Wednesday, August 15, 2012

Akhirnya..Berbuka Di Rumah..

assalamualaikum.. wah..aku dah setat cuti raya..yehuuu...!! kolej aku sebenarnya start cuti hari jumaat..tapi kitorang satu kelas dah deal dengan lect batalkan kelas awal..hihi..so hari nie just satu kelas je yang ada..lepas tu, dan..dan abang aku boleh jemput pulak hari nie..terbaik lakan..taklah aku penat-penat nak naik KTM oi..barang dah la banyak gila..macam nak cuti sebulan..walhal seminggu je..hahaha

awal puasa je aku dekat rumah..lepas tu semua dekat kolej, boleh dikatakan hampir sebulan aku berpuasa dekat kolej.. nak balik rumah, esemen tengah berlambak gile yang kena submit sebelum raya..lepas tu dengan examnye..terpaksa aku kuatkan semangat untuk stay sampai cuti rayalah..alhamdulillah berbaloi kesabaran aku, sebab aku dapat setelkan semua esemen aku sebelum aku bercuti..


dan yang paling best dapat gak aku makan murtabak febret aku dari kak itah..huhu..ingatkan tak dapat sebab aku sampai rumah agak lewat..alhamdulillah masih ada lebih..syukur sangat..dan hari ni last day die berniaga murtabak, esok tak dah sebab dah nak raya..memang rezeki aku sangat-sangatlah..kalau tak, tunggu tahun depanlah aku nak merasa mertabak kak itah..huhu..kempunan tak terkiralah aku..

kat rumahlah dapat merasa berbuka sedap-sedap..abang aku belikan satay..pergh2..kenyang sungguh aku..alhamdulillah..esok tak tau nak berbuka apa lak..boleh nak request kat ibu nie..hew..hew..=P