Sunday, November 28, 2010

Mula bosan


Aku dah mula busan dengan keadaan hidup aku sekarang, segalanya semakin hambar, tak seperti mula-mula aku jejakkan kaki aku ke sini..aku pun tidak tahu puncanya, adakah diri aku sendiri? ntah la mungkin..atau aku yang rasa sendiri begini..dan baru aku sedari, yang diri aku tak kuat seperti yang aku sangkakan..kalau aku tak kuat macam mana aku nk bantu orang lain, aku rasa ujian yang Allah bagi dekat aku terlalu kecil, tapi aku mudah sangat nak mengalah..ya Allah, berdosanya aku rasakan..sedihnya hati ni bila fikirkan balik, sedih sangat-sangat sebenarnya..bertambah pula dengan situasi sekarang yang tak berapa nak baik, kadang-kadang aku buntu, apa yang perlu aku lakukan lagi untuk sama-sama mendapat kebaikan..aku terfikir, buat apa aku nak risaukan sangat perkara ni, tapi tak boleh..kerana akan tempias keburukannya dekat aku, sebab kita sama-sama manusia kena ingat mengingati..tapi manusia yang diingatkan tetap melakukan perkara yang sama bagaimana??dan semakin teruk, tu yang aku katakan aku tak kuat, tak sanggup nak hadapi semua ni lagi..tapi kene cuba gagahkan lagi diri ni..kadang-kadang, sampai aku rasa orang mudah nak pijak aku, adakah sebab aku ni tak tegas?? aku tak pasti, aku rasa tak nak melalui sabtu ahad dekat sini, sebab sangat membosankan, dan boleh membuatkan aku naik gila, berada dikelas je yang boleh membuatkan aku tak fikirkan semua ni, aku rasa tenang,..keadaan yang sama macam aku tingkatan enam dulu, berada di sekolah lebih baik, dari aku berada dekat asrama..sekarang aku nak mencari balik kekuatan aku yang semakin hilang ni, takut hilang semuanya..kuatkan balik diri untuk membantu diri sendiri dan orang lain, insyaAllah aku cuba..


p/s: bersyukur kerana ada yang masih disisi..
-teringat lagu senyum yang kawan aku bagi, sukar untuk senyum keseluruhan..hanya luaran tapi tidak dalaman..

4 comments:

Fakhrur Razi berkata said...

huhu tabahkan diri anda ;D
byk2 bersabar inshaAllah dpt melepasi ujian Allah dgn berkatNya

nurul said...

baek la..tngah cuba tabahkan dri..huhu..
mudah2han..aminn..

farysa_snhm152 said...

sabaq na yatie...
cdey ak bce cter ang ne...
xmaw cam 2...
hmmm...kuatkan diri,cekalkan aty n tabahkan jiwe...
yatie bleh...chaiyok3!!!!!!!

nurul said...

baik la sahabatku....
ak kuatkn diri.tQ support...
syg kamu ketat2..