Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Dan Keluarga.

Assalamualaikum..

hai semorang.. selamat berpuasa.. macam mana puasa korang buat masa ni? baik-baik saje? sihat?? aku alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan baik.. kesihatan pun alhamdulillah sihat-sihat saja.. 

semalam aku balik..tapi semalam tidur rumah abang aku dulu.. hari ni baru balik rumah kat kampung.. sebab abah aku duduk dengan abang.. balik minggu ni pun sebab abah selalu call tanya tak balik ke.. sejak arwah ibu meninggal paling jarak abah tak call aku pun dua hari kalau tak silap aku.. bila abah dah kol tanya tak balik ke.. mestilah tak sampai hati kalau tak balikkan..

semalam pun sampai-sampai je.. salam abah.. cium tangan semua.. dia yang nangis.. rindu ke aku sangat letew.. lepas ni dah cuti raya nanti baru aku balik kot.. kerja banyak sangat sem ni.. 


hari ni balik rumah kat kampung.. lain rasa balik kali ni.. selalu kat rumah ada je ibu.. ni ibu dah takde memang lain rasa dia.. kosong.. bila rumah takde orang duduk, memang bersepah sikit la.. aku sampai-sampai terus menyapu.. mengemas mana yang bersepah..membasuh.. mengemop.. sakit mata tengok.. kalau ibu ada memang rumah sentiasa berjaga.. bila dah bersih baru sedap sikit mata melihat.. aku pun jenis tak suka bersepah ni..


dan berbuka puasa hari kedua dengan family hari ni meriah jugak.. alhamdulillah.. makanan pun macam-macam.. memang makan puas-puas la aku.. sebab balik kolej nanti tak dapat makan banyak camni.. makan simple je.. kalau berbuka air masak dengan kuih-kuih je.. sahur pun simple je.. nak masak best-best pun takut tak terhabis.. lagi ada member sorang tu tengah diet.. memang tak syok sangat nak masak macam-macam.. member diet tereffect diri sendiri diet jugak.hehe.. lepas tu tinggal tulang belaka jela aku..

papepun kami gembira kumpul sama-sama.. walaupun kekurangan seorang wanita yang aku cinta.. tak dapat lagi nak request makanan febret aku.. kalau dulu memang request je keje aku.. makanan ibukan sapa tak suka.. hmm..rindu masakan ibu...



10 comments:

LaLa mhdnor said...

meriahnya, lala berbuka simple jugak sebab 4 org je tinggal. adik2 semua dok hostel :)

aniswany lazim said...

yattt...mkn jgn diet.nt tggal tulang kena kejar anjing plak..hikhik

hugs!!

E'in said...

salam ramadhan yatt.. rindu kat ibu, sedekahkan alfatihah ye..

CintaZulaikha said...

salam ramadhan dik...:)

Mizz ErMa said...

yela..misti laen benar terasa kan sambut ramadhan tanpa ibu di sisi..semoga cik yatt sekeluarga tabah menghadapi ujian nie..=')

Puan Ezy said...

sgt2 meriah..
best dpt berbuke ramai2..

iAmCekbolat said...

hmm takdapat bolat bayangkan hidup tanpa mama . kat kolej tiap tiap hari mama call . x penah miss . kalau miss mesti salah sorg merajuk . hahaha

al fatihah buat ibu kak yat .

khairul hassan said...

salam Ramadhan dr abg ..tabahkan hati ok


jom layan Uptown Tmn Selat Butterworth.http://www.gilamodified.com/2013/07/audioshow-uptown-taman-selat.html

Fatin Hanani said...

Selamat berpuasa yatt..:)
Tabahkan hati yatt ya.

Ni blog baru Fatin tau yatt.Blog lama dah xboleh guna :)

Ara Afiq said...

sebak pulak ara baca entry yatt ni. be strong my dear.

al-fatihah.