Saturday, May 31, 2014

Nak Bergaya? Tanya Yatt Bagaimana.

sticky pos, entry baru selak bawah

Assalamualaikum

hai korang!!! ni aku nak promote diri sendiri ni.. haha.. bukan diri sendiri la, nak promote diri sendiri watpe ioalsss dan berpunya.. hehe.. ni nak promote Instagram dengan facebook aku.. aku promote sebenarnya untuk bisnes online yang baru je aku berjinak-jinak.. entry lama aku ada cerita pasal rayban yang aku belikan.. sekarang aku menjual pulak gitewww..hehe..ala saje je cari duit belanja lebih.. nak kawen katanya! Hhaha

so korang kalau ada nak cari shade yang harga murah dan kualiti tiptop boleh roger aku tau.. harga tak sampai rm200 pun macam jual kat kedai tu.. kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak walhal korang boleh berjimat tapi masih dapat memiliki benda yang setanding dengan yang harga RM200-RM1000.. 

ada macam-macam jenis dan corak ada.. korang boleh pergi usha IG aku dengan Facebook aku, dekat facebook lagi banyak gambar pilihan sebab ig aku baru je nak upload sikit-sikit.. kualiti aku jamin korang berpuas hati, cermin dia bukan plastik okey macam jual kat pasar-pasar tu.. tapi kaca, yang ada sinaran UV protection.. sangat menjaga mata korang dari matahari.. kalau yang murah-murah tu korang pakai sebenarnya akan merosakkan mata korang lagi.. serius aku tak tipu, dulu aku pakai jugak yang murah-murah tu, tapi sekarang aku dah sedar benda tu memang la jimat duit.. tapi takkan tak sayang matakan?


kalau tak percaya korang kena beli satu dan cuba dulu rasakan perbezaan dia macam mana, dulu aku beli sekali terus lagi nak beli dan beli.. sangat selesa pakai dan berkualiti.. ada macam-macam patern boleh bergaya ikot moodkan.. haha..


so korang mana yang ada teringin nak beli roger aku okey.. inshaAllah akan di beri layanan yang istimewa.. kalau siapa yang duduk dekat dengan aku, boleh je aku nak bagi tengok sample die camne yang aku punya tu.. sekurang korang tahu yang aku tak tipu..

korang boleh contact aku kat sini..

WHATSAPP/MESEJ : 0172428201


okey sebelum tu aku nak bagi tips macam mana nak tahu yang patern shade tu sesuai dengan bentuk muka korang.. tips ni aku yang cipta sendirilah..hehe.. sebab tak semua patern akan sesuai dengan bentuk muka kita, kita manusiakan bentuk muka pelbagai.. okey apa yang aku buat sebelum beli satu-satu shades adalah aku akan pergi kedai, biasanya kiosk-kiosk kecil kat mall.. kan banyak kiosk yang jual shade2 macam-macam bentukkan.. so aku trylah patern mana yang aku berkenan, tengok sesuai tak dengan muka.. rasa comel tak pakai, rasa hensem tak..haha.. selfie jangan lupa okey, tu pun kalau korang tak malu..hahaha

tapi kebiasaan patern Wayfarer dan Aviator sesuai dengan ramai orang.. gambar bawah patern rayban Wayfarer yang aku dengan en buah ati pakai.. Rayban Wayfarer En buah hati dan Rayban Wayfarer Rare aku pakai.. owh ye, walaupun Aviator ramai sesuai pakai. tapi aku tak..hehe.. aku sesuai rayban Caravan.. see banyak jeniskan? so kalau nak tahu boleh tengok gambar kat facebook aku oke..



so lepas ni korang pergi mall nak tengok wayang tu..singgah la kejap kiosk kecik tu, lepas tu try.. haha.. so korang tak la rugi beli memahal tapi tak sesuai dengan muka, dan pakai pun tak okeykan.. terpaksa bagi kat orang lain.. dah orang lain yang bergaya, korang menangis la tengok...haha.. so ada rasa nak beli contact aku tau.. tau! :)


p/s: selamat bergaya kesayangan semua! :)

