Saturday, June 7, 2014

Rindu Yang Tidak Kurang

Assalamualaikum..

aktiviti sebelum bukak sem adalah berjumpa dengan en buah hati dulu.. nak lepas rindu yang berbulan tak jumpa kononnya.. tapi macam biasalah, kalau jumpa bukan makin hilang rindu.. makin bertambah rindu adalah, memang tu yang akan sentiasa berlaku kekdahnya.. haha..

dah lama tak jumpa, macam-macam aktiviti sesama nak buat.. makan jejalan, tengok wayang.. aku pilih tengok cerita Maleficent, seriusly cerita ni sangatlah best okey! aku peminat disney punya cerita, dan memang berbaloi tengok cerita ni.. watak angelina jolie sangat disukai.. en buah hati pun kata best, tapi tak tahulah ikhlas ke tak tu.. hahaha,. 5/5 bintang untuk Maleficent..


kalau dah jumpa en buah hati memang takdelah yang tak bestkan.. lama tak jejalan sesama katanya.. bukan senang nak jumpa memasing jauh.. hu.. jumpa kali ni en buah hati siap tanya nak pape tak, beg ke, kasut ke, baju ke.. haha.. malunya nak req nak pilih apa time tu.. yela dia pun masih part time belajar duit gaji nak banyak guna untuk belajar.. tapi dah en buah hati berbesar hari mengofferkan apa yang aku nak. haish rugilah kan kalau menolak..hahaha.. beg, tak rasa nak beli baru lagi.. kasut banyak lagi yang belum dan nak dipakai.. yang aku tengah pakai tu pun masih baru lagi.. so dapat lah kemeja dengan seluar jeans sepasang..hee


lepas ni nak tengok transfomers pulak.. filem wajib tonton tahun ni.. serius.. kerana aku minat gila transformers! wait for me 26 jun!


thanks EBH untuk hari indah itu.. belanja saya macam-macam, layan gila saya.. u always be the best partner for me.. always.. sentiasa kata saya comel walaupun saya tengah comot.. harap dah kawen nanti masih kata comel la ye..hehe.. 

bila dengan kesayangan masa yang lama rasa kejap sangat.. time berpisah adalah time paling tak best..