Friday, May 29, 2015

Temuduga Yang Debar Teruk

Assalamualaikum.

pergh seminggu rupanya dah berlalu. punya malas aku nak taip entry. hari isnin hari tu aku pergi interview kat ipoh. interview butik jer. jauhkan ipoh? memang aku nak stay sana pun nanti, lagi pun kerja kat ipoh tu aman sikit, dari kl aku tak suka nak hadap-hadap jam ni semak ah otak. lagi pon kos hidup kat sana tinggi. dan satunya kalau aku kerja kat kl pun akhirnya mungkin akan berhenti dan cari kerja kat ipoh, so better terus je aku apply area ipoh, walaupun kerja biasa-biasa je tak setaraf degree aku takpe, nanti usaha cari yang lagi betterkan. yang penting kerja halal.

sebenarnya ni pengalaman kedua aku interview, firstime masa tok praktikal tapi tak lah seram tahap gaban macam yang ni. serius debar teruk apa semua adalah. mungkin masa praktikal tu sebab dengan member yang kali ni sorang-sorang dah la tempat tak biasakan. tapi mujur ada en buah hati teman recce tempat semua thanks my dear! rasa lega sangat ada orang tolong, kawan dia kasi tumpang rumah apa semua. alhamdulillah.

interview pun berjalan dengan baik, tinggal tunggu die kol untuk panggilan kedua pulak, harap ada rezeki aku. nak kumpul duit nak kawen ni. heee. doakan keh.
my botak cin! time bujang saja dia dibenarkan botak. haha. dan-dan terkebetulan pakai warna ala-ala sama. terima kasih untuk perjalanan satu hari tu.
serius hari tu makan apa pun tak selera kot. lepas tu bukan makan je tak selera, berapa kali tah aku masuk tandas. haha. tak pernah kot macam ni debar tu biasa, bab masuk tandas banyak kali tu sangat luat biasa. haha.

sarapan kakak ipar aku buat nasi lemak kat rumah makan okey lagi. dah sampai ipoh kenyang sampai ke petang. kakak ipar aku siap bawakkan bekal nasi lemak lagi, seronok feeling orang siapkan bekal tok kite kott. teringat arwah ibu dari aku sekolah rendah sampai ipt selalu siapkan bekal tok aku dari rumah. thanks kak anie.

balik tu en buah hati belanja pizza hut pulak! dah la memang berminggu kempunan nak makan pizza cuma takde masa je nak keluar pi pizza. i is happy gurl and happy tummy~