Saturday, June 28, 2014

Seksinya Robot Ittew!

Assalamualaikum..

akhirnya edisi yang ke empat baru aku berkesempatan tengok transformers ni kat wayang.. huwaa.. gembiranya rasa! dan sebelum dapat memiliki tiket wayang cerita ni dasyat kesusahan nak dapatkan.. haha.. sebabnya ni kali pertama aku beli tiket wayang secara online.. gigih wo sebab aku tahu tiket akan soldout punyalah.. so seperti biasa bila kali pertama ada je benda tak kena, ke hulur ke hilir jugak la aku.. siap maybank2u kene block lagi ha.. haha.. hampir berputus asa kot.. tapi akhirnya berjaya jugak aku memiliki tiket ikot masa dan tempat duduk yang aku suka.. yeaahh!!


kami pergi berempat sahaja.. sebab member yang lain ada hal.. dan ada yang memang tak berapa suka nak layan movie.. antara kami aku dengan budak sebelah aku tu yang gila transformers ni.. paling semangat nak tengok.. haha.. tapikan beli tiket online, debar dia lain macam kot.. over kau.. hilang debar bila dah dapat masuk wayang dan duduk dekat seat kami.. sebab kalau pakai online dia just perlu scan je bila sampai sana, first time katanya tu yang debor..haha..


nampak muka bahagia nak pergi tengok robot..hehe

dan seperti yang disangka.. tersangatlah ramai orang kaunter beli tiket punya panjang.. time yang aku nak tengok pun dah soldout.. kira ada banyaklah time yang dah soldout.. ni orang yang dok tunggu nak masuk pon punya ramai.. yang tengah beratur tunggu hall bukak pun satu hal jugak.. siap bersorak nak masuk bila hall dah bukak.. kemain semangat.. haha

dan untuk transformers 4 ni. kalau tanya aku jawapan aku adalah ohsem!!!!!!! part aksi paling aku suka.. siap besarkan mata yang dah tersedia besar ni ha.. siap tak berkelip.. haha.. time robot tu bertukar-tukar.. macam aksi batak aku buat.. hehe.. excited dia macam budak kecik kot.. kalau tengok dengan en buah ati mesti die senyum-senyum tengok gelagat aku.. tak pun buat muka pelik dia.. haha.. cuma aku lebih suka kalau sam witwicky masih wujud.. sebab suka dia shia dengan watak tu.. owh ye, pastikan kalau nak tengok cerita ni anda bukan dalam keadaan penat dan mengantuk.. sebab jalan cerita dia agak lama.. tapi kalau aku memang tak la nak tidur.. nak terkencing pun sanggup tahan kott! haha..


dan aku berjaya juga memiliki natang satu ni.. haha.. gigih wo beli set combo.. takot betul habis stok.. benda tak la best mana pun tekan kepala dia keluar lampu kat mata.. tapi natang limited edition ni memang aku gemar sangat ha.. ahhaha.. spoil satu sebab kene beli set combo nak dapatkan benda ni.. kalau tak sekali dua aku beli.. lagi satu optimus prime.. dan disebabkan aku gemar bee lebih aku pilih la bee.. 

ni rasa nak tengok yang 3D pulak.. tak pon imax, sebab katanya imax lagi best.. entah la.. tapi dah bulan puasa, aku bulan puasa kalau boleh memang elak masuk wayang.. so macam tak dan nak tengok dengan en buah hati..huhu.. sebab dia suka cerita ni, dan aku pun gila suka.. haa.. kan syok tengok dengan orang yang tersayang gitu.. tapi masa dan keadaan macam tak mengizinkan..huuuu.. takpe la transformers5 la kite tengok sesama ye cukk? hehe..

Saturday, June 21, 2014

Gila-Gila Dan Tidak Matang Adalah Dua Perkara Berbeza

Assalamualaikum..

hai korang, macam biasa aku kalau dah start bukak sem memang akan tak ada masa untuk update blog aku.. faktor internet yang sangat tidak membantu untuk aku mengupdate blog dan kekangan masa yang kadang-kadang maha dasyat.. 

sekarang pun aku curi masa update, walhal tengah cari bahan untuk assignment.. kali ni aku nak cerita tentang gila-gila dan tak matang.. untuk korang yang tak kenal aku, aku adalah seorang yang sangat gila-gila.. tapi biasanya gila-gila aku dengan orang yang aku rapat jer, macam dengan member-member.. kalau dengan orang yang aku tak berminat aku akan menjadi seorang yang serius.. kadang-kadang sangat serius, yang ni aku tahu kalau aku serius ramai yang tak suka.. kah! 

