Tuesday, April 29, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum..

kali ni nak cerita kisah pesta buku yang berjaya aku jejaki untuk kesekian kalinya..26.42014 hari tu aku pergi tapi baru hari ni aku nak update.. tapi takpe pesta buku masih berlangsung hingga 4.5.2014.. so sesiapa yang belum lagi pergi boleh la pergi sebelum terlambat..

pesta buku ni tempat wajib pergi setiap tahun lagi-lagi ada dapat baucar buku free, rugi lakan ada baucar tapi tak pergi..hehe.. akulah orang paling bahagia dapat beli buku banyak.. pesta buku kali ni aku pecah rekod bagi aku sebab aku sampai awal gila, sebelum pukul 10 aku dah sampai walhal booth bukak pukul 10.. haha.. tapi pukul 10 tu orang dah ramai okeeyy.. tapi ramai-ramai pun masih tak berlaga bahulah kalau berjalan, masih ada ruang lagi kalau kau nak golek-golek atas lantai..gitu..


nampak tak bila sampai awal , kelebihannya kau boleh selca sepuas hati tanpa ada orang lain nak ganggu..haha.. booth jelajah lejen fixi adalah booth pertama yang aku jejak.. sampai-sampai aku terus cari kat mana booth ni walaupun kaunter belum bukak lagi.. kira macam persediaan awal gitu..haha.. teruja aku ni tak tahulah nak cakap camne..hihi.. paling seronok datang awal, kau boleh berlegar-legar ikut sukati dengan rasa lapang hati, sebab tak yah nak berebut dengan orang lain.. belek buku pun seronok satu-satu.. 

disebabkan aku sampai awal, aku borong la buku sorang-sorang.. member lain semua lambat.. baik aku borong dulu sebelum orang ramaikan, nanti member dah sampai teman pulak dorang..tapi time dorang sampai orang dah ramai gila.. bersesak la.. time tu aku duduk tepi sambil memerhati..haha..



budak ni, sampai-sampai terus ajak bergambar.. bukan ajak pergi beli buku.. haha..tengok kat tangan aku dan berkilo buku aku beli.. dalam beg sandang tak kira lagi berapa..sakit bahu kot!


tunggu punya tunggu sampai semue member aku.. teman dorang beli buku yang dorang nak, lepas tu kitorang terus pergi kl sentral solat dan makan.. buku dah dapat, perut kenelah isi jugakkan.. kitorang lepak kat KR.. time ni masing-masing dah kebulur..haha.. geng Hot Ladies.. kami hanya berlima yang lain jauh tak dapat join.. berjam kitorang lepak kat sini, menyembang tak tengok kiri-kanan dah.. kitorang buat KR dah macam kedai mamak..kau mampu? ahhaha.. lagi satunya sebab tak ramai orang pun makan kat situ, kl sentral manalah nak sesak sangatkan so seronok sangat la kami menyembang lepas rindu berminggu dah tak jumpakan..


ni buku-buku yang berjaya aku kaut, rm250 baucar aku pakai beli semua ni.. seronok sangat dapat buku baru! buku resepi itu wajib, walaupun boleh search internet nak cari resepi yang kite nak, tapi ada buku ni rasa dia lain sikit.. sekarang rak buku aku dah penuh gila..ahah..adoy pening nak susun camne buku ni..


antara moment best lain adalah dapat otograp penulis buku yang aku beli.. ni dengan aisa linglung.. dan juga merupakan founder lejen press.. tabik! beliau sangat sporting okey.. berebut orang mintak otograp.. aku bukan mintak otograp je, mintak ajak gegambar lagi.. hihi


ni pulak dengan ehsan el bakri.. gaya dia macam pemalu-pemalu je.. ke perasaan aku je? ahaha..


 dan yang terakhir.. dengan chef Hanieliza, kemain tau aku panggil beliau chef, tapi beliau elok bahasakan diri acik je kat kitorang.. best sembang dengan beliau, peramah.. macam mak-mak sangat bercerita.. kira aku rasa selesa dengan beliau..

eceli ada testimoni masak-masak, tapi aku tak sempat rasa sebab pergi teman member beli buku.. ah yang penting dapat otograp dan jumpa beliau, mana tau dapat berkat pro masak ke akukan..hehe.. amin..



p/s: katanya 1 mei ni katanya baucar dah tak boleh beli novel, just buku ilmiah je.. tak pasti betul ke tak, tapi sesapa yang nak beli novel tu pergi cepat beli.. kang menyesal tiada guna kang.

Monday, April 21, 2014

Terasa Lebih Seksi.

