Thursday, December 4, 2014

Romantik Sangat Aku Rasa.

Assalamualaikum...

hari tu lepas pergi wedding member aku tu, aku ajak sorang classmate aku pergi lepak jap. biasalah kawan sekolah lama tak jumpa mesti nak lepak-lepak kejap, saje nak ngajak sembang. bonding time orang putih kata.. hehe


so sebab aku dengan member ni satu hala dia nak balik rumah, aku nak balik rumah sewa kat subang so tempat yang mahu di tuju adalah tg malim! sebenarnya aku dah lama sangat teringin nak lepak kat hitz cafe ni, cafe ni kira baru jugak la bukak maybe dalam setahun dua camtu kot. selalunya aku tengok cafe ni dari luar je, nak lepak tak berkesempatan lagi. geram je nak masuk tau, tapi sorang-sorang macam tak syok pulak.

so ni dah ada member memang terus la aku ngajak lepas sini, aku memang suka cafe-cafe camni tertutup tak semak dengan orang ramai sangat.


masuk-masuk je reaksi aku.. wow! menarik. suka-suka! hehe. time aku datang ni orang tak ramai pun so sangat la suka sebab tak perlu nak berebut dengan orang lain nak duduk meja mana, dan bole pilih meja dengan suka hatinya.he

btw pekerja-pekerja kat sini pun layanan bagus, cakap elok je sambil senyum. sejuk hati aku tengok tau.. gitew..hahaha..



antara benda yang menarik minat aku kat dalam kedai ni adalah lukisan ni. terasa kat street art sangat.hehe. lukisan tu menunjukkan kedudukan kedai kalau dari luar bangunan. lukisan menunjukkan kedudukan kedai dari luar bangunan tapi lukisan tu dorang lukis masa zaman tahun bila tah. nice sangat!


perhiasan dalam kedai ni semua ala-ala vintage, dengan background lagu english yang nyanyian akustik, pergh feeling romantik sangat tau dalam ni.. haha. lepas ni nak ajak En Buah Hati lepak sini pulak la. dah la ada aircond lagilah aku suka..hehe. demand tak?


ni makanan yang kitorang order hari tu. amek dessert jer. sebab perut dah kenyang nasi minyak pengantinkan. serius weh! ice blended dia sedap teruk member aku order ice blended coppucino, aku coklat. dua-dua sedap!!!! kek dia pun sedap.. maigoddd nak datang lagi sini..

okey yang frame-frame ni dekat bahagian depan kedai. aku nampak je terus nak tangkap gambar, pekerja kat situ siap offer nak tangkapkan gambar kami. see baguskan dorang? tengok siap ada talam lagi tampal kat dinding. aku kalau kat rumah talam buat isi lauk je. ni siap tampal kat dinding.haha 
tu member sekolah aku thanks lepak yunk! dulu time sekolah asyik gaduh je, sekarang rapat dah. haha.