ada satu masa tu aku buatlah perangai gila-gila aku dengan member aku, ala benda biasa gurau-gurau.. kitorang memang biasa bergurau macam tu.. lepas tu roomate baru dia geleng-geleng kepala tengok gelagat kitorang (ala gaya macam ee macam budak-budak tak matang) bajet dia matang sangat.. konon baru dua bulan kahwin dah cukup matanglah? tahulah umur 19 tahun dah kawin, tapi itu bukan bukti kau dah cukup matang dalam segala hal.. aku mengaku, tak semua benda aku matang nak handle lagi bab emosi. sebab aku ni jenis kepala angin sikit.. tapi tak la semua perkara nak angin je, ada masa aku cool jugak tapi tak banyak..haha.

 tapi apa yang korang perlu tahu gila-gila dengan tak matang adalah perkara berbeza, gila-gila ni jenis yang perangai suka buat pelik-pelik..tapi bukan buat benda bodoh ye.. boleh buat member kau gelak sampai sakit perut, lebih kepada menjalani kehidupan dengan cara tidak terlalu serius.. kau nak serius je memanjang bole stress kot.. aku kalau nak hilang kan stress dengan perangai gila-gila akulah.. lelagi dengan member.. gelak-gelak tapi dalam hati ada je benda dok fikir, bolehlah kurangkan sikit tekanan tu..

kalau bab matang dalam hal kau handle sesuatu, contoh perhubungan antara manusia.. menghadapi sesebuah situasi atau ujian.. atau pelbagai.. aku tahu ramai yang tahu apa istilah matang dengan gila-gila ni, cuma adalah sesetengah yang menganggap dua perkara ni adalah sama.. dan apa yang kita tahu umur takkan dapat membuktikan kematangan seseorang, ini adalah betul sebab kau ingat umur bila dah 50+ dia dah cukup matang? tak ada maknanyeeeee.. percayalah, bukti ada depan mata aku.. kalau korang tak percaya cuba perhati orang betul-betul orang sekeliling kau, lebih lagi yang paling dekat dengan korang.. mesti korang akan jumpa perangai tak matang dorang, dan kadang korang lagi matang dalam situasi tu.

perangai gila-gila aku ni kadang benda aku gurau je cakap dengan member dorang ingat aku serius.. pernah satu event aku saje je cakap (whatsaap) dengan member aku (lelaki) yang aku nak duduk sebelah dia sebab seat sebelah dia kosong.. aku : "der nak duduk sebelah pewliss" dia : "ni tempat ada oranglah" (gaya serius)
aku : "yang kau serius sangat dah kenapa? aku gurau jelah" dia : "manalah aku tahu, kau tukan gila".. haha.. takkan lah dalam event duduk asing laki perempuan aku boleh buat tak malu nak duduk sebelah dia.. kosser.. 

dalam hubungan percintaan sikap gila-gila adalah digalakkan.. matang lagi digalakkan, kang semua benda buat perangai tak matang mahu jahanam percintaan korang tu.. aku dengan en buah hati, perangai takde nak cover-cover.. nak bersopan santun, lagilah jangan harap.. haha.. kadang dia siap buat muka dengan perangai aku.. kahkah.. nasib dengan perangai aku yang tah pape ni dia masih sayang dan cakap aku comel.. hahaha.. k bai!


ni pendapat aku jer.. korang mungkin ada pendapat korang sendiri.. boleh share diruang komen ye.. tapi jangan maki-maki pulak.. kalau maki-maki kat blog aku.. aku bagi muka macam kat atas tu je.. malass layan.. okey.. sekian terima kasih 






Saturday, June 7, 2014

Rindu Yang Tidak Kurang

Assalamualaikum..

aktiviti sebelum bukak sem adalah berjumpa dengan en buah hati dulu.. nak lepas rindu yang berbulan tak jumpa kononnya.. tapi macam biasalah, kalau jumpa bukan makin hilang rindu.. makin bertambah rindu adalah, memang tu yang akan sentiasa berlaku kekdahnya.. haha..

dah lama tak jumpa, macam-macam aktiviti sesama nak buat.. makan jejalan, tengok wayang.. aku pilih tengok cerita Maleficent, seriusly cerita ni sangatlah best okey! aku peminat disney punya cerita, dan memang berbaloi tengok cerita ni.. watak angelina jolie sangat disukai.. en buah hati pun kata best, tapi tak tahulah ikhlas ke tak tu.. hahaha,. 5/5 bintang untuk Maleficent..