Assalamualaikum..

aku seorang yang suka pakai shades aku suka jenama Rayban.. tapi dulu aku pakai yang stok murah pasar malam punya, sebabnya aku mana mampu nak beli yang harga rm200 -rm300 student lagi katanya.. tapi ada satu hari terniat nak beli yang original tapi aku jumpa harga 200 300 lagi.. tu pun macam berkira-kiralah nak beli, fikir masak-masak tu kalau masak kat dapur dah macam-macam lauk di masak agaknya.. haha..

dan aku tanyalah sorang member aku yang banyak tahu pasal shades ni, macam-macam dia ajar aku.. pastu die gitau pasal facebook yang mana boleh beli shades yang kualiti bagus tapi harga mampu milik untuk student macam aku.. teruja lagilah aku nak belikan sebab banyak aku boleh jimat kat situ..

aku nak beli yang berkualiti sebab dah datang kesedaran kat dalam diri, sebab kalau kita pakai yang murah yang harga belas-belas ringgit tu sebenarnya boleh merosakkan mata.. sebabnya dia takde perlindungan matahari pun kat cermin dia.. so apa salahnya kita keluarkan sedikit modal untuk mata kitakan? 

dan selepas aku beli dekat brader yang jual ni, seriusly aku rasa sangat berpuas hati dengan kualiti shades yang dorang jual.. time dapat tu gembira dia pergh tak yah cakap la.. servis dan layanan pun sangat baik, abang ni jual secara online dan barang dia sangat cepat sampai.. tip top wa cakap lu!


gambar ni shades pertama yang aku beli.. tentu-tentulah jenama rayban.. kesukaan kot.... lepas tu aku hasut orang belakang tu join beli.. hehe.. aku nak jaga mata aku, so aku nak kesayangan aku pun jaga mata dia.. tak kasi dah dia pakai yang murah-murah tu..hee.. gambar ala-ala zaman retro tak? haha.. shades yang aku pakai ni jenis Rayban Wayfarer Rare.. Rare sebab dekat bahagian dalamnya ada corak-corak, tengok dari jauh memang tak nampak dedekat baru nampak.. En Buah Hati punya Wayfarer  jugak tapi yang hitam biasa, dia tu mana mahu nak pelik-pelik macam aku.. aku je suka pelik-pelik sikit..haha..

sebenarnya bukan dia je aku hasut beli, member-member pun aku dok hasut.. ala apa salah share benda baikkan? member aku lagi siap 2 3 pasang dorang beli.. kalah aku yang jadi tukang hasut ni..haha


yang aku pakai kat atas ni yang paling latest aku beli.. Rayban Caravan Diamond Hard, perghh!! nampak seksi gilakan?? haha.. buat masa ni aku hold dulu beli.. ada rezeki lebih angkat lagi satu.. haha.. buat koleksi best jugakkan.. susun cantik-cantik kat dalam almari kaca, nak pakai tinggal pilih je... perrghhh!! ahahah.. so korang kalau nak beli korang tengok details kat bawak oke? jangan risau aku jamin kualiti terbaik dan korang tak akan menyesal beli.. sebab kenalan aku yang beli semua bagi respon positif.. dan korang boleh jimat banyak.. so selamat membeli!


INSTAGRAM : krbm12
WECHAT : krbm12


Friday, April 18, 2014

Masa Mencemburui Cinta

Assalamualaikum..

entry semalam aku ada cakap nak cerita macam-macamkan.. so kita mulakan cerita pasal en buah ati datang rumah..hehe.. berjumpa setelah hampir dua bulan tak jumpa.. last jumpa masa kenduri kahwin classmate aku, tu pun jumpa camtu-camtu je..

kali ni en buah ati datang rumah pun tak dirancang, sebab dia ada urusan dekat UPSI.. aku pun tak prepare masak apa-apa sebab paginya aku pun keluar pergi beli barang.. balik pun sampai tengah hari, so aku masak apa yang ada je la.. ecely kalau EBH datang aku selalu akan masak spesial sikit la.. sebab bukan selalu nak dapat die datang rumah, tapi kali ni tak berkesempatan so macam terkilan sikitlah.. lauk simple je, ikan sambal.. tapi tengok dia makan bertambah rasa lega sikit, tapi masih tak berpuas hati..


seperti biasa kalau dah datang rumah, perkara yang sukar untuk dilakukan adalah balik.. tak puas kot lepak sekejap je, nak bercerita panjang pun tak terhabis.. masa setengah jam tu rasa macam baru 10 minit berlalu, serius ni aku tak tipu.. tengok jam pukul 4, sembang-sembang dah 4.30 cepat gila kot masa! pastu kononnya nak balik dah 4.30, tup tup pukul 5 lebih baru dia balik.. haa.. nampak tak bertapa sayangnya EBH kat aku? haha..

bercinta takpe jejauh.. dah kawen tak kosser aku nak jejauh woii!

Thursday, April 17, 2014

Tunggu Korang Tunggu....

assalamualaikum.

hai korang.... sebulan lebih aku tinggalkan blog kesayangan aku ni.. kesian dia.. sebulan sibuk dengan final exam.. sekarang tengah cuti sem, so memang niat nak update blog cuti sem ni tapi modem wifi rosak dan hari ni baru je beli baru.. 

so banyak yang aku nak cerita kat blog ni.. nak cerita tentang perkara best yang berlaku masa dalam sem.. banyak benda..tunggu aku nak bercerita puas-puas.. nak jejak blog korang puas.. tunggu yee tunggu..... pastu nak tinggalkan jejak kat blog korang bebanyak..hehe..


okey belanja satu gambar lepas paper terakhir final exam., ni bebudak kelas aku.. yang belakang buat jari kat pipi tu pensyarah aku ye harap maklum..hehe..