Sunday, September 13, 2015

Bukan Aku, Tapi Kita.

Assalamualaikum.

alhamdulillah. esok aku dah mula kerja, kerja taska je. sementara belum dapat kerja yang lagi better boleh lah tambah pengalaman wat cantikkan resume gitu. hehe. 

sebenarnya kerja taska ni aku tak mohon pun adik junior aku tetiba wasap nak kerja ke tak. sebab taska mak dia memang nakkan orang untuk kerja. aku dah memang bosan duduk rumahkan, memang nak sangatlah. jumaat lepas aku pergi lah kira macam interview gitu. dan akak tu terus je terima aku sebab dia memang nak pekerjakan hehe. alhamdulillah semua okey dan berjalan lancar, dan aku dapat kerja situ.

sebenarnya petang tu aku dengan EBH ada sembang-sembang pasal hal kawen. dapat green light dari mak dia dah. hehehe. sukanya kitaaaa. so sembang-sembang pasal hal kawen apa semua, dan malamnya aku dapat wasap untuk kerja taska ni. terus dia rasa macam speechless gitu. aku anggap ni rezeki Allah untuk kami, sebab memang nak kumpul duitkan nak kawen. kalau boleh malas nak mintak-mintak kat parents ni.

serius sangat gembira dan teruja. harap aku boleh kerja dengan baik. dan budak-budak yang aku jaga ni semua behave-behave la ye. hehe. korang doakan aku jugak ye.  muahh



3 comments:

Mama Olin said...

Semoga selamat ke jinjang pelamin.

Jemput singgah

http://mamaolin.blogspot.my/2015/09/5-cara-berkesan-mengawal-luka-kencing.html?

The Kehalusan Kelembutan said...

Salam yatt.
singgah sini. Sama ngan yana, yana pun baru kerja tadika baru nak masuk 2bulan sementara je.

Selamat berjuang selamat menghadapi kerenah anak anak ! :D

E'in said...

ehem ehem.. dah bau-bau nasi minyak nie..