Friday, September 9, 2016

Hari Sukan Sekolah Rendah Islam Al Iman

Assalamualaikum..

Hye kembali kite selepas bulan yang sangatlah sibuk dengan kerja dan hal kahwin. Bulan 9 dah tak sibuk sangat dah, budak-budak tengah UP2, hal kahwin aku tinggal sikit lagi goodies je masih belum lagi settle. 

Alhamdulillah. 28.ogos hari tu sukan sekolah sri al iman berjalan dengan lancar, lega gila. Sebab aku antara orang penting untuk sukan kali ni, satunya sebab ni kali pertama sekolah buat suka so bos memang harapkan terbaiklahkan. Dan tak sia-sia semua kerja keras aku untuk sukan yang pertama ni. Bangga dengan diri sendiri jap. Hehe

Guru-guru dah buat undian untuk rumah sukan warna apa, dan aku dapat rumah kuning! Haha rumah sukan aku masa sekolah menengah dulu. Kuning/ al Kindi. Mulanya nak buat untuk perbarisan hiasan-hiasan semua tu aku orang yang selalu cakap malaslah nak fikir hias-hias apa, buat ala kadar je. Yela sibuk dengan kerja atas kertas, hal kahwin lagi aku jadi malas nak fikir hal lain dah. Penat. Tapi akhirnya bajet je aku ni, bajet cakap. Haha. Sebab last-last aku yang fikir macam-macam idea untuk budak² rumah sukan aku, nak pakai apa, hiasan apa gigih gila weh.

Baju ketua dengan penolong rumah sukan, hiasan semua aku buat, aku jahit aku gosok. Gigih tak gigih la penat-penat balik kerja buat semua tu weh, hal sekolah pun aku tak bawak balik rumah kot buat. Sebab aku jenis tak suka bawak kerja balik, balik hanya untuk berehat. No work! Tapi demi rumah kuning aku jadi sangat rajin. Haha. Hiasan kepala, muka, baju, tudung hampir semua idea aku. Dan paling tak sangka, kegigihan aku buat semua ni rumah sukan kuning menang perbarisan terbaik!!! Wehh rasa penat aku tu berbalas. Gembira! :)

Btw rumah kuning bukan menang perbarisan terbaik je keh, menang keseluruhan rumah terbaik sekali. Cemerlang sangat anak-anak rumah kuning, masing-masing bolot johan. Johan 9 acara dari 10 acara permainan. Tahniah!!
Teka mana satu aku? Gaya paling over tu aku la tu. Hehe
Gambar lepas dah terima hadiah semua, ramai dah balik dah masa ni, sebab dah tengahari dah panas gila! Budak-budak mana tahan. Cikgu pun habis muka burn memasing. Haha. Aku dah la tak suka main panas-panas bawah matahari ni, tapi sukan punya aku antara cikgu paling semangat untuk rumah masing-masing. Setiap game mesti aku ada tengok dorang main, bagi semangat. Tu menang tu semua cikgu power. Kahkah :p
Ni guru-guru sekolah aku, baju pink bos besar. Yeah memang guru-guru sekolah aku muda-muda. Haha. Parents kata bagus guru-guru muda ni, cergas. Giteww. 
Jalan atas batu-bata ni sukan fav aku, sukan ni lelaki perempuan bolot juara, beselah aku coach ajar la cara nak menang paling power. Haha.
Simple je aku hias baju budak depan dua orang tu, dalam gambar tak nampak sangat depan-depan baru jelas. Bayangkan tengah period pain, sakit kepala, sakit pinggang semua dapat gak selesaikan sebelum hari sukan. Yeahh hehe
Bergambar bersama hadiah rumah Sukan terbaik, perbarisan terbaik dan dengan olahragawan.