Tuesday, April 29, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum..

kali ni nak cerita kisah pesta buku yang berjaya aku jejaki untuk kesekian kalinya..26.42014 hari tu aku pergi tapi baru hari ni aku nak update.. tapi takpe pesta buku masih berlangsung hingga 4.5.2014.. so sesiapa yang belum lagi pergi boleh la pergi sebelum terlambat..

pesta buku ni tempat wajib pergi setiap tahun lagi-lagi ada dapat baucar buku free, rugi lakan ada baucar tapi tak pergi..hehe.. akulah orang paling bahagia dapat beli buku banyak.. pesta buku kali ni aku pecah rekod bagi aku sebab aku sampai awal gila, sebelum pukul 10 aku dah sampai walhal booth bukak pukul 10.. haha.. tapi pukul 10 tu orang dah ramai okeeyy.. tapi ramai-ramai pun masih tak berlaga bahulah kalau berjalan, masih ada ruang lagi kalau kau nak golek-golek atas lantai..gitu..


nampak tak bila sampai awal , kelebihannya kau boleh selca sepuas hati tanpa ada orang lain nak ganggu..haha.. booth jelajah lejen fixi adalah booth pertama yang aku jejak.. sampai-sampai aku terus cari kat mana booth ni walaupun kaunter belum bukak lagi.. kira macam persediaan awal gitu..haha.. teruja aku ni tak tahulah nak cakap camne..hihi.. paling seronok datang awal, kau boleh berlegar-legar ikut sukati dengan rasa lapang hati, sebab tak yah nak berebut dengan orang lain.. belek buku pun seronok satu-satu.. 

disebabkan aku sampai awal, aku borong la buku sorang-sorang.. member lain semua lambat.. baik aku borong dulu sebelum orang ramaikan, nanti member dah sampai teman pulak dorang..tapi time dorang sampai orang dah ramai gila.. bersesak la.. time tu aku duduk tepi sambil memerhati..haha..



budak ni, sampai-sampai terus ajak bergambar.. bukan ajak pergi beli buku.. haha..tengok kat tangan aku dan berkilo buku aku beli.. dalam beg sandang tak kira lagi berapa..sakit bahu kot!


tunggu punya tunggu sampai semue member aku.. teman dorang beli buku yang dorang nak, lepas tu kitorang terus pergi kl sentral solat dan makan.. buku dah dapat, perut kenelah isi jugakkan.. kitorang lepak kat KR.. time ni masing-masing dah kebulur..haha.. geng Hot Ladies.. kami hanya berlima yang lain jauh tak dapat join.. berjam kitorang lepak kat sini, menyembang tak tengok kiri-kanan dah.. kitorang buat KR dah macam kedai mamak..kau mampu? ahhaha.. lagi satunya sebab tak ramai orang pun makan kat situ, kl sentral manalah nak sesak sangatkan so seronok sangat la kami menyembang lepas rindu berminggu dah tak jumpakan..


ni buku-buku yang berjaya aku kaut, rm250 baucar aku pakai beli semua ni.. seronok sangat dapat buku baru! buku resepi itu wajib, walaupun boleh search internet nak cari resepi yang kite nak, tapi ada buku ni rasa dia lain sikit.. sekarang rak buku aku dah penuh gila..ahah..adoy pening nak susun camne buku ni..


antara moment best lain adalah dapat otograp penulis buku yang aku beli.. ni dengan aisa linglung.. dan juga merupakan founder lejen press.. tabik! beliau sangat sporting okey.. berebut orang mintak otograp.. aku bukan mintak otograp je, mintak ajak gegambar lagi.. hihi


ni pulak dengan ehsan el bakri.. gaya dia macam pemalu-pemalu je.. ke perasaan aku je? ahaha..


 dan yang terakhir.. dengan chef Hanieliza, kemain tau aku panggil beliau chef, tapi beliau elok bahasakan diri acik je kat kitorang.. best sembang dengan beliau, peramah.. macam mak-mak sangat bercerita.. kira aku rasa selesa dengan beliau..

eceli ada testimoni masak-masak, tapi aku tak sempat rasa sebab pergi teman member beli buku.. ah yang penting dapat otograp dan jumpa beliau, mana tau dapat berkat pro masak ke akukan..hehe.. amin..



p/s: katanya 1 mei ni katanya baucar dah tak boleh beli novel, just buku ilmiah je.. tak pasti betul ke tak, tapi sesapa yang nak beli novel tu pergi cepat beli.. kang menyesal tiada guna kang.

3 comments:

Mysara Ab Rahman said...

mai g sbtu mggu lpas...mmg acara wajib tiap thun!

_aliahwafa_ said...

lah ye keeee? patut la semalam pergi mph habis pencil novel semua tak boleh beliii. sedihnyaaa baucer ada algi 150 taktau nak buat apa T_T

Ezy Loy said...

uwaaaaa jelesnyeeeee..
jaoh la nk pegiiii..
sobsobsobsss