kalau dah jumpa en buah hati memang takdelah yang tak bestkan.. lama tak jejalan sesama katanya.. bukan senang nak jumpa memasing jauh.. hu.. jumpa kali ni en buah hati siap tanya nak pape tak, beg ke, kasut ke, baju ke.. haha.. malunya nak req nak pilih apa time tu.. yela dia pun masih part time belajar duit gaji nak banyak guna untuk belajar.. tapi dah en buah hati berbesar hari mengofferkan apa yang aku nak. haish rugilah kan kalau menolak..hahaha.. beg, tak rasa nak beli baru lagi.. kasut banyak lagi yang belum dan nak dipakai.. yang aku tengah pakai tu pun masih baru lagi.. so dapat lah kemeja dengan seluar jeans sepasang..hee


lepas ni nak tengok transfomers pulak.. filem wajib tonton tahun ni.. serius.. kerana aku minat gila transformers! wait for me 26 jun!


thanks EBH untuk hari indah itu.. belanja saya macam-macam, layan gila saya.. u always be the best partner for me.. always.. sentiasa kata saya comel walaupun saya tengah comot.. harap dah kawen nanti masih kata comel la ye..hehe.. 

bila dengan kesayangan masa yang lama rasa kejap sangat.. time berpisah adalah time paling tak best..

Friday, June 6, 2014

Testimoni B'Vite : Boleh Blah Kau Wahai Jerawat

Assalamualaikum..

hai korang entry kali ni aku nak cerita pasal produk B'vite yang aku ada cerita dekat entry ni.. B'VITE .. 
sila klik kalau nak tahu lebih details pasal b'vite ni keh.. 

okey ni aku nak cite ni apa perubahan yang aku dapat bila aku ambil b'vite ni lebih kurang sebulan.. aku sebenarnya macam tak sangka sebab badan aku ni jenis yang degil sikit nak terima tindak balas dengan apa suppliment yang aku makan.. tapi dengan b'vite ada jugak tindak balas walaupun tak banyak so kira okey lakan? lagi pun aku makan baru je nak sebulankan..

oke apa yang aku nampak perubahannya adalah,  pertama paling penting jerawat kat muka malu-malu nak tumbuh gitew.. haha.. aku kalau jerawat dia suka sikit menyinggah kat dahi, kalau aku stress tambah nak datang bulan makin menggedik-gedik dia nak tumbuh.. ni kalau naik jerawat dia kejap je lepak, lepass tu da blah dah.. haha..maksud aku dia cepat kecut la.. hee

lepas tu, aku ni jenis kulit kering so bila ambil B'vite ni nampak la kurang sikit keringnya kalau pakai bedak tu elok je rasa.. cuba bayangkan makan berbulan-bulan.. gebus gebas agaknya muka aku..hee.. dan.. dan yang lagi satu yang aku perasan bila aku makan b'vite nikan.. selera makan aku macam berkurang, haha macam pelikkan sebab b'vite ni bukan untuk kurus..

aku makan sikit je cepat je kenyangnya.. bonus betul.. haha.. aku timbang kurang 2kg kot!! aku nilah dah la berat tak normal, kurang berat lepas tu makin kurang lagi berat..kah.. tapi aku suka bila berat turun..hehe.. ni aku balik kolej, kawan-kawan semua dok sebuk cakap aku makin kurus.. suka i tau.. haha.. siap kata dah nampak aku macam melayang-layang.. over tau.. haha



nak kata makin putih tu tak la kot.. aku ni anak jawa.. kulit warna kulit orang jawa gitew la jugak kalernya.. maybe kene makan lama sikit mahu kot putih.. hehe.. tapi jerawat dah blah dari muka aku tu aku rasa dah okey sangat dah.. dapat aku pakai bedak elok-elok je..


gambar atas ni sebelum.. tengok dahi aku.. jerawat kemain tau.. geram je rasa.. aku ni jenis tak reti duduk diam tangannya pastu main kopek-kopek habis luka2..


okey yang ni gambar yang paling latest.. gambar aku nak balik kolej.. nampakkan kurang dah jerawat kat dahi tu.. haa.. hehe.. abaikan ye belakang kereta yang bersepah tu, maklumlah barang banyak nak bukak sem katanya..hehe..gambar dedua memang takde filter okey.. tak main la edit-edit.. hee.. so kalau korang nak baca testimoni dari blog lain korang boleh singgah SINI.. SINI.. SINI.. SINI..SINI..

so abang-abang, kakak-kakak.. meh la cuba b'vite ni keh.. mana tahu sesuai dengan korang.. harga pun murah je.. yang penting minum air  masak banyak.. banyak.. banyak.. okke.. :)


harga rm 33 (WM) & rm39 (EM)

ingat nak details lebih pasal b'vite ni klik link kat entry lama keh.. mmuah~