Tuesday, May 27, 2014

Takkan Muka Je Nak Cantik

Assalamualaikum..

hai apa aktiviti korang hari ni? aktiviti aku hari ni bertemujanji dengan doktor gigi. yeah! setahun rasanya aku tak jumpa doktor gigi.. sebab banyak sangat ketidak kesempatannya ha.. so sebab cuti sem aku kali ni dua bulan dapat la curi masa kejap.. ni pun dah minggu-minggu akhir baru nak pergi..  lagi pun aku dah biasa dengan klinik gigi kat tg malim ni, dekat kolej aku ada jugak klinik kesihatan yang dekat. tapi aku dapat bayangkan yang aku takkan sempat nak pergi nanti, so alang-alang buat terus time cuti ni..

masa sebelum tu aku cek buat appointment doktor lain, hari ni doktor lain yang cuci gigi aku.. tapi alhamdulillah dua-dua perempuan.. segan i nok kalau doktor lelaki.. ahha.. doktor bagi aku semua baik, cakap pun elok je.. senyum.. cuma ada sorang nurse yang macam kerek-kerek.. geram pun ada..haish.. doktor yang cuci gigi aku buat lembut je penuh sopan santun gitu, tapi macam biasalah kalau dah cuci gigi lembut macam mana pun doktor tu buat.. ngilu tetap ngilu.. cuba kau bayangkan kalau buat ganas? haha..


SAYANGI GIGI ANDA SEBELUM RONGAK.. hehehehe


temujanji dengan doktor dekat kad aku pukul 9.30, tapi aku sebelum pukul 9 dah sampai.. saje je datang awal mana tahu dapat awalkan.. aku sampai-sampai orang dah ramai pun.. nak dekat pukul 10 lebih jugak baru nombor aku dipanggil.. so, cuba bayangkan kalau pukul 9.30 aku baru sampai.. lagi lamalah nak menunggu.. ni pun dah menguap-nguap aku menunggu.. nasib bawak novel, bolehlah buat hilang boring.. 


part yang aku rasa kelakar time doktor tengah cuci gigi aku die boleh tanya soalan yang aku pakai ubat gigi apa.. atenye camnelah aku nak menjawab kalau die tengah membelek gigi aku, dengan mulut ternganganye.. pastu die macam baru perasan situasi tu die berhenti kejap, barulah aku boleh jawab soalan dia, tu pon buat gerakan mulut je.. nasib dia faham. haha..

doktor kata gusi aku lembut, kira macam sensitif lah.. memang pun, sensitif macam tuan badan.. hehe.. dia bagi sample colgate total tu untuk aku.. kalau tak okey die suruh pakai ubat gigi.. parodontax ke sensodyne aku lupa.. haha.. lepas tu doktor suruh makan supliment vitamin c atau pun b-complex.. haish.. 6 bulan lagi doktor suruh datang lagi cek.. tapi memang kena 6 bulan sekali pergi cek gigi..

so korang tahun ni dah cek gigi belum? 

1 comment:

Miza Idgihat said...

Memang kena check gigi 6 bulan sekali ea ? Miza tak pernah check gigi. itu pun ada sekali buat kat klinik swasta masa form 4 sebab time accident gigi pecah nak tampal. sambil2 tu cuci sekali. Kena marah dengan doktor sebab banyak karat. hahahaha. Tapi jangan risau untuk berkawan dengan saya kerana kini saya rajin dan kerap menggosok gigi :D