Wednesday, April 20, 2016

Umur Target Kahwin?

Assalamualaikum

tiba-tiba topik umur nak kahwin ni kuar, sebabnya topik ni keluar kat twitter pagi tadi. hehe. aku rasa semua orang ada target umur masing-masingkan? tapi tak mustahil jugak ada yang tak target pun kira tunggu jela sampai seru camtu. tapi tunggu takde usaha tak guna jugakkan? bab jodoh ni pun kena usaha jugak keh. hehe

target aku? sebelum umur 26 kira umur 25 tu macam dah paling maksimum ha camtu. sebab 26 tu macam dah tua sangat je, lagilah untuk orang perempuankan. dan target yang aku nak tu inshaAllah aku dapat. ehehe. selagi belum lafaz nikah dia tak boleh kira 100% lah target aku berjaya. hihi. tapi semua berlaku dengan izin Allah jugak, sebab semua dah Dia tentukan dari awal.

bab usaha? mestilah ada, haha. usaha untuk takle bakal jodoh supaya sukakan aku. kakakaka. dan usaha dengan penuh sabar tunggu masa diizinkan untuk bersatu yang makan banyak tahun, hal satu ni kalau aku tak sabar tak menjadi gak umur target nak kawen aku dapat ni. usaha nak kekalkan hubungan yang ada lagi, dan lagi satu usaha si dia nak halalkan perhubungan. haa nampak tak betapa pentingnya sebuah usaha.

dalam dunia ni apa-apa Allah kata kau nak apa-apa kena usahakan, ingat semua benda datang bergolek ke? kalau semua benda nak datang bergolek, sia-sia je kau hidup kat dunia ni.


okey sekarang aku tengah usaha untuk menjayakan majlis bulan 5 ni. majlis kecil dulu, yang bab ni pun macam-macam punya hal aku fikir. fuhh.. bab baju je pun makan bulan, apalah payah sangat seorang aku ni. haha. tu baju, kek? pun sama makan bulan adoi. kejap nak camni, pastu last-last camni. belum hal menghias hantaran lagi. yang ni paling aku pening dan stress sebab aku memang sangat gagal bab menghias berunsurkan bunga. sebab aku dan bunga ni kurang berjodoh camtu. haha

harap semua berjalan lancar bila tiba masanya. tak sabar sebenarnya ni. hihi. member aku pun sibuk tak sabar lagilah aku ni ha tuan badan. lagi tak sabar teruk. tinggal sebulan lebih je lagi ni. mudah mudahan.

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Nabila Syifa said...

semoga cita2 dan segala perancangan tercapai