Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011


sungguh tak sangka, masa berlalu begitu pantas, dah nak masuk tahun 2011 dah..tinggal berapa jam lagi nak tahun baru ni, aku sambut dekat kolej jela..sebab isnin minggu depan aku dah nak final babe! cuak ni..hoho..yang paling penting umur aku dah 20..alamak terasa tua la pulak..hahaha..bila dah terasa tua ni, banyak yang aku perlu wat, macam2 bermain di kepala otak aku ni, harap semua tercapai la (tak termasuk nak kawen ye) lambat lagi nak pikir, sekarang yang perlu aku buat, kene tambah ilmu di dada ni banyak2..untuk masa depan aku yang gemilang..hehehe..so korang, apa azam baru korang untuk tahun 2011 ni??? nak la tahu jugakkan..okeylah, bersempena tahun baru yang bakal menjelma berapa jam lagi ni, aku nak wish to all selamat tahun baru, semoga tahun baru 2011 ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, somaga azam baru korang kali ni tercapai, dan dapat menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang..ewah..

p/s: harap awak berjaya....=)

Tuesday, December 28, 2010

Tiba-tiba..


Adoyy, kenapa tetiba rasa macam ni???
huhuhu..tetiba rasa cemburu..bila pikir balik macam kelakar..
tapi tak boleh nak elak..huhu..tak suka bila rasa macam ni..
tak suka..hilanglah dikau perasaan cemburu..
pikirlah dengan fikiran yang positif okey..pergilah..pergi..pergi..
senyum..=_="

p/s: serabot~

Sunday, December 26, 2010

Wayang Bersama Kak Limah

Erm..disebabkan keboringan bila cuti dekat kolej, aku telah fikir masak-masak untuk keluar berjalan-jalan semalam..hahaha..macam pikir apelak..aku dengan dua orang member aku..kitaorang pergi The Mines, malas nak jauh-jauh, cari je wayang yang paling dekat, kalau nak pergi Mid Valley, jauh sikit la..malas la pulak, boleh jimat skit kos..kitaorang tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab ramai yang cakap cerita ni best..tu yang nak tengok tu, cerita ni tak seram pun, cerita ni cerita hantu kelakar..sebenarnya, aku kalau tengok wayang tak suka nak tengok cerita melayu, lebih suka cerita luar negara punya, bukan aku tak nak sokong cerita melayu kita tapi nanti tetiba dah keluar dekat tv, tu yang malas nak tengok dekat wayang..okey aku nak komen sikit cerita ni, agak sedikit boring la sebab tak ada jalan cerita yang sempurna, kelakarnya pun tak banyak bagi aku la, aku bab-bab cerita kelakar ni demand sikit, orang tengok gelak gile. aku tak gelak pun..pelik dengan diri sendiri..hahahaha..berjalan ni duit aku banyak habis dekat makan, sebab aku suka makan..hehehe..pape pun siapa-siapa yang dah pernah tengok cerita ni, sila beri sikit pendapat anda..yang belum tengok boleh pergi tengok sekarang ye..


p/s: aku just bagi 2setengh bintang jew dari 5..

Friday, December 24, 2010

Gila Korea

dah lama gak la aku tak layan cerita korea, sebab tak tau nak tengok cerita ape, selalunya ada orang suggest dekat aku baru aku tengok, sebab takut jalan cerita tak best pulak buang masa je nak tengok..last cerita yang aku tengok Personal Taste, okey kali nie aku layan cerita He's Beautiful..ramai yang cakap cerita ni best, termasuk pensyarah aku..sebab dia pun peminat cerita korea gak..bila dah semua orang cakap best, mesti la aku nak tengok an..rugi lak bile tak tengok lagi..haha..sekarang drama ni baru je ada dekat tv, wow! tau2 je aku memang menanti drama ni..tapi aku tak tengok dekat tv pon, camne la nak dapat tv dekat kolej nikan..so aku copy dari member aku, tengok dekat lappy aku je..sekarang aku baru sampai episod 5..lama betul nak habeskan..hihi..serius cerita ni memang best, kalau korang tengok dengan aku jangan cakap aku gila lak, sebab aku akan gelak dengan bersemangat bila dapat tengok cerita korea yang best camni..hahaha..sapa yang belum tengok. jum kita tengok sama-sama..

