Tuesday, April 23, 2013

Gegomol Buku!

Assalamualaikum..

aku rasa korang mesti dah tahu yang pesta buku akan muncul tak lama lagi.. dan mesti ada antara korang yang akan pergikan?? begitu juga aku.. pergi ke pesta buku merupakan antara aktiviti wajib aku setiap tahun..

untuk tahun ni aku pergi 27.4 nie.. siapa yang pergi time sama dengan aku ni.. jum dedating..hahha.. sebab buat masa ni aku just janji dengan seorang ni je nak pergi.. dan merupakan kali pertama nak jumpa.. malunya saya! haha..orang tu ARA pi la tengok blog malatop kebabom die tu..haha..

aku dah siap list buku nak beli.. novel la yang banyak..hahaha.. maklumlah aku hantu novel.. dah lama tak beli novel ni.. tengok la berapa banyak aku hangkut novel nanti.. rak buku kat rumah ni dah tak muat sebenarnya..ahha



owh ye..dan satu perkara yang aku nak adalah jumpa penulis novel febret aku.. SITI NUR DHUHA...tapi!!!! SND ada hari sabtu 4 mei.. gila sedih.. aku pergi 27 april..huwaaaa...!! tahun lepas SND tak dapat hadir sebab mak beliau sakit, gigih tau aku bawak novel penulisan beliau dari rumah..tapi takde rezeki nak jumpa..sedihnya....!! tahun ni pun sama takde rezeki..hurmmm.. so aku minta tolong member aku untuk dapatkan tandatangan beliau sebab member aku pergi 4 mei tu.. MUS tolong aku woi!!

tapi walaupun SND takde..tapi HASRUDI JAWAWI ada! hikhik.. hepy sikit dah.. sebab aku baca novel beliau jugak.. dan novel beliau semua best-best okey.. tak caya pergi baca! so akan dapatkan tandatangan beliau!! 

tapi..tapi.. ada satu part yang buat aku emo! (tengah emo la ni) novel yang aku nak bawak time pergi pesta buku nanti kat anak buah aku pulak.. adoy...!! camne aku nak dapatkan tandatangan atas novel tu..benda bukan senang nak jumpa penulis-penulis ni..stressnya gua..stress!! DYZA AINUN pun ada 27 april tu.. novel beliau aku baca gak..tajuk saat mata berbicara.. cerita super best! tapi novel ni pun kat anak buah aku..adoyy! takde rezeki betul.. sedih!!

nak dapatkan novel tu dalam masa terdekat bukan sesuatu yang mudah kot..hurmmmm!!

so korang yang nak tahu siapa penulis yang ada masa korang pergi.. korang boleh tengok gambar dekat atas keh.. 


p/s: emo tak habis lagi ni!