Tuesday, May 27, 2014

Takkan Muka Je Nak Cantik

Assalamualaikum..

hai apa aktiviti korang hari ni? aktiviti aku hari ni bertemujanji dengan doktor gigi. yeah! setahun rasanya aku tak jumpa doktor gigi.. sebab banyak sangat ketidak kesempatannya ha.. so sebab cuti sem aku kali ni dua bulan dapat la curi masa kejap.. ni pun dah minggu-minggu akhir baru nak pergi..  lagi pun aku dah biasa dengan klinik gigi kat tg malim ni, dekat kolej aku ada jugak klinik kesihatan yang dekat. tapi aku dapat bayangkan yang aku takkan sempat nak pergi nanti, so alang-alang buat terus time cuti ni..

masa sebelum tu aku cek buat appointment doktor lain, hari ni doktor lain yang cuci gigi aku.. tapi alhamdulillah dua-dua perempuan.. segan i nok kalau doktor lelaki.. ahha.. doktor bagi aku semua baik, cakap pun elok je.. senyum.. cuma ada sorang nurse yang macam kerek-kerek.. geram pun ada..haish.. doktor yang cuci gigi aku buat lembut je penuh sopan santun gitu, tapi macam biasalah kalau dah cuci gigi lembut macam mana pun doktor tu buat.. ngilu tetap ngilu.. cuba kau bayangkan kalau buat ganas? haha..


SAYANGI GIGI ANDA SEBELUM RONGAK.. hehehehe


temujanji dengan doktor dekat kad aku pukul 9.30, tapi aku sebelum pukul 9 dah sampai.. saje je datang awal mana tahu dapat awalkan.. aku sampai-sampai orang dah ramai pun.. nak dekat pukul 10 lebih jugak baru nombor aku dipanggil.. so, cuba bayangkan kalau pukul 9.30 aku baru sampai.. lagi lamalah nak menunggu.. ni pun dah menguap-nguap aku menunggu.. nasib bawak novel, bolehlah buat hilang boring.. 


part yang aku rasa kelakar time doktor tengah cuci gigi aku die boleh tanya soalan yang aku pakai ubat gigi apa.. atenye camnelah aku nak menjawab kalau die tengah membelek gigi aku, dengan mulut ternganganye.. pastu die macam baru perasan situasi tu die berhenti kejap, barulah aku boleh jawab soalan dia, tu pon buat gerakan mulut je.. nasib dia faham. haha..

doktor kata gusi aku lembut, kira macam sensitif lah.. memang pun, sensitif macam tuan badan.. hehe.. dia bagi sample colgate total tu untuk aku.. kalau tak okey die suruh pakai ubat gigi.. parodontax ke sensodyne aku lupa.. haha.. lepas tu doktor suruh makan supliment vitamin c atau pun b-complex.. haish.. 6 bulan lagi doktor suruh datang lagi cek.. tapi memang kena 6 bulan sekali pergi cek gigi..

so korang tahun ni dah cek gigi belum? 

Tuesday, May 13, 2014

B'Vite Jom Sihat Dan Cantik.. Jom La.... Jom La....

Assalamualaikum..

hai semua.. okey kali ni aku nak share kat korang satu produk kesihatan versi luar dan dalaman gitu.. jangan fikir nak cantik luar je, dalaman pun penting hokey.. okey produk yang aku nak cerita ni adalah produk baru yang dikeluarkan dari LEGACY SECRET yang bernama B'VITE.. produk ni bukan je hanya untuk kakak-kakak okey.. abang-abang pun boleh makan, takkan la kakak-kakak je nak sihat dan cantikkan.. abang-abang pun mesti nak sihat dan hensem, baru boleh ngorat awek. eh! hehe