aku tak letak gambar heroin, sebab aku tak suka..ngee

hero drama ni, serius cool..walaupun muka agak kerek..

lee hong ki yang sangat shomell!! kadang2 gelabah lebeh..hihi.

ni aku tak kenal, watak dia sangat la baik..lelaki sejati ni..hehe

p/s: layan ost He's Beautiful..lalalala

Monday, December 20, 2010

kawan-kawan IPT aku...

erm..cepat betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik..dah nak habis sem aku rupanya, rasa baru je daftar minggu lepas, baru je nak kenal-kenal dengan kawan-kawan..tak sangka masa cepat berlalu, tak puas duduk belajar dalam kelas sama-sama, gelak sama-sama, buat kerja sama-sama..indahnya..tiba-tiba aku terlintas takut lepas ni takde peluang macam ni lagi, harap-harap ada lakan..sekarang lagi berapa minggu je aku nak final, cuak beb..huhu..insyaAllah kita sama-sama berjaya eh kawan-kawan..seronok sangat time nie, dapat kumpul ramai-ramai, tangkap gambar sama-sama..bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni, maklum la semua sibuk, kalah perdana menteri..hahahaha..nasib la kita ni tak ramai, lagi seronok macam nie, sebab boleh rapat dengan semua..kalau ramai-ramai sangat, tah la macam tak best..apa-apa pun kita kawan sampai bila-bila eh..

clAssmate (masscom)

asasi sem1 2010/2011

p/s: sayang korang semua..mmuahh!!

Saturday, December 18, 2010

Rapunzel

akhirnya dapat gak aku tengok kartun ni, setelah sekian lama mengidam..haha..walaupun aku tak dapat tengok kat skrin besar at pawagam just tengok dekat skrin lappy aku pun dah cukup baik..terima kasih banyak2 at member aku walid, kalau tak tah bila aku dapat tengok cite ni..xcited gile bila dia kata ade muvie ni, macam menang duit satu juta pulak..haha..terlebey suda..sape yang belum tengok, tengok la..shomell jew semua karakter dalam cite ni, tak sah kalau tak gelak time tengok, kuda yang nakal, binatang yang atas kepala rapunzel yang shomell, hero yang tak berapa nak hero..haha..dan rambut rapunzel yang chantek..tapi last2 rambut die pendek, kat situ macam kecewa sikit la..huhu, tapi nak wat camne an, dah jalan cerita macam tu, kenelah trima juga.huhu..apa-apa pun macam biasalah akhir cerita, komfem2 la bahagiakan,,tau da..hehehehe..

p/s: sangat2 eppy, tak sabar tunggu transfomers 3..wee~~

Thursday, December 16, 2010

Perginya seorang Teman..

kenangan dengan arwah, barisan depan pakai spek..

pagi-pagi buta tengah aku sebuk buat muvie tok program asasi aku, tetiba hp aku berbunyi menandakan ada mesej masuk..mesej yang aku rasakan tiada sesiapa yang nak baca, mesejnya "salam kepada kawan2 sila sedekahkan Al fatihah untuk syukri Ali yang meninggal dunia tadi dekat jalan Tun Sambathan..sekarang dekat HKL"sebab xcident.. okey serius aku sangat terkejut, terus aku terbayang muka arwah, aku still tak percaya aku Call yien, member aku yang antar mesej tu nakkan kepastian, bila aku bercakap dengan yien, ni semua betul, aku tak bermimpi..aku memang tak mimpi, sedih.. sangat sedih..aku tak pernah ada kawan2 yang meninggal sebelum nie, sebab tu aku sukar nak percaya apa yang berlaku sekarang nie..baru rasanya dua tiga hari lepas aku nampak syuk on9 fb..menyesal tak tegur, tapi aku kena juga terima Qada dan Qadar yang Allah tetapkan, Allah sayangkan syuk, sebab tu Dia ambil arwah awal..kami sebagai teman kena redha..walaupun aku tak kenal syuk lama, tapi aku pernah belajar dengan syuk dulu sekejap, walaupun xbanyak kenangan tapi bagi aku sangat berharga kenangan yang pernah tercipta, terima kasih untuk kenangan ini..sekarang hanya doa aku dapat iringkan untuk kau syuk, semoga kau tenang di sana, berada di kalangan orang2 yang beriman..

