Monday, September 7, 2015

Movie Review : Sinister 2 | penat jantung |

Assalamualaikum.

murah betul rezeki konvo, ramai betul orang belanja aku makanlah itulah ini lah. alhamdulillah. semoga kawen nanti lebih luas rezekinya. lepas konvo ritu aku still stay kat kolej sebab nak tunggu tarikh pulang jubah lambat lagi. nak balik jauh bazir, tetiba adib wasap die nak belanja wayang. laju jela nak join orang belanja. hehe lagi pun tengah boring gila duduk hostel kolej tu sebab semua member dah balik.
so kitorang bertiga jela yang free, mujur fatin boleh join kalau tak mau la tak jadi kot. takkan aku berdua je dengan adib tengok wayang tak kot. hehe. kalau aku single mungkin ye :P

makan pun adib belanja secret recepi pulak tu, haha. dia yang nak kitorang ikot jer. siap cakap order jela apa korang nak. pergh adib pergh. haha. mujur tak tamak order banyak makan satu pinggan dah kenyang teruk. semoga murah rezeki adib. dua kali die belanja kitorang makan.
wayang kitorang pilih sinister 2, tu pun sebab takde cite best lain nak tengok. yang best lain ada aku dah tengok, ada fatin dah tengok.

meh aku cerita sikit pasal sinister 2 ni. kisah pasal satu family, mak dengan dua orang anak pindah kat satu rumah ni. dan rumah tu ada penunggu dia. hantu tu paksa dua orang budak ni tengok video yang hantu tu rakam masa dorang hidup, video dorang bunuh family dorang dengan tragis gitu. so kira macam dorang nak budak dua orang tu buat benda yang sama jugak, jadi ke tak dorang buat? korang kena lah tengok sendiri.

cerita ni tak seram pun, tapi banyak part terkejut-terkejut. memang kanak-kanak dengan ibu mengandung sangat tak sesuai tengok. hantu die tak seram langsung pun, aku yang sihat ni pun rasa penat terkejut je. rasa ni cerita yang aku rasa penat tengok, kuar wayang pening kepala. pape tah cerita. haha. yang satu aku tak ingat dah tengok belum, pengakhiran cerita ni cara macam ada yang ke 3. sebab orang belanja aku tengok la, kalau tak jangan harap bazir jer. 3/4 bintang aku bagi untuk cerita ni.
lepas wayang terus balik sebab petang tu aku nak pergi pasar. hehe. gigihkan. btw inside out aku tengok jugak dah, tapi kat online boleh tahan la cerita dia. kanak-kanak sangat sesuai tengok. kalau nak tengok kat wayang bagi yang dewasa tak yah kot.hehe

6 comments:

nor azman said...

behnya g tengok wayang..lama dah x g ini

nor azman said...

behnya g tengok wayang..lama dah x g ini

Hafiz Hafizol said...

Rindunya nak tengok wayang hahaha. Lama dah x tengok wayang nie T_T

TUAN BLOGGER AREA said...

nice blog

liana sulaiman said...

salam singggah

http://lianasulaiman96.blogspot.com/2015/09/the-shore-oceanarium-destinasi-yang.html

liana sulaiman said...

salam singggah

http://lianasulaiman96.blogspot.com/2015/09/the-shore-oceanarium-destinasi-yang.html