Thursday, June 23, 2016

#EdaySuffiannurul

Assalamualaikum.

29.mei.2016.
alhamdulillah aku selamat menjadi tunangan orang. alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar, dari awal bulan aku sangat sibuk dengan tak sihatnya mujur dah dekat majlis aku sihat dah. cuma memang badan kurus lah hehe. dia punya cuak masa dah dekat majlis tu memang ada macam-macam perasaan rasa, risau ada yang terkurang ke apa ke tapi dengan izin Allah semua dari awal sampai akhir perjalanan majlis memang sangat smooth. syukur sangat.

majlis mula pukul 11 pagi, ini pihak lelaki yang mintak sebab dorang agak jauh. memang tepat pukul 11 dorang sampai. ihihi. masa family en tunang dah sampai baru rasa extra cuak. hehe. tapi aku duduk bilik je, dengar dari celah pintu gitu hihi. mujur ada member-member so dorang buat aku rasa cool. rancangnya nak sarung cincin dalam bilik, tapi mak en tunang nak sarung kat luar dia nak orang lain tengok sekali.


yang pakai serban tu paman aku dialah wakil untuk family aku, yang lain-lain semua dari pihak belah en tunang. yang pakai cermin mata ayah en tunang, duduk atas kerusi abang en tunang yang pakai jam tu. he
ni bakal future MIL, ni kali ketiga jumpa hehe. masih segan tapi kurang sikit dah. 
kakak , tinggikan hehe. aku yang dah biasa antara yang tertinggi bila dengan member jadi kecik berdiri sebelah kakak. ehehe
my besties yang memeriahkan majlis hari tu siap tido rumah aku lagi, thanks ladies love u!
adiik beradik aku, serius dorang takde tak tahulah aku nak buat camne, banyak sangat tolong aku, lagi abang-abang aku. syukur ada adik beradik yang sudi nak tolong.
anak-anak buah, makcik dah tenggelam kat tengah. haha. dah besar-besar senang dah boleh mintak tolong.
abah, tak sempurna sebenarnya ibu takde. teringin sebenarnya nak tengok reaksi ibu bila anak dia yang sorang ni dah bertunang, anak dia yang dulu tau makan je, nak kawen dah. dari dulu lagi aku selalu bayangkan camne reaksi ibu, sibuk dia camne, sembang dengan dia pasal hal majlis ni. sembang sesuatu yang lebih serius, pendapat dia, idea dia. tapi takde rezeki aku nak rasa semua ni. nak buat camnekan. Allah sebaik perancang.
next entry aku cerita pasal baju tunang aku, hantaran dan makeup oke? hehe. muaahh. en tunang takde dalam gambar? memang takde sebab dia ada kelas masa hari kejadian.. sobsssss




3 comments:

Amanda Suria said...

Alhamdulillahhh.... selamat bertunang adik...

Nabila Syifa said...

tahniah.. belum terlewat nk ucap

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah tahniah...