Thursday, April 7, 2011

Rasa Kesian lak..hehe

Manusia ni memang macam-macam perangai..kadang-kadang menghiburkan, yang ni okey la..tapi kadang-kadang menyakitkan hati..yang ni sangat tak okey ye..tapi dah tak boleh nak watpe..tengok jela..sebab dah itu memang diri dorangkan..tapi kadang aku pelik dengan orang macam ni..kita kalau boleh memang la nak semua orang sukakan kita ( bukan cinta )..tapi kadang, cara kita berkomunikasi dengan orang salah..kalau dah salah konfem-konfem la orang takkan suka dengan kita, betul tak? sebab orang macam ni kalau nak cakap kadang ikot sedap mulut die jew, tak pernah nak pikir tentang perasaan orang lain..bila dah orang mula tak berapa nak suka dengan kita, mulalah..orang lain jugak yang akan dipersalahkan..kenapa tidak diri sendiri? cuba motivasi diri kita, apakah yang menyebabkan orang sekeliling kita jadi macam tu? nanti mulalah kata-kata, "aku ni tak hensem, tak cantik, memang la orang tak suka dengan aku..tak nak kawan dengan aku" tapi dengan seriusnya aku cakap lakan..orang tak kesah la dengan semua tu, lantak la muka ko macam mana pun, ko gemuk ke, kurus ke..tapi hati ko baik, hormatkan orang lain..konfem orang akan suka dengan kau..tapi aku tak dapat nafikan ada juga sesetengah orang yang nak berkawan sebab paras rupa..orang macam ni, bagi aku elok sepak masuk lombong jew..sebab paras rupa, semua tu tak bawak ke mana pun..hati yang paling penting, tak kira apa-apa pun..

aku sangat bersimpati dengan orang macam ni..kenapa dorang berfikiran macam tu? bila kita dah mula berfikiran macam tu..mestilah kita akan mula rasa tidak selesa dengan orang sekeliling kita..kita akan sentiasa berfikiran negatif dengan orang sekeliling kita..tapi kadang situasi sebenar datang dari diri kita sendiri, jadi cubalah ubah diri kita cara berinteraksi dengan orang..kata-kata, nada percakapan sesuaikan dengan keadaan..jangan nada kita nak keras, nak memerli aje..kalau macam ni, memanglah orang tak nak bercakap dengan kitakan..dan kalau orang nak berikan pendapat janganlah kita terus nak bangkang, senang cakap jangan pikir diri tu bagus sangat..kita kena berfikiran terbuka untuk mendengar pendapat orang lain, walau kadang kala pendapat yang di utarakan mungkin tidak rasional..tapi kita sebagai manusia perlu ada sikap hormat..kita hormat orang, orang akan hormatkan kita..kita hargai orang-orang akan hargai kita.. tapi kadang kala kita berbuat baik dengan orang tapi orang tak pernah hargai, itu adalah cuma ujian kecil dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita, jangan la kita mudah melatah..kerana akan bawak keburukan kepada diri kita jugakkan?? termasuk la dengan mimik muka..kau jangan la buat muka ketat 24 jam..orang pun boleh naik menyampah kot..senyum la sikit, sikit pun jadilah..senyum itukan sedekah..kan dah dapat pahala tu..mungkin sampai at sini je kut bebelan aku..haha..tak pernah pulak aku buat entry membebel macam ni..tapi entry ni aku buat untuk memotivasikan diri aku jugak..sebab kita hidup dekat dunia ni bukan sorang-sorangkan..ramai orang dekat sekeliling kita..

p/s: pendapat dari hati aku... =)