Tuesday, November 30, 2010

Hepy besday nenek..=)


hepy besday untuk budak sepet ni...hihi
Uit! da tua gak..hehe...
walaupun aku tua sikit dari kau..tapi still muda..
semoga kau sentiasa sehat..
bahagia selalu, murah rezeki...
jangan degil2..belajar rerajin...
MMuaah!! tok Ain...heee..

p/s: sakit perot akibat salah makan..adoyy!

Sunday, November 28, 2010

Mula bosan


Aku dah mula busan dengan keadaan hidup aku sekarang, segalanya semakin hambar, tak seperti mula-mula aku jejakkan kaki aku ke sini..aku pun tidak tahu puncanya, adakah diri aku sendiri? ntah la mungkin..atau aku yang rasa sendiri begini..dan baru aku sedari, yang diri aku tak kuat seperti yang aku sangkakan..kalau aku tak kuat macam mana aku nk bantu orang lain, aku rasa ujian yang Allah bagi dekat aku terlalu kecil, tapi aku mudah sangat nak mengalah..ya Allah, berdosanya aku rasakan..sedihnya hati ni bila fikirkan balik, sedih sangat-sangat sebenarnya..bertambah pula dengan situasi sekarang yang tak berapa nak baik, kadang-kadang aku buntu, apa yang perlu aku lakukan lagi untuk sama-sama mendapat kebaikan..aku terfikir, buat apa aku nak risaukan sangat perkara ni, tapi tak boleh..kerana akan tempias keburukannya dekat aku, sebab kita sama-sama manusia kena ingat mengingati..tapi manusia yang diingatkan tetap melakukan perkara yang sama bagaimana??dan semakin teruk, tu yang aku katakan aku tak kuat, tak sanggup nak hadapi semua ni lagi..tapi kene cuba gagahkan lagi diri ni..kadang-kadang, sampai aku rasa orang mudah nak pijak aku, adakah sebab aku ni tak tegas?? aku tak pasti, aku rasa tak nak melalui sabtu ahad dekat sini, sebab sangat membosankan, dan boleh membuatkan aku naik gila, berada dikelas je yang boleh membuatkan aku tak fikirkan semua ni, aku rasa tenang,..keadaan yang sama macam aku tingkatan enam dulu, berada di sekolah lebih baik, dari aku berada dekat asrama..sekarang aku nak mencari balik kekuatan aku yang semakin hilang ni, takut hilang semuanya..kuatkan balik diri untuk membantu diri sendiri dan orang lain, insyaAllah aku cuba..


p/s: bersyukur kerana ada yang masih disisi..
-teringat lagu senyum yang kawan aku bagi, sukar untuk senyum keseluruhan..hanya luaran tapi tidak dalaman..

Wednesday, November 24, 2010

Superstar Award


Dapat award lagi, kali ni aku dapat award dari mis lulu caldina..terima kaseh banyak2 kerana sudi bagi award ni dekat saye..wee..sukanya..hihi..

okey macam biasalah..ada soalan yang perlu dijawab..

Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging?

sebab boleh share something dengan sesiapa aje..(xsemua)..aku suka menulis..terasa seronok..hehe.


Apa motif anda tarik follower? Anda superstar ka?

Owh tiada niat apa-apa pun, superstar? tak layak ni untuk aku haha..sangatlah berbesar hati,
kepada mereke-mereke yang sudi main intai-intai at blog aku..haha..
terima kasih..


Cerita sikit perangai anda

nasib la sikit, bahaya ni kalau nak cerita banyak-banyak..haha..
aku seorang yang ceria, gila-gila, manja, sensitif (kot), penyayang, garang, pendengar yang baik.


Pernah terfikir nak masuk magazine a.k.a mewar-warkan blog anda? mengapa?

tak pernak lak aku terfikir nak masuk majalah..tak perlu kot..
sebab cukup la dengan kawan-kawan blog dan follower aku kenal aku..


Sila tag blogger lain

ayu..
S..

Tuesday, November 23, 2010

xde rezeki.

