Saturday, June 28, 2014

Seksinya Robot Ittew!

Assalamualaikum..

akhirnya edisi yang ke empat baru aku berkesempatan tengok transformers ni kat wayang.. huwaa.. gembiranya rasa! dan sebelum dapat memiliki tiket wayang cerita ni dasyat kesusahan nak dapatkan.. haha.. sebabnya ni kali pertama aku beli tiket wayang secara online.. gigih wo sebab aku tahu tiket akan soldout punyalah.. so seperti biasa bila kali pertama ada je benda tak kena, ke hulur ke hilir jugak la aku.. siap maybank2u kene block lagi ha.. haha.. hampir berputus asa kot.. tapi akhirnya berjaya jugak aku memiliki tiket ikot masa dan tempat duduk yang aku suka.. yeaahh!!


kami pergi berempat sahaja.. sebab member yang lain ada hal.. dan ada yang memang tak berapa suka nak layan movie.. antara kami aku dengan budak sebelah aku tu yang gila transformers ni.. paling semangat nak tengok.. haha.. tapikan beli tiket online, debar dia lain macam kot.. over kau.. hilang debar bila dah dapat masuk wayang dan duduk dekat seat kami.. sebab kalau pakai online dia just perlu scan je bila sampai sana, first time katanya tu yang debor..haha..


nampak muka bahagia nak pergi tengok robot..hehe

dan seperti yang disangka.. tersangatlah ramai orang kaunter beli tiket punya panjang.. time yang aku nak tengok pun dah soldout.. kira ada banyaklah time yang dah soldout.. ni orang yang dok tunggu nak masuk pon punya ramai.. yang tengah beratur tunggu hall bukak pun satu hal jugak.. siap bersorak nak masuk bila hall dah bukak.. kemain semangat.. haha

dan untuk transformers 4 ni. kalau tanya aku jawapan aku adalah ohsem!!!!!!! part aksi paling aku suka.. siap besarkan mata yang dah tersedia besar ni ha.. siap tak berkelip.. haha.. time robot tu bertukar-tukar.. macam aksi batak aku buat.. hehe.. excited dia macam budak kecik kot.. kalau tengok dengan en buah ati mesti die senyum-senyum tengok gelagat aku.. tak pun buat muka pelik dia.. haha.. cuma aku lebih suka kalau sam witwicky masih wujud.. sebab suka dia shia dengan watak tu.. owh ye, pastikan kalau nak tengok cerita ni anda bukan dalam keadaan penat dan mengantuk.. sebab jalan cerita dia agak lama.. tapi kalau aku memang tak la nak tidur.. nak terkencing pun sanggup tahan kott! haha..


dan aku berjaya juga memiliki natang satu ni.. haha.. gigih wo beli set combo.. takot betul habis stok.. benda tak la best mana pun tekan kepala dia keluar lampu kat mata.. tapi natang limited edition ni memang aku gemar sangat ha.. ahhaha.. spoil satu sebab kene beli set combo nak dapatkan benda ni.. kalau tak sekali dua aku beli.. lagi satu optimus prime.. dan disebabkan aku gemar bee lebih aku pilih la bee.. 

ni rasa nak tengok yang 3D pulak.. tak pon imax, sebab katanya imax lagi best.. entah la.. tapi dah bulan puasa, aku bulan puasa kalau boleh memang elak masuk wayang.. so macam tak dan nak tengok dengan en buah hati..huhu.. sebab dia suka cerita ni, dan aku pun gila suka.. haa.. kan syok tengok dengan orang yang tersayang gitu.. tapi masa dan keadaan macam tak mengizinkan..huuuu.. takpe la transformers5 la kite tengok sesama ye cukk? hehe..

6 comments:

Hans said...

saya pun ada magnet light bumble bee tu
hehehe

sufi said...

Ni cite pjlanan nan p tgk wayang.. Review citenye mane? Ciss! Haha

YattAkasah said...

sufi cukup la tu. haha

nur anis said...

tak tengok lagi..huhu

IFA Athirah said...

alaa.comelnye kepala bumble bee. pos laju sini sikit. :p

CintaZulaikha said...

akak pon beli satu dik, tp optimus prime...:) nak lekat kat peti ais, buat tampal menu baru,,boleyyy..hahha