Saturday, June 21, 2014

Gila-Gila Dan Tidak Matang Adalah Dua Perkara Berbeza

Assalamualaikum..

hai korang, macam biasa aku kalau dah start bukak sem memang akan tak ada masa untuk update blog aku.. faktor internet yang sangat tidak membantu untuk aku mengupdate blog dan kekangan masa yang kadang-kadang maha dasyat.. 

sekarang pun aku curi masa update, walhal tengah cari bahan untuk assignment.. kali ni aku nak cerita tentang gila-gila dan tak matang.. untuk korang yang tak kenal aku, aku adalah seorang yang sangat gila-gila.. tapi biasanya gila-gila aku dengan orang yang aku rapat jer, macam dengan member-member.. kalau dengan orang yang aku tak berminat aku akan menjadi seorang yang serius.. kadang-kadang sangat serius, yang ni aku tahu kalau aku serius ramai yang tak suka.. kah! 

ada satu masa tu aku buatlah perangai gila-gila aku dengan member aku, ala benda biasa gurau-gurau.. kitorang memang biasa bergurau macam tu.. lepas tu roomate baru dia geleng-geleng kepala tengok gelagat kitorang (ala gaya macam ee macam budak-budak tak matang) bajet dia matang sangat.. konon baru dua bulan kahwin dah cukup matanglah? tahulah umur 19 tahun dah kawin, tapi itu bukan bukti kau dah cukup matang dalam segala hal.. aku mengaku, tak semua benda aku matang nak handle lagi bab emosi. sebab aku ni jenis kepala angin sikit.. tapi tak la semua perkara nak angin je, ada masa aku cool jugak tapi tak banyak..haha.

 tapi apa yang korang perlu tahu gila-gila dengan tak matang adalah perkara berbeza, gila-gila ni jenis yang perangai suka buat pelik-pelik..tapi bukan buat benda bodoh ye.. boleh buat member kau gelak sampai sakit perut, lebih kepada menjalani kehidupan dengan cara tidak terlalu serius.. kau nak serius je memanjang bole stress kot.. aku kalau nak hilang kan stress dengan perangai gila-gila akulah.. lelagi dengan member.. gelak-gelak tapi dalam hati ada je benda dok fikir, bolehlah kurangkan sikit tekanan tu..

kalau bab matang dalam hal kau handle sesuatu, contoh perhubungan antara manusia.. menghadapi sesebuah situasi atau ujian.. atau pelbagai.. aku tahu ramai yang tahu apa istilah matang dengan gila-gila ni, cuma adalah sesetengah yang menganggap dua perkara ni adalah sama.. dan apa yang kita tahu umur takkan dapat membuktikan kematangan seseorang, ini adalah betul sebab kau ingat umur bila dah 50+ dia dah cukup matang? tak ada maknanyeeeee.. percayalah, bukti ada depan mata aku.. kalau korang tak percaya cuba perhati orang betul-betul orang sekeliling kau, lebih lagi yang paling dekat dengan korang.. mesti korang akan jumpa perangai tak matang dorang, dan kadang korang lagi matang dalam situasi tu.

perangai gila-gila aku ni kadang benda aku gurau je cakap dengan member dorang ingat aku serius.. pernah satu event aku saje je cakap (whatsaap) dengan member aku (lelaki) yang aku nak duduk sebelah dia sebab seat sebelah dia kosong.. aku : "der nak duduk sebelah pewliss" dia : "ni tempat ada oranglah" (gaya serius)
aku : "yang kau serius sangat dah kenapa? aku gurau jelah" dia : "manalah aku tahu, kau tukan gila".. haha.. takkan lah dalam event duduk asing laki perempuan aku boleh buat tak malu nak duduk sebelah dia.. kosser.. 

dalam hubungan percintaan sikap gila-gila adalah digalakkan.. matang lagi digalakkan, kang semua benda buat perangai tak matang mahu jahanam percintaan korang tu.. aku dengan en buah hati, perangai takde nak cover-cover.. nak bersopan santun, lagilah jangan harap.. haha.. kadang dia siap buat muka dengan perangai aku.. kahkah.. nasib dengan perangai aku yang tah pape ni dia masih sayang dan cakap aku comel.. hahaha.. k bai!


ni pendapat aku jer.. korang mungkin ada pendapat korang sendiri.. boleh share diruang komen ye.. tapi jangan maki-maki pulak.. kalau maki-maki kat blog aku.. aku bagi muka macam kat atas tu je.. malass layan.. okey.. sekian terima kasih