Tuesday, June 28, 2016

Baju dan Makeup Tunang #EdaySuffianurul

Assalamualaikum . 
Yey seperti yang dijanjikan entry untuk baju dengan makeup tunang aku ritu. 
Kita mulakan dengan makeup dulu, sebenarya makeup aku makeup sendiri jer  hehe. Yela sebelum ni dah pergi kelaskan, so rugi la xmengaplikasikan apa yang telah dipelajari gitu.lagi pun aku dah survey awal harga biasa atas rm300 untuk makeup satu event, ni dari yang memang berpengalaman dan makeup cantik. Xkan la ko nak orang makeup muka cincai-cincai plakkan. Untuk jalan -jalan pun tak nak apatah lagi majlis istimewa camni.

So dari aku bayar kat orang beratus camtu, baik aku kuar duit tu beli barang makeup sendiri untung-untung dapat pakai banyak kalikan. Lagi aku memang suka nak mengumpul benda makeup semua ni. Untuk tunang just nak makeup simple jer, en tunang pun dia bukan jenis suka orang makeup tebal-tebal dan aku pun nak nampak natural je. Tunang je pun segan la nak over sangat.
Ha set berus makeup, gigih woi haha. Sebenarnya ada dua jenis set, kalau korang perasan satu batang hitam, satu batang coklat tapi aku gabungkan satu bekas senang nak bawak ke mana-mana just satu bekas je. Hihi. Btw dua-dua set ni aku beli dekat lazada. Serius murah dan kualiti berus tiptop, ala untuk beginner macam aku xyah la nak beli yang mahal-mahal lainlah aku amek job makeup orang, ni conteng muka sendiri je tu pon bila rajin. Tapi xmenyesal beli kat lazada! 

Majlis mula pukul 11, dalam 10.30 camtu aku dah start makeup sebab aku risau kang xmenjadi ke apa ke, yelah aku bukan pro lagi masih belajar. Tapi alhamdulillah tepat-tepat pukul 11 memang aku siap dah, siap pakai baju, shawl semua tinggal tunggu majlis mula. Kalau tang makeup aku selalu ambil masa nak lukis kening, bila tak menjadi boleh rasa nak tumbuk muka orang! Haha over. Tapi masa hari kejadian semua on point. Syukur. Nampak tak camne Allah tu permudahkan.
Gambar atas ni pakai iphone. bebetul fresh lepas makeup, ramai puji cantik aww sukanya kiterrr hehe. See natural je xnak over2 sangat. Btw mascara aku lupa nak buat lapisan kedua bhahahaha. Majlis dah habis baru ingat apa pun tak boleh. Muka aku tak la licin sangat pun ada la si jerawat penyebuk dengan parut sikit-sikit. Stress nak majlis seronok jerawat memunculkan diri, tapi biasa kat kamera memang xnampak sangat. Fuhh hehe
Ha ni barang-barang yang aku guna start dari pelembab sampai selesai makeup. barang makeup murah-murah je tapi kebanyakan semua baru sebab beli untuk pakai time majlis, gigihkan hehe dan aku jimat banyak dari upah MUA untuk makeupkan aku. Aku memang peminat silky girl, mampu milik dan kualiti pun okey, lagi-lagi untuk eye liner dengan eye brow. Eye brow tu antara terbest ah bagi aku. Eyeshadow maybelline tu memang dah lama aku nak beli tunggu wang je ada, dan sekali tu guardian tengah buat promosi perghh laju ah aku amek jimat dalam belas-belas ringgit camtu. Happy gila.

Aku memang akan beli barang makeup bila watson/guardian buat sale, time tulah masa nak berjimat ye dak? Hee. Sekarang tengah aim lipstik matte silky girl yang baru tu. Perghh terbaik warna dia, dengan matte dia. Seksi woo!!! Oh btw foundation yang aku guna tu orang kita yang jual, tu produk dia. Dan dia juga MUA terkenal, satu warna semua jenis warna kulit bole pakai jimat! Nak kongsi pun takde masalah. Tapi sekarang dia ad kuarkan yang latest yang lagi kualiti ni fb dia LBQ pi usha, selagi boleh dapat yang murah dan kualiti setanding yang harga ratus-ratus baik amek yang murah sikitkan.
Ni makeup masa dah tengahari dah peluh-peluh dah time ni sebab panas cuaca dengan panas neves hehe. Makeup still okey, foundation ni aku pakai cuaca panaa die xpecah muka masih maintain hehe

