Wednesday, February 4, 2015

Kerana Lepak Mall Tengok Wayang adalah To Mainstream

Assalamualaikum..

pergghh sebulan rupanya aku tak update blog. kisahnya adalah sebab malas.. haha. walaupun banyak benda yang aku nak cerita, tapi simpan jela dulu ye ceritanya. entry kali ni gigihlah aku nak cerita sebab keluar jalan dengan En Buah Hati. kalau tak jangan harap sepantas ini aku nak buat entry baru..hehe.


sebenarnya dating kali ni tak rancang pun. haha. tiba-tiba jer.. sebabnya adalah kes En Buah Hati kata nak botakkan rambut, aku ni tak suka lelaki botak so cepat-cepat aku bidas tak payah! haha. pastu dia cakap takpelah bukan nak jumpa dah pun, kalau dia botak.. sembang punya sembang dan kebetulan semalam cuti thaipusam. terus deal nak jumpa.. lagi pun EBH kebetulan nak keluar pergi beli laptop baru so alang-alang aku temankan la sekali..hee

kalau tak dia nak turun KL, tapi atas halangan-halangan yang tertentu kitorang deal aku turun ipoh! hehe.. asik dia je turun jauh-jauh jumpa aku, meh giliran aku pulak. walaupun dia berat hati nak kasi aku turun jauh2 tapi aku okey je. bukan selalu pun.. akukan tough! hehe


time teman dia beli laptop, aku macam biasa jadi tukang nasihat tak berbayar tok dia.. walaupun memula kononnya tak nak masuk campur. haha. bila dah masuk campur, habis semua tips keluar..so dapat la sebijik laptop jenama lenovo macam aku.. jenama je sama, jenis beza. hee


lepas dah beli laptop EBH bawak aku jalan-jalan kat perak.. yeehuuu! serius rasa macam bercuti..hehe. seronok gila weh!!

tempat first EBH bawak perli KELLIE'S CASTLE.. siap suruh aku tutup mata lagi bila dah nak sampai sini. nak buat suprise tempat.. hehe.. dia kata nak bawak aku kat sini sebab nak bergambar puas-puas.. faham jekan aku ni kaki bergambar, memang seronok la sampai beteri fon habis.haha

view memang cantik nak bergambar, nak photoshoot wedding pun cantik.. serius. berjam jugak la kitorang dok pusing dalam ni.. walaupun panas terik ya ampun!! hehe tapi cuaca camni gambar memang jadi cantik sebab pencahayaan cukup. so kalau korang nak tahu apa sejarah KELLIE'S CASTLE silalah google ye, sebab aku malas nak cerita..haha dalam entry ni aku nak belanja gambar je.











lepas dah puas berjemur berpanas dekat KC. barulah perut nak rasa lapar, makan lepas tu EBH bawak pergi tempat lagi satu.. GUA TEMPURUNG. gua tempurung ni dia bukak dari pukul 9pagi sampai 4 petang je.. kiorang sampai dah pukul 6 tak salah. saje je nyinggah nak tengok tempat, lain kali baru datang untuk nak masuk..

motif utama adalah bergambar..haha




memang penat, tapi seronok. jalan-jalan camni lagi best dari lepak mall tengok wayang.. serius! thanks EBH penuhkan aktiviti kite bawak i jalan2.. nanti bawak tempat lain pulak tau..  I L U!!

di sebabkan penat sangat, bangun lambat pergi kerja.. haha..




p/s : nanti nak share sikitlah tips pergi KC dekat next entry..hehe