Erm..aku dapat mesg dari anak buah aku yang kakak ipar aku gugur..sedehnye..huhu..gugur sebab kakak ipar aku xsehat.. demam panas, tetibe je darah turun..time tu baby dalam perut baru je tujuh minggu, xkuat lagi..kalau tak ni anak dorang yang ke2.. aku gile xcited nak dapat anak buah baru..kalau dorang lagi la xcited an.. dah lama tak pegang baby(anak buah sendiri).. sebab yang paling kecik da umur 3 tahun setengah dah besar pon..aku suka baby..hmm..lama lagi la nak tunggu baby baru ni..kalau tak ni anak buah aku yang ke17, (alamak aku da tua)..harap ada rezeki tok dorang lagi tahun depan..insyaAllah..


Ni anak buah aku yang last, time baby..Saif Aiman Solehuddin.
shomellkan?? argh! suke gile baby..dorang wangikn..=)

keh, ni dia da besar ye. bersama koleksi lori dan kereta2,
yang dibeli dengan mengepau dwet gaji ayah beliau..(die xske robot).

sebenarnye aku dah berangan tahun depan dapat beraya dengan anak buah baru..dan harap sangat baby tu girl (seperti yang abang aku harapkan) sebab boleh belikan die gaun yang shomell2..takpe semua yang berlaku ada hikmahkan..mana tau pasni dapat kembar ke? hehe

p/s: nak tunggu baby sendiri lambat lagi ni..haha..
doakan aku cepat dapat anak buah lagi..

Sunday, November 21, 2010

Berkali-kali di tag..wah!! hehehe..

Assalamualaikum..wah kali ni aku dapat tag dari Cik Bulat tentang soalan-soalan yang sungguh semangat nak jawab ni..hihi..mekaseh..

  1. Apa benda yang penting dalam hidup korang?
  2. Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
  3. Dimana tempat korang ingin melansungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
  4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
  5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
  6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
  7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
  8. Apakah nama penuh korang?
  9. Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra?
  10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
  11. Adakah korang basuh baju sendiri?
  12. Dimanakah tempat betul2 korang nak pergi?
  13. Pilih salah satu peluk atau cium?
  14. 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
  15. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
  16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
  17. 6 orang blogger yang korang nak tag?
  18. cerita sikit bloger pertama korang tag?
soalan-soalan yang bunyi banyak soalan cepumas ni..haha..bagi aku agak sukar gak la soalan2 di atas ye..tapi aku akan cuba jawab sehabis baek ni..hihi..okey bole semak jawapan semua..=)

  1. Benda yang paling aku sayang tentu la hp, kemere(bukan pakai kodak ye)hehe..lappy,bantal busuk(tipu jela) aku rasa semua barang aku sayang ni..hehe.
  2. Tentu la my Hp..
  3. Mesti la dekat rumah ibu bapa, xbest la wat dekat hotel, tema? xpernah pikir lak..hehe
  4. owh secara jujurnya tidak..
  5. Soalan maut! haha..selagi die cintakan aku, aku akan cintakan dia..
  6. Selalu? hahaha..sangat kelakar ni..xpernah jumpa kat mana2 pun..
  7. Remaja dan Epop..
  8. Nurul Hidayati Binti A kasah (abah aku yang bagi nama)chantekkan nama aku?haha, perasan..
  9. Mesra? mesti la dua-dua..
  10. Entahlah, tak pernah lak aku wat senarai orang yang betul-betul nak jumpa..belum tiba masa kot..hehe
  11. Dekat kolej aku basuh sendiri, tak suka nak kumpul2..aku rajinkan? haha..kalau kat rumah tentu la mesin ibu aku yang basuhkan..wee..
  12. Adoy, aku takde jawapan la tok soalan ni..minta nanti orang tersayang aku jawabkan la..tapi sape??
  13. Peluk! suka..haha..
  14. Hp, lappy, kemera, hadiah2 yang orang bagi, cermin mata(kalau hilang payah)..kereta, eh ada kew??haha
  15. Thinking Of You(katy perry), Akan Ku Jumpa(Azfar), Muhasabah Cinta(Edcoustic), Tak Bisa Memilihmu(6ixth Sense) dan Pergi(Aizat)
  16. 17.November.1991..dekat terengganu time rombongan sekolah..seronok sangat!!
  17. myra- yati-rahimi-mus-k huda-aida..
  18. kawan sekolah aku dekat selisek, kenal dari form1..jiran kampung dan best kawan dengan die..:)
p/s : badan dan leher naek lenguh..hahaha

Saturday, November 20, 2010

Award!

