Wednesday, April 22, 2015

#BloggerTalk | Ciri-Ciri Pasangan Idaman

Assalamualaikum

ehem-ehem kali ni nak cerita ciri-ciri pasangan idaman weh! macam manakah ciri-ciri pasangan idaman aku?

adalah normal untuk semua manusia ada ciri-ciri pasangan yang dorang nak, sebab tu Allah ciptakan manusia ni perlbagaikan. dan kita juga disarankan memilih untuk mencari pasangan, tapi bukan TERLALU memilih okey. kalau terlalu memilih tu jangan bising pulak kau tak berpasangan sampai ke tua.
so ciri-ciri pasangan idaman aku.

1. Tinggi

aku suka lelaki tinggi, sebab bila dengan lelaki tinggi ni rasa diri ni macam cute lebih. haha. takdelah, eceli lelaki tinggi ni nampak seksi dari pandangan aku, suka bila bercakap dengan dia kita mendongak. satunya aku ni jenis suka pakai kasut tinggi kang kalau pasangan rendah makin rendah lakan. haha. dan paling penting, aku nak lahirkan baka tinggi-tinggi. HAHAHA

2. Putih
(takdelah yang lepuk-lepuk)

ramai gadis-gadis nak lelaki malaya kulit sawo matang, kerana nampak gagah perkasa. ah lelaki kulit cerah pun nampak gagah okey. haha. aku rasa macam comelnye! awww. ala lagi satu aku ni tak berkulit cerah. so nak la pasangan berkulit cerah gitew.

3. Kurus

pelik tak suka lelaki kurus? kurus yang kurus tu. haha. tapi jangan la macam aneroxia tu teruk sangat iaa. yela sebab ada orang tak percaya aku suka lelaki kurus. :P
tapi dah kawen nnt aku berisikan la dia. kang kata bini tak pandai jaga pulakkan. berisikan je ye. bukan gemok. lalala. lagi satu bila kurus muka ada bentuk cengkung sikit kat pipi.. auummm.

4. Manja

awww. suka lelaki manja, sebab aku suka melayan. tapi bukan la manja yang semua benda orang puan je kena buat. ah mengada-ngada sangat. dalam manja dia ada matangnya. ha cenggitu.

5. Penyayang
(Sayangkan Haiwan)

bila orang sayangkan haiwan ni, biasanya dia seorang yang penyayangkan. dan bila penyayang mesti dia sayang kita sayang, sayang, sayang. heee.. dan lagi satunya aku pun suka gila dengan haiwan ni. lagi-lagi kucing. kang dapat pasangan takot kucing, hmm tak bestnya. nanti dah kawen tak bole nak bela kucing dah.

tu jela aku share. share simple jer tak boleh lebih-lebih, hihi. ada banyak lagi sebenarnya, jarilah, matalah, tahi lalatlah. ha macam-macam. tapi dari ciri-ciri idaman aku ni, kalau takde kat pasangan takdelah sampai terus tak suka. kalau ada bonus tok aku, kalau takde takpe, selagi pasangan tu okey dengan aku syukur dah. tapi sebenarnya banyak aku dapat bonus ni. sebab dekat si dia banyak ciri-ciri idaman yang aku nak. hampir 90%. rezeki aku mungkin. tiga tahun aku tutup hati untuk terima lelaki dalam hidup aku, dan Allah temukan dengan seorang yang lebih baik. moga pertemuan ini kekal hingga ke syurga. inshaAllah. 

owh ye lagi satu, janganlah pertikaikan nape aku tak listkan ciri-ciri beragama, beriman apa semua ni. sebab semua benda ni aku yakin semua orang nak pasangan dia ada ciri-ciri ni. aku just share benda yang tak semua orang sama nak ada. dan sekarang aku tengah perbaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik, barulah dapat pasangan yang terbaik. apa-apa pun tetapkan dalam diri kita yang Allah adalah yang utama. 


11 comments:

Nurrul Hazieqah said...

uiiiishh, dah senarai ciri2idaman nie.. mcm tak lama lagi merasa nasi minyak jeww kak... ^^

Jgn jumpa jemput.. hihi :)

nur anis said...

semoga berkekalan ke akhirnya..:)

ezy.fia said...

dulu sblom kawen sllu impikan dpt suami tinggi..
sekali dpt kawen ngn laki yg tinggi same je ngn kite..
haha..

Unknown said...

huhu susah nak gambarkan lelaki yang macam mana sebenarnya kita nak..mesti la nak yang hampir perfect kan,,hehe
tapi tulah..wallahualam..
kang kalau den list kan satu-satu lagi demand dari ni pulak!! haha
**pangggg

amanina nasuha said...

suka yang penyayangg..awww;)

Unknown said...

ciri-ciri saya :
1.pendek
2. gelap
3. gemok
4. kerek
5. penyayang = syafik.

cisss satu je ke ? hampeh . kbai.

Hafiz Hafizol said...

saya ada kesemua ciri-ciri di ATAS...



bye

cik jannah said...

nak yang putih jeeeee

KeMBaLI™ said...

gambar sape bakal kekasih hati ker tu...heeee

Cik Ash said...

Semoga dipermudahkan bertemu pasangan idaman adik... Jodoh dan pertemuan Allah dah tentukan... inshaAllah Jodoh tu ada cuma lambat dan cepat jah...

Akma Che Oms said...

i is suka yang kulit gelap gitewww...hehehe