Sunday, June 4, 2017

Jiwa Aku Ketika Ini

Perasaan ni bukan aku saja-saja, sensitif pun ada atas punca yang satu ni. Kadang bukan aku boleh kawal. Aku tak suka pun sebenarnya dia datang atau muncul, rimas sebabnya bukan semua orang faham rasa yang satu ni. Dan bila mereka tidak faham, tekanan aku rasa. Benci!

Tadi siang, aku tak marah pun hanya sedikit kecewa kerana tak dapat apa yang aku mahu, benda memang hanya benda biasa tapi jiwa tersentuh lebih. Pilih berdiam cuma hanya ingin memujuk hati. Bukan mudah, ketika jiwa mula kembali pulih. Ditegur pula dengan nada yang mungkin hanya biasa-biasa, tapi jiwa yang sensitif ini rasakan luar biasa. Terasa kembali rapuh. Diri yang ketika itu cuma harapkan sentuhan lembut memujuk, tapi aku tidak terima tidak mengapalah. Cuma janganlah ditegur dengan nada sebegitu. Akhirnya aku pilih diam, takut apabila aku bersuara nanti ada pula kata-kata aku yang salah tuturnya.

Ketika malamnya pula ketika aku bertanyakan air apa yang dimahunya jawabnya begitu-begitu saja, sehinggalah soalan kali kedua baru aku mendapat jawapan yang benar. Jiwa tersentuh, mata mula rapuh. Tapi aku berjaya tahan kerapuhan mata itu kerana keadaan tidak sesuai ketika itu, sambil menelan makanan yang kurasakan perut dan tekak seperti tidak mahu menerimanya. Tapi demi mu sikecil. Situasi ini sering terjadi ketika mahu berlakunya jarak kejauhan, entah mengapa tidak ku tahu apa hikmahnya. ketika syurgaku menghulur tangannya untuk aku kucupi, mata yang ku tahan rapuhnya tadi tidak dapat lagi aku tahan. Mengalirnya dengan penuh kelajuan, sambil ku lihat wajahnya dengan hati penuh simpati ingin menerima dakapannya untuk menenangkan jiwa, ingin juga rasa tangannya menghilangkan air yang mengalir di pipi aku. Sebelum berlakunya jarak kejauhan itu. Tapi yang hanya aku dapat lihat di wajahnya, air wajahnya itu....yang. Kucupan di dahi juga tidak hangat seperti selalu.

Sehinggalah dia berpaling dan terus tidak menatapi aku lagi ketika menaiki dua rodanya. Teruja aku menunggu dia berpaling lagi ketika dua rodanya mula berputar jauh. Ingin memberi lambaian sebelum perjalanan jauhnya, tapi tiada tatapan akhir yang aku terima. Jiwa rapuh berkecai.

Maaf jika diri ini begini, terlalu mudah tersentuh jiwanya. Mungkin kerana ada sikecil didalam rahimku, moga bila dia keluar nanti aku tidal sebegini lagi. Aku cuma mengada belaian, sentuhan manja, ia mengada-ngada. Aku mengada-ngada kerana aku suka merimanya, kerana ketika aku menerimanya aku rasa tenang dan bahagia.  Maaf jika terlajak tidak nampak keinginan mu, tidak menjaga sempurna hatimu. Maafkan aku atas kekhilafanku.

Wahai sikecil aku harap jiwa mu nanti kukuh, bukan rapuh seperti aku. Maaf kerana seringkali kau merasa kerapuhan hati ini. Terlalu sering. Maaf.

Malam ini aku sepi.

**wahai bondaku, aku rindu. Rindu kasih belai dan sayangmu. Terlalu rindu.