Wow ak dapat award la..hihi..


1) Gelaran tok saya : MyraZul? hehe

2)Mekaseh tag award ni at aku..terharu sungguh ni..

3)Berikan 6 fav artis/group/singer yang korang minat..

1.Faizal Tahir
2.6ixth sense
3.Lisa surihani
4.Aizat
5.Liyana Jasmay

4)Tag award ni kepada 10 orang blogger/follower..

4.Ayu

Friday, November 19, 2010

Give Away anniversary

Assalamualaikum.
mekaseh kepada my fren myra kerana tag aku, tok give away ni..

Happy anniversary sis..
semoga ikatan yang dibina kekal ke akhir hayat..
insyaAllah..

Tag kpd : cik bulat, dan kak huda.

p/s : semoga kita sentiasa di bawah keredhaanNya..

Thursday, November 18, 2010

Rase nak pergi bercuti

Dah lama rasanya tak mandi laut, dah bertahun kot..aku pon tak berapa nak ingat la, walaupun time sekolah dulu aku pergi rombongan tiap-tiap tahun kat terengganu tetap tak dapat nak mandi laut..huhu..sebabnya, biasa la kalau sekolah mesti la rombongan akhir-akhir tahun baru buatkan, sebab dah selesai semua peperiksaan..so bila dah akhir-akhir tahun, maka kat teregganu mesti la laut konfem-konfem tak boleh mandi, kalau nak jugak bolah jadi arwah terus la makanya..haha..so dapat tengok jela laut tu, kempunan la diri ni nak mandi laut..huhu..dan sekarang ni tempat yang aku teringin nak pergi lagi PULAU PANGKOR..sebab banyak kenangan kat sana, time aku form3 dulu rombongan sekolah pergi sana..tu yang nak pergi lagi, sebab nak mengimbas kembali kenangan-kenangan lama..haha..bile la agaknaya dapat pergi lagikan, kalau dapat pergi aku nak pergi dengan kawan-kawan yang pernah pergi dengan aku sama-sama dulu bestnya..tak sabar lak nak pergi lagi..huhu..

indahnya

kredit to google tok gambar2 ni.

p/s: -sebenarnya laut ni bagi aku agak menyeramkan..takut lemas, huhu..
-dapat pergi dengan orang tersayang lagi best ni..haha

Wednesday, November 17, 2010

Saeng chukka hamnida n salam aidiladha

Bantal dari kakak ipar (1) n yg shomell tu dari my bro Soleh..=)

Hari nie besday aku yang ke19..uhuu..sudah meningkat remajalah..tak boleh nak ngade-ngade dah..tapi besday aku tahun nie tak best macam besday2 aku tahun lepas, tah la kenapa..walaupun tahun ni besday aku jatuh raya haji..lagi pun pagi-pagi raya rumah aku sunyi jew..abg2 aku semua beraya dekat rumah mertua dorang..huhu..pasni aku nak pi beraya rumah mertua jugak la..haha..lambat lagi ni..tahun ni takde kek pun, walaupun memang tengah mengidam kek coklat ni..huhu..(meleleh air liur)..takpe la takde pun tak kesah, yang penting pagi2 aku dah dapat kiss dari ibu..bukankah itu lebih baik? masih berpeluang dapat ciuman dari seorang ibu yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita..mekaseh ibu, sayang ibu..dan tidak lupa juga kepada kawan2 ku yang berlumba2 nak jadi orang pertama wish besday aku..wah terharu sangat, thanks masih mengingati diriku yang kerdil ini..eceh..sayang koranglah..mmuahh!!!

Mereke2 yang wish by hp :
  1. Faradatul wahida
  2. Abu supian melalui Areena
  3. Umie Ilmia
  4. Syuhada
  5. Nasihatul Fasihah
  6. Liyana@cimoot
  7. Dahlia Syazwani
  8. Iddin Akiliin
  9. Syazatul Areena
  10. Along@kakak Ipar
  11. Azmira
  12. Nabilah Athirah
  13. Inani
  14. Irham
  15. Amyra Aziz
Dan melalui Mukabuku :
  1. Noor Hidayatul Huda
  2. Haniff Helmy
  3. Hazwani Nadirah
  4. Nysa Ajerr
  5. Nur Sa'adah Yusof
  6. Muhammad Afiq Che Anuar
  7. Fatin Eylani
  8. Asz Nor Asyikin Dzulkifli
  9. Fatin Amira
  10. Muhammad Hairi Helmi
  11. Ziqa Amir
  12. Intan Razak
  13. Noor Sa'adah Haji Jailani
  14. Fatin Farhanah Misri
  15. Aidil Munir
aku just boleh bagi sampi top15 jela..penat la nak taip banyak, tahniah kepada yang berjaya..haha..tak bermakna yang aku xtulis aku tak hargai tau..

