Saturday, June 9, 2012

Habis Sudah..

nampaknya cuti sem aku dah pun tamat..esok aku dah kena balik kolej..dan isnin dah mula kelas..barang-barang pun dah packing, tinggal lagi sikit-sikit je belum sebab ada yang nak guna lagi..eceli tak tau la apa perasaan nak mula sem baru ni..cam tak berapa nak semangat jer..time asasi dulu kalau nak bukak sem bole di katakan aku diantara yang bersemangat..tapi kali niee...

macam takde hati pulak..hurmm..jangan dalam kelas nanti tak semangat sudah..mungkin dah sampai sana nanti okey la kot aku..lagi-lagi dapat jumpa kawan-kawan..dekat tiga bulan jugaklah aku tak jumpa dorangkan..dah dok rumah nie, susah sikit nak hangout dengan member-member..harap sem 2 nie..lebih baik dari sem 1 dulu..amin..mintak-mintak di permudahkan segala urusan..


time nie aku keluar dengan anak buah aku pergi beli barang-barang keperluan kat kolej nanti..die pon dok sebuk nak cari hadiah member die..1st time keluar pergi beli barang sendiri..selalunya dengan parents tapi parents kena jaga anak-anak buah aku kat rumah..tapi lagi senang kuar sendiri bole pergi mana-mana yang aku nak..


ni baru sikit..haha..campur dengan barang-barang anak buah aku..tapi aku punya lagi banyak kot..belum dalam bonet lagi..nasiblah masih muat letak dalam kereta..agak banyak la gak barang-barang yang aku nak bawak ke kolej nanti..fuuuuu....

so bila dah dekat kolej.. mesti susah nak online dah..huhu..terpaksa online pakai broadband yang linenye lembab nak mampuiih..huhu..susah lah aku nak BW kat blog korang..nanti korang pun tak sudi nak singgah blog aku..hukhukhuk..tak suka nak online pakai broadband sebenarnya..kat kolej takde lagi dah masakan ibu, tilam yang empuk dan segala bagailah..kena himpit naik train..kalau kat rumah nak pi mana-mana je naik kereta..huhu..takpelah demi menuntut ilmu..dan masa hadapan,akan ku gagahi juga =)




p/s: wish me luck untuk new sem =)