B'VITE ni die sejenis cecair so aku tahu ramai yang jenis nak telan benda-benda pil ni susah.. kadang siap ada hancurkan dalam air, tak pun potong kecik-kecik sampai tak nampak rupakan? haha.. so sekarang korang tak payah nak susah-susah sebab B'VITE ni cecair korang tinggal hirup dan telan.. tapi janganlah nak hirup satu botol pulak.. over tu.. haha..


okey yang paling penting B'VITE ni bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah dari bahan-bahan semulajadi.. so korang tak payah risaulah ada racun dalamnya.. sebab kebanyakan daripada bahannya adalah daripada buah-buahan antaranya EPAL, TOMATO, ANGGUR, DELIMA, rumpai laut pun ada okey.. kalau nak tengok jelas korang boleh zoom gambar kat bawah..


okey mesti nak tahu apa kebaikannyakan? banyak okey kebaikan yang korang boleh dapat..bole baca kat bawah.. kalau korang nak aku bacakan sebab korang malas nak baca datang rumah aku ketuk pintu.. nanti aku bacakan.. haha

okey ni antara kebaikkan produk B'VITE :

B'Vite mampu mengatasi masalah seperti :
1. Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
2. Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
3. Membuat kulit cerah seperti semulajadi
4. Mencegah kulit dari kusam
5. Menyamarkan garis halus
6. Mmebantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis halus, luka dsb.
7. Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular. 
8. Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
9. Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
10. Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah dehidrasi.
11. Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh
12  Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi
13 Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan
14. Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot

 Kandungan250 ml

Cara guna:  
1)      2 sudu besar tiap pagi sebelum sarapan.
2)      Digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari.

maksudnya kat sini pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur..

tengok harga dia murah je, konfem mampu milik.. lagi-lagi pelajar macam aku ni.. dan lagi pun tak semestinya supliment yang mahal-mahal tu berkesan kat kitakan? so apa kata cuba yang ni, mana tahu berkesan kat korang.. mana tahu badan korang sesuai dengan produk ni.. dah untung banyak kat situ..

Harga:
RM33.00 (WM)
RM39.00 (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)

Formulasi:

 Bil.
Bahan
1.
Pure marine collagen 
2.
Pomegranate
3.
Goji Berry
4.
Acerolla Cherry
5.
Aloe Vera
6.
Soursop leaf
7.
Bilberry
8.
Psyllium Husk
9.
Argan Stem Cell
10
Apple Stem Cell
11
Grape Stem Cell
12
Alp Rose Stem Cell
13
Comfrey Root Stem Cell
14
Tomato 



Pencegahan Dari Awal adalah langkah terbaik. Selain mengamalkan pola hidup yang sihat, pastikan suplement anti aging anda dapat melawan tanda penuaan secara menyeluruh. Produk anti anti yang diformulasi dengan ekstrak kandungan yang terpilih ini mampu membuatkan kesihatan tubuh anda terjaga melain membuatkan kulit anda tampak muda dan lebih cerah.


so apa lagi.. meh la order dan cuba.. so sesiapa yang teringin sangat nak order tu boleh jengah-jengah ke link yang aku bagi kat bawah.. selain tu banyak lagi produk kesihatan yang ada selain B'VITE ni.. so selamat menjadi cantik dan hensem!!!



Okey yang penting korang kena ingat.. minum air masak paling kurang 2 liter sehari, lebih-lebih lagi kalau korang ada ambil supliment.. sebab air masak sangat banyak kebaikan untuk korang.. jangan nak minum air manis jer, buat dapat penyakit je.. so jagalah badan korang yang telah diberi pinjam dengan cukup sempurna dariNya oke.. :) selamat mencuba dan sihat!


