Saturday, April 18, 2015

Tips : Cara Yatt Balut Buku

Assalamualaikum.

entry kali ni saje nak share camne cara aku balut buku. balut buku memang satu benda yang simple tapi aku yakin mesti tiap orang ada cara balut tersendiri macam balut hadiah jugak lakan.

aku pencinta buku, so akan sayang gila dengan buku-buku aku. lebih lagi novel-novel. so nak bagi dia terjaga elok adalah dengan membalutya, baca dengan cermat dan macam-macam lagilah. haha
ni bahan-bahan yang aku guna biasalah bahan asas, pisau tu berguna untuk pengakhiran step. paling penting untuk balut buku adalah pemilihan jenis plastik pembalut. aku tak pernah balut buku pakai pembalut segera sebab dari sekolah rendah dah dididik untuk balut sendiri buku-buku teks aku, dan sebab tu aku tahu balut buku dengan cara yang lagi kemas. pergh ni ayat puji diri sendiri. haha.

tapi jangan terkejut ada juga orang yang tak reti balut buku. sebab banyak kali dahh aku jumpa orang camni, haha puncanya adalah dah terbiasa menggunakan pembalut buku segera. okey kembali kepada jenis plastik pembalut, memang macam-macam jenis ada nipis, tebal, sederhana tebal, jenis yang terlalu lembut dan jenis yang kasar.
okey ni jenis pembalut kegemaran aku. dia tak tebal sangat dan tak nipis, yang nipis ni biasanya jenis yang macam plastik balut hamper tu. aku tak suka sebab dia sangat mudah koyak, satunya aku suka buku yang aku balut, nampak tegang dan licin je so plastik tu kalau tegang sangat mudah koyak. pernah masa sekolah balut buku teks pastu koyak ngamuk taknak balut dah terus suruh ibu sambung balut. hahaha.

lagi satunya jenis yang ini senang di bentuk, macam kita dah lipat kita tekan dia akan senang berbentuk garisan so  lagi senang nak balut. tapi sebenarnya jenis yang kasar tu lagi senang balut, tapi aku tak suka buku aku nampak kelabu.
lepas dah potong ikot kesesuaian saiz buku tu, aku akan seletip kan sebelah kulit buku dulu supaya dia tak lari-lari time nak kemaskan lipatan dan tegangkan plastik pembalut.
aku akan seletipkan yang belah tengah dulu sebab nak bagi die centre time kita kemas-kemaskan pembalut, dah kemas baru aku akan seletipkan kulit buku yang lagi sebelah dan tetap di lekatkan di posisi yang sama (tengah).
lepas dah seletipkan belah tengah. kemas-kemaskan lagi balutan seletip pulak bahagian hujung. time seletip tu jangan kangkangkan kulit buku luas-luas takut nanti lari kemasan dia.
so bila dah seletip yang hujung tu, baru buat lipatan kat bucu buku. lipat kemas-kemas dan seletipkan dengan kemas. tapi sebelum lipat tu pastikan la potong pembalut kat bahagian tulang buku kang tak boleh pulak nak melipatkan. time potong tu pun pastikan sama baris dengan garisan tulang buku barulah jadi kemas! jangan senget-senget pulak ye.
gambar kat atas nilah lebihan plastik yang kita potong kat bahagian tulang buku sebelum nak lipat pembalut. ada jenis orang dia suka lipat lebihan ni ke bahagian dalam buku. aku pernah buat tapi dia nanti lama-lama mudah membuatkan pembalut tu koyak, dan jadi tak cantik. so lebih baik kita buang terus keh. dengan menggunakan pisau! bukan gunting sebab gunting susah nak potong dengan kemas. menggunakan pisau adalah lebih baik. terpotong licin, halus, mulus je nanti.hihi.
dan yang paling last! cara aku. tak tahulah ada orang buat tak macam ni. hahhaa.. tindihkan buku yang baru dibalut bawah bantal supaya lagi tengang dan kemas balutan buku tu, bagi hilang kembung-kembung atau garisan plastik. lagi berat lagi better. korang buat tindih time tidur pun okey, tapi yang tidur lasak teruk tu better dielakkanlah ye kang jahanam buku.. haha. serius keh aku buat menjadi. lagi menjadi dari tindih dengan buku banyak-banyak.

biasa sehari dah okey dah, kalau tak okey buat sampai okey lah! haha. lepas tu baru susun kat rak dan makin lama, balutan tersebut akan makin cantik dan kalau tengok sekali imbas macam tak balut pun bukunya. yang ni kepuasan dia lain macam wehh! haha.

okey tu je tips aku balut buku. nak try bolehlah.nanti anak-anak aku pun aku suruh balut buku sendiri. no segera-segera okey! 

1 comment:

SAMIQA ♥ said...

langkah yg atas2 tuh sama...
tapi yg last sekali sorok bawah bantal tuh takpena buat..

selalu org buat simpan duit jer.. hihihi