Friday, December 30, 2011

Bersama Kenangan 2011

nampaknye entry kali nie, adalah entry aku yang terakhir untuk tahun nie..selamat tinggal 2011 kita tak akan berjumpa lagi..hanya kenangan yang pernah tercipta yang tak akan aku tinggalkan..yang sentiasa tersemat di ingatan..kenangan adalah perkara yang tak mungkin pernah akan aku lupakan..dan terlalu banyak kenangan-kenangan indah yang tak sempat terucap..


diantara kenangan yang aku rasakan paling indah adalah dimana pada tahun 2011 inilah aku memulakan satu hubungan, hubungan yang mana aku rasakan sebelum ini yang aku tak akan merasa..mungkin kerana hubungan dulu yang pernah aku ada menyakitkan..dan menyebabkan aku tak percaya dan rasa tidak yakin untuk mencipta sesuatu hubungan itu lagi..dan juga telah membuatkan hati aku tertutup rapat untuk menerima sesiapa..


tetapi..si dia telah berjaya mengembalikan kepercayaan itu dalam diri aku..kepercayaan kepada mereka yang berlawanan jantina untuk sesebuah hubungan..pengenalan di alam maya yang mulanya hanya sekadar seorang kawan, boleh bertukar kepada satu hubungan yang serius..bila difikirkan balik, kelakar rasanya..individu di alam mayalah aku paling tak percaya..tapi si dia juga yang berjaya menambat hati..dan juga telah terbukti, wujudnya si dia bukan hanya di alam maya..tetapi di sisi aku..


dan harapan aku, hubungan ini bukan hanya sampai di tahap ini sahaja..harap jodoh kami berkekalan sehingga keakhirnya..sehingga ke akhir nyawa aku..aminn..


selain itu..kenangan dimana aku berjaya mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi juga merupakan kenangan manis bagi aku..yang dulu pernah aku rasakan yang aku takkan dapat merasa untuk sampai ke tahap ini..tapi sekarang telah terbukti yang sangkaan aku itu adalah salah semata-mata..betapa gembira dan bersyukurnya aku rasa..dan aku berharap aku dapat menamatkan ia dengan jayanya..harap dipermudahkan segala urusan..


tahun 2012 di mana akan bertambahnya angka usia aku..dari 20 tahun ke 21 tahun..dah tua rasanya..hahaha..tapi memang serius rasa macam dah tua sangat pulak..harap penambahan usia membuatkan aku lebih matang..lebih bijak dalam menguruskan sesuatu perkara..takde nak gedik-gedik dah..heee


memang terlalu banyak kenangan..dalam masa setahun, tak mungkin hanya sedikit kenangan yang pernah terciptakan?..tak terungkap rasanya..kenangan dimana aku hidup sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang sahabat, seorang kekasih, seorang hamba..kenangan tetap terus tercipta hari demi hari sehingga nafas yang terakhir.


disebabkan permulaan entry aku tadi dengan muka aku..jadi penutupnya aku letak muka aku jugak..muka ketika masih berumur 20 tahun..boleh tak nak muka macam nie lagi 20 tahun yang akan datang? hehe..tak mungkin lakan..time tu muka da muka mak-mak orang..nie masih muka anak-anak orang lagi..apa-apa pun, yang penting mempunyai kesihatan yang baik, dan masih aku miliki...alhamdulillah..dan berharap di hari-hari yang seterusnya..dapat aku jalani dengan baik dan sempurna..insyaALlah...