p/s: Al-fatihah untuk arwah..30 Januari 1991- 15 Disember 2010

Tuesday, December 14, 2010

Dianugerah Award lagi..hehe

okey kali ni aku dapat award dari cik ayu pulak, sahabat-sahabat belog aku..hehe..suke, korag dah follow blog cik ayu lom? kalau belum apa lagi cepat-cepat la pergi follow ye..okey sekarang jum jawab solan pulak..

Belog CIK AYU di mata aku
aku suka yang glitter at blog die, sebab bling2..hehe..chantek2, mata aku pon naik bling2 gak..haha


kenapa aku buat style belog aku begini rupa
semestinya jawapan yang korang sendiri boleh jawabkan, tentu la sebab aku suka, kalau tak suka takkan la nak wat begini rupa betul tak??haha


sape yang aku nak kasi anugerah ini


p/s : credit tok cik bulat =)

Saturday, December 11, 2010

Boring Lagi?

okey fine! setiap hujung minggu aku duduk kolej nie, perkara yang sama berlaku..iaitu, BORING..kalau rumah aku dekat, tiap hujung minggu konfrem aku balek rumah, nie rumah aku agak jauh..letih aku nak duduk dalam ktm tu lama-lama..tapi kalau naek kereta, kejap jew da sampai..haish, bile la nak ada kete sendiri ni..kalau tak dah ada, tapi....hmm..bawak kereta pi kolej memang best, boring jew dok dalam kolej ni boleh la keluar merendek mana-mana..keluar makan kew..sebenarnya dah boring dengan makanan-makanan at cafe kolej nie, tapi kalau dah lapar telan jela an..haha..yang paling boring tambah naik menyampah dengan makcik endon yang muka die memang nak mintak penampar sulong aku, amboi3, dengan budak laki bapak lah lemah lembut kalau bercakap, tapi dengan budak perempuan, pandang pon nak tak nak..yang paling aku sakit hati, elok2 ktorang dah tempah dulu tapi die bagi lak orang lain dulu, budak laki pulak tu..memang nak kene penyepak sulong aku sekali kot..huhu..adoyy, nasib la aku tengah lapar, kene la bersabar sikit..nak mintak tambah ayam pun die boleh cakap macam ni "kalau tambah ayam 5 ringgit" dengan nada macam kitorang tak mampu nak bayar..ewah3 mulut, kau ingat aku tak mampu nak bayar lak, aku beli kedai kau tau la..pastu pecat kau..ahahahah..padan muka..da la duduk Malaysia aku, boleh pulak kau nak kerek2 kat sini an..sedar la wahai manusia..di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung..eceh..k lah malas nak membebel panjang wat panas hati..walhal dalam otak tengah berfikir ape yang aku nak buat esok ni?? adooyyy...

Tuesday, December 7, 2010

Patut ke die dapat pangkat tu???

