Monday, March 23, 2015

Tips : Pergi Ke Kellies Castle

Assalamualaikum.

sebelum ni aku ada cerita pasal berjalan kat Kellies Castle kat ENTRY ni, so entry kali ni aku nak share tips-tips nak berjalan sana. hehe, kemain tau nak share tips. aku share mengikut pengalaman aku, dan apa yang aku rasa. kot korang ada tips lain boleh share dekat komen keh.

pertama sekali adalah pakaian. adalah lebih baik pakai seluar dari kain, haha! sebabnya banggunan ni banyak tangga, dan nak naik tingkat atas banggunan kofemlah kena guna tanggakan. so agak susah nak naik tangga bila berkain, aku berapa kali asik terpijak-pijak kain aku nak turun pun pegang kain kang ada yang tergolek macam nangka busuk pulak kang.. ahha.. satu sebab lainnya sebab ada tangga yang sangat kecik kira macam sorang je boleh lalu, tangga yang nilah aku asik terpijak je kain. EBH dok perli aku. kah! baju pun jangan pakai yang terlalu tebal, konfem korang rimas dan ketibas teruk. hahaa. 

kedua, sila pakai sunblock.. lagi kalau korang pergi masa musim panas sekarang ni, aku hari tu pergi pakai uv foundation pon berbelak muka aku woi. haha. dah la kulit muka manis-manis, lagi bertambah manis kena matahari. mujur jenis kulit cepat hilang belang, grrr..

ketiga, bawak sekali shades dalam beg korang untuk tahan matahari. aku pergi tengahari memang matahari memancar dengan bahagianya, naik silau mata. nak bergambar pun tak boleh nak bukak mata besar-besar haha. mujur EBH bawak shades dia, kitorang tukar-tukar pakai. aku punya terlupa bawak tertinggal dalam kereta.. stress! hahaha. owh pastikan pakai yang original ye jangan untuk keselamatan mata. nak yang ori boleh pergi IG YATTAKASAHJUALJUAL (hahahah sempat promote)

muka tahan silau. haha.

keempat, kasut. bagi aku better pakai snikes atau kasut sport. yang perempuan takyah la pakai heels naya korang tergolek kat tangga. selipar okey je, kalau korang nak kaki korang ada belang-belanglahkan. haha. aku selesa snikers, nak jalan nak lari pun senang. sepak orang pun senang jugak. haha.

kelima, alatan bergambar yang mencukupi. haha. kat sini orang memang datang nak bergambar banyak-banyak. EBH bawak aku kat sini sebab dia tahu aku kaki bergambar.bawaklah korang punya, kamera power, fisheye lens, monopod, gopro, apa lah lagi yang boleh.. aku lupa bawak monopod. apa benda tah semua lupa teruk betul! haha.  siapa ada kamere dslr tu memang dapat gambar cun ahkan. 

kat sini ada tempat jual jajan-jajan air so bolelah buat alas perut, kalau nak makan berat tu kena cari tempat lainlah. cenderahati pun ada, harga tu biasalahkan. aku ritu menyesal tak beli satu buat kenangan.huhu.


rasanya tu je kot tips yang aku dapat nak share, kot ada penambahan nanti aku tambahlah. atas ni video tak sengaja terekod sebab cuaca panas sangat, aku tak nampak skrin fon button rekod aku tekan. ahhaha. aku gelak memang takde ayu-ayu ye. ihihi.. kalau  yang memang rekod tak boleh ah nak share. tu kami-kami je boleh tengok. ahhaha.. :P