Sunday, April 12, 2015

#BloggerTalk | 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Anda

Assalamualaikum


okey aku baru nak taip topik blogger talk minggu ni, sebabnya lambat nak taip adalah topik yang menang undian minggu ni susah bagi aku sebab aku tak reti nak cerita apa yang best kat negeri aku. haha sebabnya aku ni bukan selalu pun ke sana ke sini, tak jumpa yang bebetul menarik. entah halangannya banyak sangat. so tak reti nak cerita apa yang menarik kat negeri aku. so aku cerita jela apa yang aku rasa menarik kah!

1. Shopping Mall
 selangor memang banyak gila shopping mall, kat semua tempat ada je walaupun tak besar mana dan tak terlalu terkenal macam Sunway Pyramid, IOI Mall, The Curve. kalau duduk area subang/ damansara tu aku rasa lebih tiga mall ada. salah satunya mall kat selangor ni parking murah bukan macam kl. adoi bayar parking boleh buat makan 3 4 hari. huh. sebab tu aku lebih suka naik kenderaan awam je nak ke sana.
 dalam banyak-banyak mall The Mines salah satu mall yang aku hafal setiap pelosok kat dalamnya. satunya sebab kecik je, satunya sebab selalu pergi. dulu la time belajar dekat KUIS sekarang takde dah jauh dah. ah rindu Mines. sobs

2. Makanan
yang ni memang tak dapat la nak di sangkal. memang kaya dengan makanan pergilah mana nak pergi macam jenis makanan ada. tepi jalan pun ada. kira kalau kempunan nak makan tu tak yah la susah nak cari. ah aku teringin char kuew tiaw ni!

3. Sekeping Serendah
pernah dengar sekeping serendah? aku tahun lepas baru tahu. dan tempat ni sangatlah dekat dengan rumah aku oii! dan aku baru tahu kewujudannya. teruk betul. nampak sangat aku ni memang tak berjalan sangat orangnye.. hmmm so sad. dah keje nanti kumpul duit aku nak pi bercuti sana sini!! sekeping serendah ni sangat sesuai dengan orang yang pencinta alam. aku nak cerita details tak pernah pergi. tapi ada rezeki aku nak pergi gak nanti. tengok gambar nampak sangat tenang. bagusnya boleh pergi sekarang sebab stress.


4. Taman Tema
antara taman tema yang ada kat selangor Sunway Lagoon, Wet World, Gold Coast Morib. ni jelah yang aku tau. syoknya main air. aku suka main air ni. tapi lebih suka dengan pantai. ah tekanan pulak cerita tempat-tempat best ni.haha sebab aku tak pernah pergi pun.

5. Tempat Perkelahan
oh my! aku suka mandi sungai jugakkk. last pergi mandi sungai dengan kawan-kawan sekolah, kitorang pergi mandi sungai dekat ulu yam. aku lupa sungai apa. mandi sungai, sambil berkelah makan-makan pergh feeling dia lain macam woi! dengan kawan kolej kitorang pergi program dekat sg pisang time tu mandi camtu-camtu je tak puas. nak pegi lagiiii.. walhal banyak sungai-sungai dekat dengan area rumah aku tapi tak berkesempatan nak pergi. ah semua tak berkesempatan benci! so orang selangor nak pergi mandi sungai boleh la try antaranya sungai pertak, sungai tekala, air terjun sungai gabai, sungai congkak.


p/s: nak blogwalking jap. tak sempat lagi menerjah mereka

6 comments:

alongxp dotcom said...

tak sempat ar nak buat blogger talk ni... Tu yg xberani nk bersuara dlm group... Hehehe

cik pjaz said...

kalau datang sni..mines la port best nak lepak2 :D

Syafik Kamaluddin said...

sekeping serendah tu xpnah dgr, tp bila view dia punye website ...pehhhh... rasa macam bebas, rasa nak bercuti sorang2 kat situ selama seminggu. hahaa

Papaglamz said...

Hohoho.. Sekeping serendang? Rare sungguh. 6 tahun d s'gor x pnah dgr pon...

INTAN PASTORE said...

selangor di hatiku gituww hahaha

wahida said...

sekeping serendah? serius baru tahu...