p/s : -masih dalam proses menuntut hadiah2..haha
-harap besday tahun depan best..sbb besday tahun ni banyak yg mngecewakan..hmmm..
-selamat hari raya aidiladha..berkorban la apa yang anda mampu korbankan..

Monday, November 15, 2010

Hepy besDay MyFaseh

Hepy besday my beloved friend..
Semoga sentiasa dibawah junjunganNya..
Semoga panjang umur,murah rezeki..
Berbahagia dengan orang yang tersayang..
Sentiasa sihat..
Belajar rajin-rajin..
Jangan nak gatal-gatal jer..haha..
Rindu la nak duduk sebelah dan bersembang..
Jangan nak cakap perkataan yang aku tak tau..
Berdosa tau..huhu..
Apa-apa pun..aku sayang sangat dekat kau..
''haga bayya''(xreti nak eja la)..

p/s:layan muzik2 semi fainal! faizal Tahir, ROCK!!!!

Sunday, November 14, 2010

Tak sabar

tinggal sehari je aku nak balik rumah untuk bercuti sempena raya haji..tak sabar rasanya..camne ye raya haji tahun ni? meriah ke tak agaknye..hmmm..sebab abang2 aku takde..sorang mungkin tak balik sebab dia cikgu dan dapat cuti sehari je..abang aku yang lagi dua tu balik rumah mertua..huhu..sunyi je nampak gayanya rumah aku raya ni..dah la raya haji jatuh tarikh special aku..hari minggu dok kat kolej ni memang boring gilelah..aku lagi suka hari2 biasa, sibuk dengan kelas sangat membahagiakan..dari dok at rumah dan takde wat pape..teringat zaman sekolah dulu. hari cuti sekolah saat yang paling dinantikan sebab dapat duduk rumah tidur, tengok tv..dan paling disukai bila dapat berita cikgu takde mesyuarat ke, krusus ke semua kat kelas melonjak kegembiraan..haha..tapi sekarang sejak aku belajar kat IPT ni bila dapat tau lect batalkan kelas mesti kecewa..sebab sangat seronok bila berada kat dalam kelas, dari duduk kat dalam bilik..kat kelas macam2 ilmu bole dapat dan pasti ada aje benda yang boleh wat aku tersenyum dan ketawa dengan gelagat rakan-rakan kelas aku..gembirakan? (kadang-kadang menyampah gak) haha..jangan marah ek, gurau jew..tapi korang still the best la..kalau kurang sorang rasa pelik kot..sebab kitorang sikit aje an..hmm..pape pon..tak sabarnye nak balik rumah..ibu n abah tunggu achik au..hehe..SaraNghae!!!

Thursday, November 11, 2010

Mandi Percuma

payung yang pak guard bagi..haha

Dari awal aku dok Kuis ni sampai la sekarang dah berapa kali aku mandi hujan..haha..time awal2 dulu yela, tak beli payung lagi..memang kalau hujan basah teruk la an..tapi best pe mandi hujan ni..hihi..dan hari ni, hujan turun dengan lebatnya..dan satu hal aku tak bawak payung..yang agak konfius disini, tiap kali aku bawak payung, elok je panas.. bila aku tak bawak hujan dengan selebat-lebatnya..mana tak lenjun, hari ni nasib la petang takde kelas, tak kesah sangat la kene hujan an..lagipun kak huda ada bawak payung dia, tapi kecik jew..boleh la cover sebelah badan..yang penting beg yang aku bawak tak basah..banyak nota penting tu..kan kalau basah da jadi rupa ape pulakkan..dah sampai rumah terus mandi dan makan, dah kene hujan pastu mandi perut komfem2 la lapakan..haha..pastu ape lagi mata naik mengantok dan tido la..haha..boring kot dok rumah sorang2, sebab yang lain ade kelas..tinggal la aku sorang2, aku memang selalu tinggal sorang2 sebab budak2 yang sama rumah dengan aku, dorang ambil kos lain..kalau k huda rajin dia datang la rumah aku..ada gak la yang sudi menemankan..tidak la diriku keseorangan, pape pun tido di petang yang sejuk sangat melenakan..haha

