Monday, April 22, 2013

Bagaimana Dengan Gigi Anda?

Assalamualaikum..

hari nie aku pergi jumpa doktor gigi lagi.. minggu lepas jumpa untuk buat appointment, so minggu nilah proses mengigikan diri.. nasib seminggu je jarak, tak la lama sangat nak tunggu.. kalau sebelum ni pernah berbulan jugak la.. mungkin kali ni tak ramai kot..

pagi-pagi dah bangun bersiap.. appointment kalau ikotkan pukul 11, tapi datang awal dapat no awal.. jimat masa dah.. boleh tahan ramai jugak la orang, tapi tak la lama sangat aku menunggu.. tapi yang tak bestnye kliniknya panas, patut letak aircond.. ahaha.. demand tak..


klinik pergigian yang aku pergi dekat tanjung malim.. yang ni paling dekat dengan aku.. rumah kat selangor, pergi cek gigi kat perak.. jauh tak? haha.. setengah jam dah sampai pun tanjung malim ni dari rumah aku.. 

owh tak cerita lagi kenapa aku pergi klinik gigi, bukan gigi aku sakit, atau nak cabut, atau nak tampal.. tapi aku buat scaling gigi, atau pun cuci gigi.. secara simplenye scaling gigi ni untuk membuang plak-plak (bukan plug ye) kat gigi yang berus gigi tak boleh nak hilangkan.. jangan risau, scaling takkan menyebabkan gigi korang nipis.. just cuma untuk buang lapisan luar tu je.. barulah nampak gigi tu suci gitu..hehe

 so korang yang sesiapa, rasa dia tak pernah buat scaling gigi tu bertahun baik pergi sebab kalau ia di biarkan tanpa di cuci, akan menyebabkan kesan lagi buruk dekat gigi korang.. akan menyebabkan gusi korang lagi sakit dan menyebabkan datang penyakit lain.. dari benda simple yang kita biarkan lama-lama jadi penyakit lain yang teruk.. mesti korang taknakkan? 

mulut tu kira aset penting kot..sebab kita nak berkomunikasi dengan orang dengan mulutkan.. jangan sampai orang lari dari kita sebab tak tahan dengan bau mulut..malu la kan..muka cantik, hensem..tapi mulut berbau.. owh tidak!


taraaa !! lepas scaling.. shomell tak gigi aku? haha.. fyi aku tak pernah pakai braces pun.. alhamdulillah gigi dah memang camni, tak yah bazir duit nak pakai braces.. mahal kot! tapi tengok orang pakai macam best..ngehngeh.. tapi masa tadika pernah la rongak..haha..budak-budakkan..sampai kena ejek dengan member..sob..sob.. walaupun dulu kena ejek, tapi sekarang tidak lagi..haha..dah macam promot produk pulak aku ni..hehehhe

so korang yang tak pernah pergi cek gigi tu..pergi cepat!! kalau ikotkan doktor gigi punya nasihat 6 bulan sekali.. tapi paling kurang setahun sekali pun dah okey, yang penting cek.. tapi kalau dah sakit gigi tu pergi jela, takkan nak tunggu 6 bulan jugak kot.. lurus sangat tu..ahaha.. kalau aku memang amalkan 6 bulan sekali tu..kadang terlebih jugak, maklum la masa tak mengizinkan..

tu je aku nak cerita.. jaga gigi dan mulut korang semua okey, bukan sahaja kebersihan..tapi kata-kata juga.. (muhasabah diri)..takecare bebeh!! (untuk klinik kerajaan tak sampai rm5 kena cas)



p/s: mencegah lebih baik dari mengubati.. jangan sampai gigi dah rosak teruk baru nak menyesal. (like page membe yatt baru nak mula bisnes) LITTLE SHOP