Sunday, February 7, 2016

Tanda Cinta Suffian Buat Nurul

Assalamualaikum.

semalam dating dengan En Buah Hati sebab nak pergi cari cincin, nak pergi survey apa yang perlu untuk majlis kami nanti. hehe tak sangka dulu kalau dating pergi tengok wayang, jalan-jalan dalam mall. makan-makan, sembang-sembang. sekarang dating versi serius. haha takde la serius apa pun serius pergi cari barang hantaran. dan semalam dating sebab nak cari cincin tunang dengan nikah.

memula ingat aku nak pergi tempat dia, last-last tempat aku jugak, camne dah memasing duduk jauh jumpalah tengah-tengah. bertahun kawan camnilah kami besenya, tak EBH turun tempat aku, aku turun tempat dia, tapi dia la yang selalu turun tempat aku. bila banyak benda penting nak settle sama-sama dia macam susah sikitlah bila duduk jauh memasing nikan. takpe yang penting dah kawen nanti tak jejauh dah. heee.


cari cincin kat tg malim. mujur tanya kawan aku kedai emas mana, haha walaupun duduk sini dah bertahun tak pergi kedai emas kot. last 5,6 tahun yang lepas kot. tu pon sebab beli gelang dengan arwah ibu. barang-barang kemas ni bukan aku jenis beria sangat pun nak ada sebab mahal kot satu, dan tak minat sangat pon yang aku pakai rantai tu pun arwah ibu punya buah rantai je aku punya memang dari kecik pakai, gelang yang beli pakai time raya je. takot nak meriah sangat, Malaysia ni bukan aman sangat pon.

dan kali ni masuk kedai emas dengan bakal suami kitewww. hehehe. memula ingat nak beli cincin tunang je dulu, last-last beli nikah punya sekali. sebab senang sekali terus je beli, tunang punya aku pilih sendiri design dia sebab EBH kata tunang punya dia macam tak reti sangat nak pilih mana yang cantik, yang nikah dia pilih pastu aku tengok aku suka ke tak. tak sangka dia pandai pilih, dia pun tak sangka diri sendiri pandai pilih bab barang kemas ni. hee. mujur minat kami lebih kurang so takde lah gaduh nak pilih design. aku memang nak pilih sama-sama dengan apa yang dia suka, walaupun awalnya dia cakap pilih yang mana aku suka dia ikot je, tapi aku ajak pilih sama. memanglah aku yang pakai, tapi aku nak dia suka tengok aku pakai.

dan aku suka gilaa. berapa kali tah aku ulang pakai, belek-belek. bising EBH haha. siap sorok cincin tu, dia kata nanti kalau aku pakai je dah boring time masa betul untuk pakai nanti. haha mengarut betul. kalau dah suka takdenye nak bosanlah.

thanks buat saya happy sampai nangis kat kedai emas tu. mujur takde orang. haha. tak sangka ada orang yang sanggup wat camni kat aku. selalu cuba wat aku gembira... 

2 comments:

Myra Azraff said...

waahhh bestnya dinner sesama future family hihik

A Girl Like You said...

Salam...blogwalking here :) seronok baca your post sampai lah post ni :) anyway congratz and selamat berbahagia! ;)))) best sgt buat wedding prep!