Pergh niat baek aku tuk membuat sesuatu perkara yang mengikut undang-undang, dah jadi benda menyakitkan hati..huhh!! aku rasa benda yang aku buat langsung tak salah..kalau salah di mata kau pon, tak boleh ke kau tegur aku baek2? aku rasa kau ni belajar ilmu agama tinggi2, tapi tak amalkan caranya..memang bodoh la..aku tau la sebab aku sekolah agama dari tingkatan satu, walaupun aku ni tak la baik mana, tapi aku still ingat apa yang aku belajar, adab-adab semua tu..kalau adab-adab yang sangat simple tu kau tak boleh amalkan, tak tau la aku nak cakap ape..ish! tak paham tul aku, pikir kau tua dari aku dan mungkin orang yang agak berpengaruh agaknya lakan..kalau tak aku sound jew kau ni, pikir niat aku kat sini nak belajar je..kene la bersabar sikitkan, lagi2 dengan orang macam ni..manusia nie memang macam-macam jenis, nampak baik tapi langsung tak! nampak jahat tapi hati gila baek..memang nak kenal orang betul-betul sangat la susah ye..tak apa, aku tahu yang ALLAH tahu..aku tak dapat nak balas apa yang kau buat dekat aku ataupun orang lain, ALLAH boleh lakukan semua itu dengan mudah jew..kita tunggu dan lihat, biar lepas nie kau rasa macam mana yang aku rasa dan boleh jadi pengajaran tok kau okey..harap kau cepat sedar..aminn.........

p/s: ujian, ujian dan ujian..

Sunday, December 5, 2010

Cantik menarik tertarik

wah dapat award lagi ni..macam biasa kene jawab soalan, yang pasti soalan2nya komfem xde kat dalam kertas-kertas peperiksaan korang ye..hihi..

1. Apakah pandangan awak terhadap blog Cik bulat? (linkkan sekali)
owh, sesungguhnya pemilik blog ni sangat kreatif, sebab blog die sentiasa shomell..hihi..pinky gurl..

2. kenangan manis dalam hidup awak?

semua benda gembira yang berlaku dalam hidup aku adalah kenangan yang manis =)

3. kenangan pahit dalam hidup awak?

semua benda yang menyakit hati aku..huhuhu.banyak ni..

4. Adakah anda dah berpuas hati dengan kehidupan awak yang sekarang?

ada yang aku puas dengan tak puas lagi ni..banyak lagi yang perlu dilakukan ni.

5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi

- Bawak ibu n abah jalan-jalan pusing dunia.
- Mempunyai sebuah keluarga sendiri yang bahagia.
- Menjadi seorang yang sangat berjaya.

6. Tag 10 orang untuk menerima award ini

sesape jew
sesape jew
sesape jew

Akhirnya 'Dia' jadi milik aku

Erm..korang ingat lagi tak entry aku yang lepas? yang aku jatuh cinta tue..hihi..akhirnyakan..mamat kacak tu, da jadi milik aku sepenuhnya..haha..tak mungkin sesape boleh rampas dah, selama ni aku usya dari jauh jew, sekarang dah dalam genggaman aku..gile heppy la wey..berminggu-minggu aku bersabar tok dapatkan beliau, akhirnye kesabaran aku terbalas..tak sia-sia..hihi..sekarang tak la aku nak mimpi-mimpi lagi tiap malam, sebab beliau dah akan sentiasa berada di sisi menemani aku..wee~~

p/s: luv you Aino..

Saturday, December 4, 2010

Sweet Blogger Award

Akhirnya, dapat gak aku update blog tok award ni..terima kasih banyak2 kat myra coz bagi award ni..hehehe..suka sangat2..sebab aku rasa minggu time aku dapat award ni aku terasa sentiasa shomell, haha perasan pulak..wee~

1) Apa pendapat anda tentang blog dari mata hati?

-ala..xbole nak bagi pendapat sebab aku tak kenal pon pemilik blog ni..huhu..

2)Tunjukkan gambar desktop anda (sila print screen)
aku suka sangat gambar ni...

3)Snap gambar anda sekarang, dalam apa jua keadaan
ahaa..shomell x? mata sembab..choii!

4) Adakah anda pernah kehilangan barang yang disayangi? apakah ia?

-mesti la pernah, tapi xingat la ape..macam banyak yang hilang ni..hoho ='(

5) Three words to describe si dia (if you have one)

-no answer for this question.......

6) Three words to describe you

-Peramah
-Gile
-Tinggi

7) Anda selalu masak? kali terakhir bila?

-Tak pun, duduk kolej aku masak nasi jew, lauk beli..ahaa

8) Tag 5 blogger yang shomell + sweet

- Ain

p/s: tetibe aku rasa lelaki menulis kidal nampak shomell..haha