Monday, April 21, 2014

Terasa Lebih Seksi.

Assalamualaikum..

aku seorang yang suka pakai shades aku suka jenama Rayban.. tapi dulu aku pakai yang stok murah pasar malam punya, sebabnya aku mana mampu nak beli yang harga rm200 -rm300 student lagi katanya.. tapi ada satu hari terniat nak beli yang original tapi aku jumpa harga 200 300 lagi.. tu pun macam berkira-kiralah nak beli, fikir masak-masak tu kalau masak kat dapur dah macam-macam lauk di masak agaknya.. haha..

dan aku tanyalah sorang member aku yang banyak tahu pasal shades ni, macam-macam dia ajar aku.. pastu die gitau pasal facebook yang mana boleh beli shades yang kualiti bagus tapi harga mampu milik untuk student macam aku.. teruja lagilah aku nak belikan sebab banyak aku boleh jimat kat situ..

aku nak beli yang berkualiti sebab dah datang kesedaran kat dalam diri, sebab kalau kita pakai yang murah yang harga belas-belas ringgit tu sebenarnya boleh merosakkan mata.. sebabnya dia takde perlindungan matahari pun kat cermin dia.. so apa salahnya kita keluarkan sedikit modal untuk mata kitakan? 

dan selepas aku beli dekat brader yang jual ni, seriusly aku rasa sangat berpuas hati dengan kualiti shades yang dorang jual.. time dapat tu gembira dia pergh tak yah cakap la.. servis dan layanan pun sangat baik, abang ni jual secara online dan barang dia sangat cepat sampai.. tip top wa cakap lu!


gambar ni shades pertama yang aku beli.. tentu-tentulah jenama rayban.. kesukaan kot.... lepas tu aku hasut orang belakang tu join beli.. hehe.. aku nak jaga mata aku, so aku nak kesayangan aku pun jaga mata dia.. tak kasi dah dia pakai yang murah-murah tu..hee.. gambar ala-ala zaman retro tak? haha.. shades yang aku pakai ni jenis Rayban Wayfarer Rare.. Rare sebab dekat bahagian dalamnya ada corak-corak, tengok dari jauh memang tak nampak dedekat baru nampak.. En Buah Hati punya Wayfarer  jugak tapi yang hitam biasa, dia tu mana mahu nak pelik-pelik macam aku.. aku je suka pelik-pelik sikit..haha..

sebenarnya bukan dia je aku hasut beli, member-member pun aku dok hasut.. ala apa salah share benda baikkan? member aku lagi siap 2 3 pasang dorang beli.. kalah aku yang jadi tukang hasut ni..haha


yang aku pakai kat atas ni yang paling latest aku beli.. Rayban Caravan Diamond Hard, perghh!! nampak seksi gilakan?? haha.. buat masa ni aku hold dulu beli.. ada rezeki lebih angkat lagi satu.. haha.. buat koleksi best jugakkan.. susun cantik-cantik kat dalam almari kaca, nak pakai tinggal pilih je... perrghhh!! ahahah.. so korang kalau nak beli korang tengok details kat bawak oke? jangan risau aku jamin kualiti terbaik dan korang tak akan menyesal beli.. sebab kenalan aku yang beli semua bagi respon positif.. dan korang boleh jimat banyak.. so selamat membeli!


INSTAGRAM : krbm12
WECHAT : krbm12