Tuesday, April 21, 2015

Pengeras Tudung

Assalamualaikum.

amboi pengeras, lain macam bunyinya. macam nak jumpa bomoh. haha. yela nak bomoh tudung bagi gojes de ba bom!!

aku dengan tudung bawal memang musuh haha. sebabnya sangat susah nak bentukkan kasi cantik. kasi tak gelembung-gelembung, senget benget.. kadang boleh buat hilang mood disebabkan tudung tak berbentuk cantik. aku yakin semua wanita bertudung pernah mengalami perasaan ini. haha.

masa sekolah dulu pakai lilin, lepas dah pakai tu memang kekal la kat tudung lilin tu habis jahanam tudung. so zaman sekarang ni no more lilin! kita guna fabric starch jur. aku tak ingat bila mula aku pakai benda ni, tapi masa zaman kolejlah. tudung bawal ni memang kena ikot muka baru okey kot, sebab anak buah aku pakai elok je takyah nak berlilin ke, nak sembur-sembur ke. tapi bila aku pakai apa pun tak menjadi. grr.
dan tak sangka masih ada yang tak tahu kewujudan benda ni, baru je tadi aku share kat member twitter soh pakai benda ni tok cantikkan bentuk tudung bawal. so bolehlah dia menggayakan tudung dia dengan gojes.hehe. sebenarnya bukan kat tudung bawal je boleh guna, kat shawl pon boleh tapi kena ikot jenis kainlah.

kalau tengok gambar kat atas ni ada dua jenis kiwi kleen dan easy on. mula aku pakai kiwi kleen, tapi benda ni agak susah sikit nak cari. so bila aku nak beli dan ada easy on je so aku terpaksalah beli. serius benda ni wajib ada kalau tak memang tak akan bertudung bawal la aku. 

so dua jenama ni ada perbezaan dia, dan aku lagi suka dengan easy on sebab dia tak yah sembur banyak-banyak dah okey. kiwi kena xtra sembur. dan nak guna benda ni memang kena pandai, tak boleh nak main sembur je. tudung korang boleh jadi keras kejung sebab terlebih sembur. haha. awal-awal dulu pernah lah jadi camtu, tapi lama-lama okey dah.

selain tudung bawal kat baju pun boleh guna, aku sembur kat baju untuk cantikkan garisan gosokkan. sebab aku kalau gosok baju suka line dia tajam, dan sangat tak suka bila jadi double line, rasa macam tak kemas sangat. lagi nak gosok kemeja, atau baju kurung yang jenis kain lembut. so bila sembur benda alah ni.. perghhh. tajam line tu boleh melukakan jari anda. (over)
korang tengok tudung aku, pergh angin sekuat mana pun menyerang ia tetap gagah berbentuk begitu. haha. kalau tak sembur macam cempedak benyek tudung aku tau! cuma kelemahan dia, jangan kena air atau hujan habis jahanam terus, sebab semburan ni akan hilang bila dibasuh. dan pastikan bila korang bukak tudung jangan bagi tertindih ke apa ke. kena letak atau sangkut elok-elok untuk mengekalkan bentuk gojes de ba bom die okey. kalau kat rumah boleh tinggal gosok balik je, kalau kat luar mana pulak nak cari ironkan?

okey selamat menjadi cantik gurl!


5 comments:

SAMIQA ♥ said...

Ohhh, baru ana taw... tapi law adik pakai starch nie, tak ikut bentuk muka pun... ke ada kuantiti tertentu kak ??

Syafik Kamaluddin said...

ooooo cenggitu...baru faham..lepas ni nak guna untuk stokin. #eh?
hahaha

Ezy Loy said...

pernah gne benda alah tu..

mmg best sgt sbb tudung bawal tak kelepek..

tp mls dh nk beli..

haha

Myra Azraff said...

kita dulu selaluu gunaa yang kiri tu. hehehe kekal bentuk walawei

syaz nahwah said...

Awk nak tnya kiwi cleen tu ada lagi ke dipasaran sekarang. Di kedah setahun lebih dah sy cari xda