Friday, February 12, 2016

Dinner Date With Future Family For The First Time

Assalamualaikum.

awal februari aku banyak berlaku benda best. alhamdulillah. semoga banyak lagi benda best berlaku lepas ni. dalam hidup aku atau hidup korang. amin.

rabu malam lepas aku pergi makan steamboat. hehe. nak cerita bukan pasal makan steamboat tu, nak cerita pergi makan dengan sape tu yang lagi penting dan best, hal makan no dua. hehe. aku pergi makan dengan bakal mertua dan bakal ipar-ipar hehe. dorang datang dari perak pi jalan-jalan kat SCM pastu makan kat klang, dekat dengan tempat kerja aku plak. he  yang terujanya sebab kali pertama pergi dinner dengan dorang. dan kali kedua aku jumpa family En Buah Hati, kali pertama masa time merisik bulan 12 ritu. yang kali pertama tu takyah cakaplah segan dia macam mana oi. segan teruk dan rasa macam.. arghh apa perlu aku lakukan!!!! haha 

dan kali kedua ni segan jugaklah, tapi dah tak segan macam masa merisik ritu aku dah mula selesa dengan family EBH. dorang pun layan aku baik, terasa di sayangi lebih. hehe. yang ajak dinner ni pun bakal mak mertua. aww aww. 
nampak semangat makan. haha. aku tak biasa makan steamboat sebenarnya, ni firstime makan kat kedai sebelum ni makan orang wat majlis kat rumah. nak amek apa pun tak reti. hee. duduk sebelah bakal MIL dia asik letak makanan je kat pinggan aku. haha. sampai satu tahap memang aku tak boleh telah dah kalau telan rasa nak keluar balik, memang bersulam air wat telan makanan tu maksudnya kapasiti dah tak boleh nak masuk lagi makanan dan orang sebelah kiri aku tulah aku transfer makanan. hehe.


 mak dia kata aku makan sikit, rasa macam dah banyak tak tahulah. haha. mak dia kata aku kali ni nampak berisi sikit banding time merisik hari tu. erm erm. ini semua salah EBH suruh aku makan banyak-banyak. haha. tak kisahlah janji mak mertua sayang. lalalala

seronok aku tengok parents dia makan, lepas ni cari steamboat best-best bawak dorang pergi pulak. hehe. dah lama tak makan dengan family kat kedai macam ni. rasa macam dah 4/5 tahun kot, ke lebih seronok bonding time camni, aku suka. tapi bila dengan family EBH rasa pelik sikit sebab aku dah biasa family ramai dengan anak-anak buahnya, tapi kuar dengan family EBH tu jela. parents dia, kakak dan abang rasa macam ada yang tak datang, walhal memang tu jela. haha. 2 3 4 tahun nanti ramailah, tahun ni tambah sorang. kiki. :P
ni kakak dengan abang EBH, sori la kakak gambar ni je ada. adik akak yang snap tah pape. hehe. first time ni muka dorang masuk blog haha. lepas ni banyak la.
masa nak balik tu rasa macam nak ikot dorang je balik hutan melintang, sabar yatt sabar tak lama je lagi. gedikkan. kitorang datang asing-asing, jumpa kat masjid pastu abang dia dari shah alam jumpa kat kedai. masa nak balik tu mak dia soh tunggu aku gerak dulu baru dorang gerak. aww so suweetnyeeee. satunya dah la aku tak tahu dorang tunggu, aku gerak lambat sikit sebab tunggu waze lembab. erm erm, terasa di sayangi lagi. hehe.

thanks semua, thank mak ajak makan, thanks kakak belanja. thanks abang yang serius, thanks ayah geng tak makan sayur. hehe, thanks EBH untuk usaha awak. sayang semua!

ada rezeki nurul belanja pulak okey :*




p/s: masa tengok mak gelak-gelak seronok dapat makan steamboat sedap terbayang ibu, harap aku boleh tumpang kasih sayang dekat mak :)

2 comments:

Suriaamanda said...

Wah...seronok la kan..best bila kehadiran kita diterima kan...

Nabila Syifa said...

wah..untunglahh