Monday, May 5, 2014

Trip Ke Sungai Pisang Bersama COMM.UNITY

Assalamualaikum..

entry kali ni nak cerita pasal aktiviti aku masa sem 5 hari tu.. persatuan kos aku.. persatuan COMM.UNITY yang buat aktiviti pergi ke sungai pisang ni, yang diuruskan oleh member aku.. kalau korang ada terbaca entry aku yang lama pasal zoo tu pun bawah persatuan kos aku jugak, dan buat masa ni memang aku tak pernah tak join apa program yang persatuan ni buat.. sebab aktiviti semua best-best..dan lepas tu, kenelah support persatuan sendirikan.. lagi-lagi ahli jawatan kuasa di dalam kalangannya ada member aku..

pagi-pagi dah kena bangun, sebab kitorang memang kena gerak awal sebab dah bajet masa semua.. gigih hari cuti bangun awal, kalau tak.. jangan haraplah mata nak terbukak awal kalau takde apa-apa aktivit..hehe.. perjalanan dari kolej aku ke sungai pisang ni tak sampai sejam pun sebab dekat je.. untuk pengetahun korang sungai pisang ni dekat area gombak, kalau nak tahu details silalah google ye..


kami gerak satu bas, tapi tak penuh pun sebab ada yang cancelkan last minit.. 


aktiviti kami kira macam jungle trekking la gitu, berapa kali lalu sungai.. paling dalam kami lalu kalau ikot had ketinggian aku paras punggung la.. tapi syok wo air sungai..sejuk gila! sangat have fun sebab pensyarah-pensyarah aku semua sporting gila, macam lepak dengan member-member je..


disebabkan masa yang kami pergi ni musim kemarau ritu, air agak  keringlah.. dekat air terjun pun tak best kalau tengok, aku takde pulak stok gambar air terjun.. dalam gambar atas ni ada sorang penyarah aku.. cuba teka mana satu..eheh

setelah berpenat lelah melalui ranjau dan duri akhirnya kami sampai ketempat yang ingin ditujui..haha..dan aktiviti lepas tu adalah kami kena panggan ayam menggunakan kayu oke..kayu.. adoy jenuh ngipas nak kasi keluar api.. sampai pedih-pedih mata.. perut dah lapar dah time ni..haha.. dengan panas matahari lagi..adoyy..walhal dalam hati tak sabar nak mandi sungai..


bila dah settle makan semua, dan lecturer kata boleh pergi mandi.. aku orang terpantas pergi..haha.. ah dah belengas dengan asap bagai.. dah la aku suka main sungai ni, sejuk je.. memang lajulah kekdahnya..haha..
tengok muka member aku, batak sungai semua.. tak ingat dah masalah lain bila masuk dalam air, main air kalah bebudak dah..ah! best sangat!


dah puas mandi kita bergambar pulak.. eceli belum lagi nak berapa puas..haha..tapi pensyarah dah suruh siap untuk balik..fine..fine! haha


pergi kami ikut jalan lain, balik ikut jalan lain.. time ni kaki aku dah penat dah.. dah melecet, dah rasa nak cepat sampai bas.. bila dah sampai bas tu perasaan dia lega gila! haha.. dah la time otw balik ni ada kena ikut laluan yang curam gila! dah la aku gayat.. nak nangis rasa..over tak..haha..nasib ada member tolong coverkan.. sem depan ada aktivit lain yang best persatuan aku buat.. dan konfem aku akan join lagi..! yeyy!