Monday, November 8, 2010

Bubye Molly :'(

molly time kecik

hari ahad 7.november.2010..pemergian aku dihantar dengan pemergian Molly..Molly da mati la..uhuu..ibu kata dekat seminggu die sakit, xnak makan..xtau ape sebabnya, last2 time aku tengah bersiap nak pi balek kolej dengar bunyi kucing cam dalam kesakitan(1st time aku dengar bunyi kucing mati) sekali aku usya2 Molly rupanya, tapi da mati pon at bawah kereta abah aku, makin kurang la kucing at rumah aku..Molly kucing yang sentiasa gumuk dari die baby sampai die besar..umur die lebih kurang 6bulan, tinggal la dua lagi adek bradek Molly..

Sunday, November 7, 2010

Jatuh cinta ♥

wah! tajuk panas..kalau artis komfem ramai wartawan tanya macam2 soalan at aku ni..hahaha.. sebenarnye aku jatuh cinta at..(tengok gambar disebelah) kacakkan? sape tak jatuh cita beb..jari tangan aku dah gatal nak pakai hp baru..tu yang hari tu aku dok mengusya at kedai..skali ternampak mamat yang sungguh kacak ni..terus aku Fall In Love..tak tahan, rasa nak beli time tu gak..tapi wangnye xde la pulak..haha..hp ni best touch skrin, n die ad keypad gak..slide punye..nampak besar tapi tak berat eh..sekarang ni, aku rasa mimpi2 malam aku sentiasa dikunjungi oleh beliau..tak lene tidur aku di buatnye..bile la agaknye jadi hak milik kekal ni..dah ta sabar rasanye..adoy..besday aku dah nak dekat..agak boleh tak nak wat permintaan hadiah hari jadi? bagi mamat ni at aku la..boleh tak abah? bole la......uhuU..dah la kaler die memang febret aku..lagi la tak menahan jiwa ni..adeh..terasa diri ini jatuh cinta pandang pertama pulak..haha..(tak tahu pulak jatuh cinta pandang pertama tu camne) oh tidak! aku sedang dilamun cinta ke?? lalalala..

p/s: sony ericsson aino..mari la ke sisiku..;)

Saturday, November 6, 2010

Shomellkan?

hehehe..blog aku suda semakin shomell macam aku..hahaha..prasan pulak..thanks a lot to my fren ain@ cik bulat yang tak bulat pon sbenarnye..sebab tulun aku yang xberape pro bab blog ni..mencantikkan lagi blog aku..ahaa..camni baru la bertambah semangat nak menulis blog..ewah..kalau malas, tetap malas xde kaitan pon blog cantek ke tak.. btw hilang penat aku tngok blog suda bersinar2..haha

Tuesday, November 2, 2010

malas

adeh sejak dua menjak ni..aku malas nak uptade blog..tak tau la mne datangnye pnyakit yang satu ni..penyakit yang smua orang tak suka..tapi memg sentiasa ada an..haha..maybe takde bende aku nak share ot..lagi pon skarang aku sebok ngan kelas n assingment yg xnak stop2 hadir dalam hidup aku..hahaha..macam ape lak an..tapi pape pon hidup ak at IPT ni..sangat la best..smue sangat okey..kawan2, lecture, makan..eh perlu k makan tu tersenarai..wajib la..haha..mkan tuk hidup, bukan hidup tok makan keh..aku ingatkan at sini bole la nak diet2 skit..haha..xbole kot..mesti nak makan punye la..rase xlengkap hidup..hahaha..ngarut..tapi satu jela pr0blem aku..rumh agak jauh..payah skit la an..kalau balek mesti malam sampai rumah..adeh letih ot..tapi xpe..bile lagi nak rase camni..pasni..xde da nak naik2 ktm ni..kan2..so nikmati hidup sebagai student ok..xbole nak mrungut..xbaek..mnuntut ilmu tukan jihad..besar pahle..=))