Thursday, September 3, 2015

Aku Dah Bergraduasi!

Assalamualaikum.

sebulan tak hapdet blog sebab takde aktiviti menarik nak cerita. tapi sabtu lepas ada aktiviti yang sangat menarik. aku dah grad!!! hehe. lama sangat aku tunggu hari ini menjelma. xcited sangat.. ehhe. malam sebelum hari grad serius tak boleh tido lena, pukul 1.30 terjaga pukul 3 terjaga lagi pastu pukul 5 terjaga terus takde tido dah. satu dok risau takut aku bersiap lama sangat, nak sarapan apa dulu semua. satu risau dengan EBH yang  dalam perjalanan tak sampai-sampai lagi. gila tak risau dia datang dari jauh tu. 

hati berdebar-debar tak yah cakap la camne macam nak nikah. haha over tak? sarapan pun takde selera makan sikit jer. ingat EBH dah sampai hilang lah debar, idok juga. hee. sampai dah masuk dalam dewan dah duduk baru hilang debor, dan rasa lapar!! dah ler berjam duduk dalam tu.
gambar pertama untuk hari itu. haha dia segan sebenarnya, nasib la dapat buah hati tak tau malu sangat ni. hari graduasi tak yah nak segan-segan, kalau hari biasa gila kau nak selfie camni dalam kolej. kahkah. bila nampak EBH dah sampai fuh tenang sikit hati, sikit jela. sian dia dok kene bebel dengan aku. mekasih awak, gigih nak sampai awal sebab nak masuk dewan. :*
sebelum beratur nak masuk dewan jumpa dorang dulu wefie sekali. time ni cuak lagi, lagi tak nampak muka member lain tak sampai.
budak kelas aku, ujung empat orang yang perempuan tu senior aku. grad sama dengan kitorang sebab ada problem tak grad tahun lepas. sebenarnya tak sempurna ahli kelas aku ni. ada yang tak datang konvo.
masa ni dah mula rasa lapar, mengantuk pun ada apa semua. nasib tak rasa nak terberak ke terkencing ke. haha
muka dah lega dah naik pentas, punggung dah panas tak sabar nak keluar. hehe.
lepas keluar dewan aku bergambar dengan kawan kelas kejap, lepas tu family
kalau tak yang datang konvo aku abang aku sorang, abah dengan EBH jer. sekali tengah beratur untuk gambar studio tetiba anak buah perempuan aku hulur bunga. haha terkejut aku kata tak boleh datang ada hal. sekali saja buat kejutan~! terharu sangat. gambar penuh satu family nanti aku post lagi satu entry khas. hehe
lepas gambar-gambar dengan family, makan semua aku dengan EBH terus pergi putrajaya. sebab nak bergambar lah!! seronok betul bergambar. hehe sebab aku memang suka. lagi-lagi dengan EBH. sian dia penat berjalan jauh kena paksa pose-pose. gigih layan aku. terharuuuuuuuu
muka kena paksa pakai jubah aku. haha. comeynya!!! lepas ni tunggu konvo awak pulak keh. time tu status dah bertukar dah tu.. hihihihi.
seronok main lompat-lompat, walhal panas belengas sangat time tu. tapi biasalahh gigih nak dapatkan gambar cun. punya banyak gambar hari tu. tapi aku rasa tak banyak pun. haha.
hai en penguat semangat. terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak untuk hari itu, gigih datang dari jauh, belikan bunga, bagi hadiah lagi, lanje makan. layan saya macam-macam. walaupun penat. layan karenah saya yang tah pape. sangat gembira hari tu. thanks sangat. u always do the best for me!!



p/s: ada entry lagi ni kene tulis. hehe