Wednesday, May 7, 2014

Selamat Ulangtahun Cinta SUFI♥YATT

Assalamualaikum..

tiada kata lain yang mahu diucapkan.. bahagia dan bersyukur.. hari ni hari ulangtahun ketiga kami dalam alam bercinta gitew.. nampak macam poyo nak sambut atau nak cerita pasal ulangtahun bercintakan? tapi benda ni yang buat aku bahagia, terus semangat dan kuat untuk menghadapi dugaan dalam pelbagai hal.. jika panjang jodoh, ulangtahun lain yang kami akan sambut bersama inshaAllah.. ulangtahun yang lebih bermakna.. amin...

en buah hati ada bagi hadiah, tapi dia bagi awal atas sebab yang tertentu.. hari jumaat minggu lepas aku dah dapat hadiah ni.. dan, hari ni aku baru boleh bukak! tahu tak perasaan nak tunggu masa yang lama untuk bukak satu-satu hadiah.. pergh menduga kesabaran betul! aku letak hadiah ni kat hujung-hujung katil, kononnya tak nampak la.. tahan tangan je nak membukaknya, ada satu time geram sangat aku angkat skit penutupnya konon buat puas hatila..tapi idoknya, sebab tak nampak isinya pun..haha..

tengok siap ada surat tulis valid date lagi hokeyy! memang menguji ketabahan hati sangat! haha.. dan hari ni, kesabaran tersebut akhirnya berbaloi-baloi.. tahu dah isi kotak yang membuatkan diri ini geram setiap hari nak tahu apa isinya.. isi didalamnya adalah!


kotak yang penuh dengan coklat!!!!!!! OMGeeeeeeeeeeeeee!! aku memang seorang penggemar coklat, sebab tu en buah ati bagi hadiah coklat yang macam-macam.. ada 14 jenis semua.. first time orang bagi coklat banyak gila macam ni.. mahu berbulan nak habis ni.. hehe.. sumpah aku suka gila, terharu tak tahu nak cakap camne.. sengih lebar aku aku tengok hadiah ni.. en buah ati asik say sori dia kata hadiah tak okey, tak okey apa camni.. okey sangat tahu! actually aku tak kisah pun hadiah macam mana pun, apa yang dia bagi aku suka! cuma dia risau aku ni ada sikit complicatednya..haha..




dan terselit didalam celahan coklat ada sekeping sampul surat cinta..hehe.. senyum lebar aku, dari bukak hadiah sampai baca surat.. sampai sekarang.. over kau.. haha.. nangis bahagia aku malam bukak hadiah ni.. rasa bahagia sangat.. rasa syukur sangat, sebab Allah bagi aku pinjam seorang buah hati yang sangat-sangat terbaik untuk aku.. harap hubungan kami akan terus ke hubungan yang halal di sisiNya.. semoga apa yang dirancang dipermudahkan bagi kami.. 

tiga tahun kalau diikutkan adalah jangka masa yang lama, tapi bagi aku sekejap sangat.. macam baru je kami berkenalan, bercinta.. masih segar di dalam ingatan saat-saat itu.. tak sangka tiga tahun dah rupanya aku dengan dia.. tak pernah bosan, sentiasa gembira dan aku harap tak akan pernah bosan.. terima kasih untuk setiap moment indah dalam internal memori saya.. i love u so much! moga Allah perkenankan doa kita.. amin..amin..amin..


p/s :tengah makan coklat sambil menaip entry :)

10 comments:

Hunny Kitty said...

blogwalking from grup produk review n follow u

cik abbit said...

bestnyaaaaaaaaaaa

ria said...

blogwalking from produk review n done follow u :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi best dpt coklat byk2..

CikLily Putih said...

terbaek tuh, banyak sungguh coklat. kalau k lily ni sekejapan boleh abis dibuatnya..

Norain Yusoff said...

selamat ulang tahun.. :) sweet jek macam cokelat..

http://www.norainyusoff.com

Nuriesya Nadia said...

Ehem ehem , selamat ulang tahun Yatt. Nah sambil makan cekelat tu. Meh jawab soalan soalan kat sini :

http://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-mamaniza.html

Scha Nazri said...

Wahhh, bahagianyaaa. Jeles sangat nii. Hehe. Tahniah dear. Kahwin jangan lupa jemput taw yatt! :)

A Girl Like You said...

so cute!!!

Nur Hamizah said...

Kak yatt ! Dah expired la coklat tu. Kena bagi miza ni. Ekekekke :P Wekkkk. Hahaha. Semoga Allah jodohkan kak yatt dengan encik buah hati kak yatt ^_^