Friday, May 9, 2014

Contest : KRBM12.. Selfie Yang Seksi

Assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni aku ada join satu contest dari online shop jual shade yang ada aku cerita kat entry lepas.. aku sebenarnya bukan jenis yang rajin nak join-join contest ni.. tapi entah, lately bersemangat waja gitu.. ahha.. maybe sebab bosan kot kat rumah cuti sem.. kalau kat kolej macam dan tak dan je nak join.. entah tak tahu pun kot..

so aku cubalah join, kot ada rezeki menang kekan.. manalah tahu.. so korang siapa yang ada Instagram tu boleh la tolong like gambar aku yang pakai shawl askar dengan shades rayban..

ni Instagram aku YATTAKASAH


yang bawah ni lah gambar yang aku maksudkan.. nak like semua gambar aku dalam ig tu pun takpe.. tak kesah..hehe.. asik suka selfie jekan.. so joinlah contest selfie.. lagi berbaloi-baloi.. hehe


sokongan anda amat aku hargai.. thanks.. muuahh!!!

Wednesday, May 7, 2014

Selamat Ulangtahun Cinta SUFI♥YATT

Assalamualaikum..

tiada kata lain yang mahu diucapkan.. bahagia dan bersyukur.. hari ni hari ulangtahun ketiga kami dalam alam bercinta gitew.. nampak macam poyo nak sambut atau nak cerita pasal ulangtahun bercintakan? tapi benda ni yang buat aku bahagia, terus semangat dan kuat untuk menghadapi dugaan dalam pelbagai hal.. jika panjang jodoh, ulangtahun lain yang kami akan sambut bersama inshaAllah.. ulangtahun yang lebih bermakna.. amin...

en buah hati ada bagi hadiah, tapi dia bagi awal atas sebab yang tertentu.. hari jumaat minggu lepas aku dah dapat hadiah ni.. dan, hari ni aku baru boleh bukak! tahu tak perasaan nak tunggu masa yang lama untuk bukak satu-satu hadiah.. pergh menduga kesabaran betul! aku letak hadiah ni kat hujung-hujung katil, kononnya tak nampak la.. tahan tangan je nak membukaknya, ada satu time geram sangat aku angkat skit penutupnya konon buat puas hatila..tapi idoknya, sebab tak nampak isinya pun..haha..

tengok siap ada surat tulis valid date lagi hokeyy! memang menguji ketabahan hati sangat! haha.. dan hari ni, kesabaran tersebut akhirnya berbaloi-baloi.. tahu dah isi kotak yang membuatkan diri ini geram setiap hari nak tahu apa isinya.. isi didalamnya adalah!


kotak yang penuh dengan coklat!!!!!!! OMGeeeeeeeeeeeeee!! aku memang seorang penggemar coklat, sebab tu en buah ati bagi hadiah coklat yang macam-macam.. ada 14 jenis semua.. first time orang bagi coklat banyak gila macam ni.. mahu berbulan nak habis ni.. hehe.. sumpah aku suka gila, terharu tak tahu nak cakap camne.. sengih lebar aku aku tengok hadiah ni.. en buah ati asik say sori dia kata hadiah tak okey, tak okey apa camni.. okey sangat tahu! actually aku tak kisah pun hadiah macam mana pun, apa yang dia bagi aku suka! cuma dia risau aku ni ada sikit complicatednya..haha..




dan terselit didalam celahan coklat ada sekeping sampul surat cinta..hehe.. senyum lebar aku, dari bukak hadiah sampai baca surat.. sampai sekarang.. over kau.. haha.. nangis bahagia aku malam bukak hadiah ni.. rasa bahagia sangat.. rasa syukur sangat, sebab Allah bagi aku pinjam seorang buah hati yang sangat-sangat terbaik untuk aku.. harap hubungan kami akan terus ke hubungan yang halal di sisiNya.. semoga apa yang dirancang dipermudahkan bagi kami.. 