Meh cerita pasal baju pulak.
Ramai tanya baju beli kat mana, dorang berkenan cantik dorang kata. Fuh tak sia sia aku tunggu butik launching baju ni keh. Serius lah untuk baju je berbulan nak pilih, warna apalah design apalah haha. Yela majlis camni sekali seumur hidup jekan. Tapi tulah kite dah cantik-cantik en tunang tak dapat tengok depan-depan. Sobss. 

Ni IG butik yang aku pergi beli, dekat shah alam. Sekarang tengah nak launching baju untuk raya, aku tabahkan je hati untuk x membelinya. Haha

Sebenarnya baru aku perasan tak banyak gambar pose dengan baju ni. Huh! Hehe. Sebenarnya badan aku kalau beli baju ni patutnya saiz M, tapi jenis manusia tinggi lengan panjang so saiz M lengan dia agak senteng aku tak selesa. Maka dengan tabah hatinye kena ambil saiz L. Mujur beza tak jauh sangat besarnya, cuma pinggang kain longgar kena bubuh pin. Haha. Nilah punca aku tak berani beli baju online sebab tak dapat nak cuba nak belek-belek, terus pi butik dapat try baru puas hati.
Okey habis dah cerita aku pasal makeup dan baju tunang. Hehe. Ermm next entry nak story apa eh?

Thursday, June 23, 2016

#EdaySuffiannurul

Assalamualaikum.

29.mei.2016.
alhamdulillah aku selamat menjadi tunangan orang. alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar, dari awal bulan aku sangat sibuk dengan tak sihatnya mujur dah dekat majlis aku sihat dah. cuma memang badan kurus lah hehe. dia punya cuak masa dah dekat majlis tu memang ada macam-macam perasaan rasa, risau ada yang terkurang ke apa ke tapi dengan izin Allah semua dari awal sampai akhir perjalanan majlis memang sangat smooth. syukur sangat.

majlis mula pukul 11 pagi, ini pihak lelaki yang mintak sebab dorang agak jauh. memang tepat pukul 11 dorang sampai. ihihi. masa family en tunang dah sampai baru rasa extra cuak. hehe. tapi aku duduk bilik je, dengar dari celah pintu gitu hihi. mujur ada member-member so dorang buat aku rasa cool. rancangnya nak sarung cincin dalam bilik, tapi mak en tunang nak sarung kat luar dia nak orang lain tengok sekali.


yang pakai serban tu paman aku dialah wakil untuk family aku, yang lain-lain semua dari pihak belah en tunang. yang pakai cermin mata ayah en tunang, duduk atas kerusi abang en tunang yang pakai jam tu. he
ni bakal future MIL, ni kali ketiga jumpa hehe. masih segan tapi kurang sikit dah. 
kakak , tinggikan hehe. aku yang dah biasa antara yang tertinggi bila dengan member jadi kecik berdiri sebelah kakak. ehehe
my besties yang memeriahkan majlis hari tu siap tido rumah aku lagi, thanks ladies love u!
adiik beradik aku, serius dorang takde tak tahulah aku nak buat camne, banyak sangat tolong aku, lagi abang-abang aku. syukur ada adik beradik yang sudi nak tolong.
anak-anak buah, makcik dah tenggelam kat tengah. haha. dah besar-besar senang dah boleh mintak tolong.
abah, tak sempurna sebenarnya ibu takde. teringin sebenarnya nak tengok reaksi ibu bila anak dia yang sorang ni dah bertunang, anak dia yang dulu tau makan je, nak kawen dah. dari dulu lagi aku selalu bayangkan camne reaksi ibu, sibuk dia camne, sembang dengan dia pasal hal majlis ni. sembang sesuatu yang lebih serius, pendapat dia, idea dia. tapi takde rezeki aku nak rasa semua ni. nak buat camnekan. Allah sebaik perancang.
next entry aku cerita pasal baju tunang aku, hantaran dan makeup oke? hehe. muaahh. en tunang takde dalam gambar? memang takde sebab dia ada kelas masa hari kejadian.. sobsssss