Thursday, October 27, 2011

Kelas Terakhir Ketika Cuti Sem

hye semua..kalau korang perasan aku ada sebut dekat entry sebelum ni pasal kelas yang aku pergi ketika cuti sem..tu pon kalau korang perasan lakan..sape yang tak pernah mis entry aku sebelum-sebelum nie mungkin die perasan..so hari nie merupakan kelas yang terakhir untuk cuti sem aku..kelas dah habis cuti nanti, akan bermula beberapa hari lagi..huhuhu..macam-macam perasaan pulak..

kelas yang aku pergi cuti sem aku nie..adalah kelas menjahit..sebulan jugak la aku belajar..tapi 3 minggu baru sempurna baju aku..haha..rasanya kalau yang pro sehari satu kot? biasa lakan baru belajar..tu yang tak berapa nak pantas siap tu..hehe..walaupun 3 minggu baru sempurna baju aku..aku tetap berbangga, kerana telah berjaya menjahit sepasang baju kurung dengan sendirinya..

kelas ni pun, ibu aku yang beria-ia suruh pergi..lagi pun dekat rumah takde buat apekan..so pergi jela..aku minat la jugak sikit-sikit menjahit nie..kalau tak minat..jangan harap aku nak pergi..bila dah belajar..baru tahu susahnya macam mana..haha..kadang tensen gila la..kalau orang tak minat..aku rasa dah lama mengundurkan diri kot..aku ni di sebabkan ada sedikit minat tu..dapat la menahankan diri untuk meneruskan menjahit..hahaha..


dan inilah hasil baju jahitan aku..nasib baik menjadi..seronok tengok baju jahitan sendiri menjadi..tapi aku tak sempat nak pakai lagi..bagi ibu pakai je kot..walaupun buat guna saiz aku..tapi beze dengan ibu tak la sangat..just tinggi je yang beze..takde masalah la ibu nak pakai..

mungkin kalau cuti sem lagi aku nak belajar menjahit lagi kut..nak belajar cara yang lain pulak..fesyen baju kurungkan macam-macam..yang ni basic baju kurung biasa..tak pun belajar buat baju melayu..boleh la jahitkan baju tok suami nanti, tak pun buah hati..hehehe..




p/s: pergi kelas buat kek pon seronok jugak :)