tiga tahun kalau diikutkan adalah jangka masa yang lama, tapi bagi aku sekejap sangat.. macam baru je kami berkenalan, bercinta.. masih segar di dalam ingatan saat-saat itu.. tak sangka tiga tahun dah rupanya aku dengan dia.. tak pernah bosan, sentiasa gembira dan aku harap tak akan pernah bosan.. terima kasih untuk setiap moment indah dalam internal memori saya.. i love u so much! moga Allah perkenankan doa kita.. amin..amin..amin..


p/s :tengah makan coklat sambil menaip entry :)

Monday, May 5, 2014

Trip Ke Sungai Pisang Bersama COMM.UNITY

Assalamualaikum..

entry kali ni nak cerita pasal aktiviti aku masa sem 5 hari tu.. persatuan kos aku.. persatuan COMM.UNITY yang buat aktiviti pergi ke sungai pisang ni, yang diuruskan oleh member aku.. kalau korang ada terbaca entry aku yang lama pasal zoo tu pun bawah persatuan kos aku jugak, dan buat masa ni memang aku tak pernah tak join apa program yang persatuan ni buat.. sebab aktiviti semua best-best..dan lepas tu, kenelah support persatuan sendirikan.. lagi-lagi ahli jawatan kuasa di dalam kalangannya ada member aku..

pagi-pagi dah kena bangun, sebab kitorang memang kena gerak awal sebab dah bajet masa semua.. gigih hari cuti bangun awal, kalau tak.. jangan haraplah mata nak terbukak awal kalau takde apa-apa aktivit..hehe.. perjalanan dari kolej aku ke sungai pisang ni tak sampai sejam pun sebab dekat je.. untuk pengetahun korang sungai pisang ni dekat area gombak, kalau nak tahu details silalah google ye..


kami gerak satu bas, tapi tak penuh pun sebab ada yang cancelkan last minit.. 


aktiviti kami kira macam jungle trekking la gitu, berapa kali lalu sungai.. paling dalam kami lalu kalau ikot had ketinggian aku paras punggung la.. tapi syok wo air sungai..sejuk gila! sangat have fun sebab pensyarah-pensyarah aku semua sporting gila, macam lepak dengan member-member je..


disebabkan masa yang kami pergi ni musim kemarau ritu, air agak  keringlah.. dekat air terjun pun tak best kalau tengok, aku takde pulak stok gambar air terjun.. dalam gambar atas ni ada sorang penyarah aku.. cuba teka mana satu..eheh

setelah berpenat lelah melalui ranjau dan duri akhirnya kami sampai ketempat yang ingin ditujui..haha..dan aktiviti lepas tu adalah kami kena panggan ayam menggunakan kayu oke..kayu.. adoy jenuh ngipas nak kasi keluar api.. sampai pedih-pedih mata.. perut dah lapar dah time ni..haha.. dengan panas matahari lagi..adoyy..walhal dalam hati tak sabar nak mandi sungai..


bila dah settle makan semua, dan lecturer kata boleh pergi mandi.. aku orang terpantas pergi..haha.. ah dah belengas dengan asap bagai.. dah la aku suka main sungai ni, sejuk je.. memang lajulah kekdahnya..haha..
tengok muka member aku, batak sungai semua.. tak ingat dah masalah lain bila masuk dalam air, main air kalah bebudak dah..ah! best sangat!


dah puas mandi kita bergambar pulak.. eceli belum lagi nak berapa puas..haha..tapi pensyarah dah suruh siap untuk balik..fine..fine! haha


pergi kami ikut jalan lain, balik ikut jalan lain.. time ni kaki aku dah penat dah.. dah melecet, dah rasa nak cepat sampai bas.. bila dah sampai bas tu perasaan dia lega gila! haha.. dah la time otw balik ni ada kena ikut laluan yang curam gila! dah la aku gayat.. nak nangis rasa..over tak..haha..nasib ada member tolong coverkan.. sem depan ada aktivit lain yang best persatuan aku buat.. dan konfem aku akan join lagi..! yeyy!