Friday, December 24, 2010

Gila Korea

dah lama gak la aku tak layan cerita korea, sebab tak tau nak tengok cerita ape, selalunya ada orang suggest dekat aku baru aku tengok, sebab takut jalan cerita tak best pulak buang masa je nak tengok..last cerita yang aku tengok Personal Taste, okey kali nie aku layan cerita He's Beautiful..ramai yang cakap cerita ni best, termasuk pensyarah aku..sebab dia pun peminat cerita korea gak..bila dah semua orang cakap best, mesti la aku nak tengok an..rugi lak bile tak tengok lagi..haha..sekarang drama ni baru je ada dekat tv, wow! tau2 je aku memang menanti drama ni..tapi aku tak tengok dekat tv pon, camne la nak dapat tv dekat kolej nikan..so aku copy dari member aku, tengok dekat lappy aku je..sekarang aku baru sampai episod 5..lama betul nak habeskan..hihi..serius cerita ni memang best, kalau korang tengok dengan aku jangan cakap aku gila lak, sebab aku akan gelak dengan bersemangat bila dapat tengok cerita korea yang best camni..hahaha..sapa yang belum tengok. jum kita tengok sama-sama..

aku tak letak gambar heroin, sebab aku tak suka..ngee

hero drama ni, serius cool..walaupun muka agak kerek..

lee hong ki yang sangat shomell!! kadang2 gelabah lebeh..hihi.

ni aku tak kenal, watak dia sangat la baik..lelaki sejati ni..hehe

p/s: layan ost He's Beautiful..lalalala

Monday, December 20, 2010

kawan-kawan IPT aku...

erm..cepat betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik..dah nak habis sem aku rupanya, rasa baru je daftar minggu lepas, baru je nak kenal-kenal dengan kawan-kawan..tak sangka masa cepat berlalu, tak puas duduk belajar dalam kelas sama-sama, gelak sama-sama, buat kerja sama-sama..indahnya..tiba-tiba aku terlintas takut lepas ni takde peluang macam ni lagi, harap-harap ada lakan..sekarang lagi berapa minggu je aku nak final, cuak beb..huhu..insyaAllah kita sama-sama berjaya eh kawan-kawan..seronok sangat time nie, dapat kumpul ramai-ramai, tangkap gambar sama-sama..bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni, maklum la semua sibuk, kalah perdana menteri..hahahaha..nasib la kita ni tak ramai, lagi seronok macam nie, sebab boleh rapat dengan semua..kalau ramai-ramai sangat, tah la macam tak best..apa-apa pun kita kawan sampai bila-bila eh..

clAssmate (masscom)

asasi sem1 2010/2011

p/s: sayang korang semua..mmuahh!!

Saturday, December 18, 2010

Rapunzel

akhirnya dapat gak aku tengok kartun ni, setelah sekian lama mengidam..haha..walaupun aku tak dapat tengok kat skrin besar at pawagam just tengok dekat skrin lappy aku pun dah cukup baik..terima kasih banyak2 at member aku walid, kalau tak tah bila aku dapat tengok cite ni..xcited gile bila dia kata ade muvie ni, macam menang duit satu juta pulak..haha..terlebey suda..sape yang belum tengok, tengok la..shomell jew semua karakter dalam cite ni, tak sah kalau tak gelak time tengok, kuda yang nakal, binatang yang atas kepala rapunzel yang shomell, hero yang tak berapa nak hero..haha..dan rambut rapunzel yang chantek..tapi last2 rambut die pendek, kat situ macam kecewa sikit la..huhu, tapi nak wat camne an, dah jalan cerita macam tu, kenelah trima juga.huhu..apa-apa pun macam biasalah akhir cerita, komfem2 la bahagiakan,,tau da..hehehehe..

p/s: sangat2 eppy, tak sabar tunggu transfomers 3..wee~~

Thursday, December 16, 2010

Perginya seorang Teman..

kenangan dengan arwah, barisan depan pakai spek..

pagi-pagi buta tengah aku sebuk buat muvie tok program asasi aku, tetiba hp aku berbunyi menandakan ada mesej masuk..mesej yang aku rasakan tiada sesiapa yang nak baca, mesejnya "salam kepada kawan2 sila sedekahkan Al fatihah untuk syukri Ali yang meninggal dunia tadi dekat jalan Tun Sambathan..sekarang dekat HKL"sebab xcident.. okey serius aku sangat terkejut, terus aku terbayang muka arwah, aku still tak percaya aku Call yien, member aku yang antar mesej tu nakkan kepastian, bila aku bercakap dengan yien, ni semua betul, aku tak bermimpi..aku memang tak mimpi, sedih.. sangat sedih..aku tak pernah ada kawan2 yang meninggal sebelum nie, sebab tu aku sukar nak percaya apa yang berlaku sekarang nie..baru rasanya dua tiga hari lepas aku nampak syuk on9 fb..menyesal tak tegur, tapi aku kena juga terima Qada dan Qadar yang Allah tetapkan, Allah sayangkan syuk, sebab tu Dia ambil arwah awal..kami sebagai teman kena redha..walaupun aku tak kenal syuk lama, tapi aku pernah belajar dengan syuk dulu sekejap, walaupun xbanyak kenangan tapi bagi aku sangat berharga kenangan yang pernah tercipta, terima kasih untuk kenangan ini..sekarang hanya doa aku dapat iringkan untuk kau syuk, semoga kau tenang di sana, berada di kalangan orang2 yang beriman..

p/s: Al-fatihah untuk arwah..30 Januari 1991- 15 Disember 2010

Tuesday, December 14, 2010

Dianugerah Award lagi..hehe

okey kali ni aku dapat award dari cik ayu pulak, sahabat-sahabat belog aku..hehe..suke, korag dah follow blog cik ayu lom? kalau belum apa lagi cepat-cepat la pergi follow ye..okey sekarang jum jawab solan pulak..

Belog CIK AYU di mata aku
aku suka yang glitter at blog die, sebab bling2..hehe..chantek2, mata aku pon naik bling2 gak..haha


kenapa aku buat style belog aku begini rupa
semestinya jawapan yang korang sendiri boleh jawabkan, tentu la sebab aku suka, kalau tak suka takkan la nak wat begini rupa betul tak??haha


sape yang aku nak kasi anugerah ini


p/s : credit tok cik bulat =)