadi producer..fuuhhh..... jawatan yang paling besar dan proposal aku yang kena buat.. takut-takut jugak bila dapat amanah untuk jadi producer ni, inshaAllah cuba buat yang terbaik.. bangga dengan diri sendiri sebab pensyarah yakin aku boleh untuk jawatan ni.. sebab aku pun tak yakin dengan diri sendiri akan dapat jawatan camni.. akan ku cuba lakukan yang terbaik.. yeahhh!!