Monday, December 22, 2014

Masih Tak Boleh Move On

Assalamualaikum..

akhirnya hari minggu aku terisi dengan sesuatu perkara yang ohsem!!!!! sebulan lebih aku praktikal hujung minggu aku kalau tak balik kg, ada shooting. sampai sabtu ahad pun shooting aku rasa macam.. pfttt.. bayangkan kena kerja 7 hari seminggu, nak rehat pun takde masa. nak berseronok untuk diri sendiri pun takde.. bosan keh hidup camni.

tapi hujung minggu kali ni adalah super ohsem!! hihi.. mana tak ohsemnya jumpa En Buah Hati kot.. aktiviti terpaling ohsem dalam dunia.. hehe.. sebenarnya sabtu tu aku ada shooting, tapi sebab time tu je kitorang ada masa nak jumpa. memang aku cancelkan la shooting. peduli apa aku.. dah 4 bulan kot tak jumpa, kalau tak jumpa time ni memang tak tahu lagi bila bole nak jumpa. aku dah rindu teruk dah ni..

dah la pagi nak jumpa tu macam-macam hal.. oleh boleh jumpa awal jadi lambat.. sumpah bengang gilaaaaaaaaaaa!!! aku dok bebel-bebel dah, nasib EBH tetap cool.. aku dok potpet-potpet EBH boleh senyum je pandang aku, terus tak jadi sambung potpet..haha. strategi sangat. 


jumpa kali ni takde nak jalan-jalan sangat pun, takde nak tengok wayang ke apa ke. sebab aku nak lebih kepada sembang-sembang sebab berapa jam sangatlah kitorang ada masa dekat-dekat.. malam dia nak balik ipoh dah.. dia dari ipoh turun sg buloh, pastu kitorang lepak dekat setia city mall. konon baru nak main golek-golek ala hindustan sekali rumput basah, basah teruk pulak tu.. hehe..so kitorang main selfie-selfie jelah..


akhirnya dapat dah, pakai sesama kasut ni.. kalau tak sorang kat sana sorang kat sini.. suka dapat pakai sesama terasa macam suwett sangat..ahaha. gedik. cuba teka mana satu kaki aku, ofcoz yang paling shomell.. lalalala.


sebelum nak balik tu EBH belanja makan pizza! yeyyy! dah la suka kot pizza, EBH belanja pulak lagi bertambah suka tau.. dah lama tau craving, sekali dapat makan pulak dengan EBH.. rezeki sangat.. hapy sangat time tu, sangat-sangat.. dapat tengok depan mata orang kesayangan yang berbulan tak jumpa rasa bahagia dia lain macam wooooo!!!


seharian lepak sama ada je aku kena sakat dengan EBH.. geram betul, hehe.. tapi akhirnya dia yang terkena balik.. last-last time nak balik aku kenakan dia.. hehe, tak la teruk mana pun aku kenakan suprise hadiah birthday je pun.. elok dia suruh aku gerak balik dulu lepas hantar dia kat KTM terus dia xjadi kasi aku balik dulu hehe.. geram teruk dia kat aku sebab wat suprise tu.. besday dah sebulan lebih berlalu baru dan nak bagi.. tu yang dia tak sangka tu. aku pun takde dok sebut pasal hadiah kat dia.. sekali.. taraaa..hehe..

aku bagi hadiah model kereta macam kat atas tu dengan buku catatan matluthfi.. dua benda ni aku suka.. camaro ni memang fav car aku dan aku minat matluthfi.. dan rezeki sangat kereta tu tinggal satu je.. khas untuk EBH kesayangan.. nasib dia suka! aku pun suka!! ngeee.. 


tak nak kasi balik tapi akhirnya tetap jugak kena balik.. kena berpisah jauh balik.. yang tak tahu berapa bulan lagi boleh jumpa.. boleh jejalan sesama, makan sesama. sembang sesama.. humm.. tak puas keh dating, tak lepas pun rindu tu 10% je kot kalau lepas.. dan kali ni nak balik paling sedih dalam 4 tahun bercinta ni.. serius.. berat gila rasa hati.. tak tetap terpaksa berpisah..

memang nilah adat bercinta jarak jauh.. thanks for the day dear.. im so happy.. love u!

Thursday, December 4, 2014

Romantik Sangat Aku Rasa.

Assalamualaikum...

hari tu lepas pergi wedding member aku tu, aku ajak sorang classmate aku pergi lepak jap. biasalah kawan sekolah lama tak jumpa mesti nak lepak-lepak kejap, saje nak ngajak sembang. bonding time orang putih kata.. hehe


so sebab aku dengan member ni satu hala dia nak balik rumah, aku nak balik rumah sewa kat subang so tempat yang mahu di tuju adalah tg malim! sebenarnya aku dah lama sangat teringin nak lepak kat hitz cafe ni, cafe ni kira baru jugak la bukak maybe dalam setahun dua camtu kot. selalunya aku tengok cafe ni dari luar je, nak lepak tak berkesempatan lagi. geram je nak masuk tau, tapi sorang-sorang macam tak syok pulak.

so ni dah ada member memang terus la aku ngajak lepas sini, aku memang suka cafe-cafe camni tertutup tak semak dengan orang ramai sangat.


masuk-masuk je reaksi aku.. wow! menarik. suka-suka! hehe. time aku datang ni orang tak ramai pun so sangat la suka sebab tak perlu nak berebut dengan orang lain nak duduk meja mana, dan bole pilih meja dengan suka hatinya.he

btw pekerja-pekerja kat sini pun layanan bagus, cakap elok je sambil senyum. sejuk hati aku tengok tau.. gitew..hahaha..



antara benda yang menarik minat aku kat dalam kedai ni adalah lukisan ni. terasa kat street art sangat.hehe. lukisan tu menunjukkan kedudukan kedai kalau dari luar bangunan. lukisan menunjukkan kedudukan kedai dari luar bangunan tapi lukisan tu dorang lukis masa zaman tahun bila tah. nice sangat!


perhiasan dalam kedai ni semua ala-ala vintage, dengan background lagu english yang nyanyian akustik, pergh feeling romantik sangat tau dalam ni.. haha. lepas ni nak ajak En Buah Hati lepak sini pulak la. dah la ada aircond lagilah aku suka..hehe. demand tak?


ni makanan yang kitorang order hari tu. amek dessert jer. sebab perut dah kenyang nasi minyak pengantinkan. serius weh! ice blended dia sedap teruk member aku order ice blended coppucino, aku coklat. dua-dua sedap!!!! kek dia pun sedap.. maigoddd nak datang lagi sini..

okey yang frame-frame ni dekat bahagian depan kedai. aku nampak je terus nak tangkap gambar, pekerja kat situ siap offer nak tangkapkan gambar kami. see baguskan dorang? tengok siap ada talam lagi tampal kat dinding. aku kalau kat rumah talam buat isi lauk je. ni siap tampal kat dinding.haha 
tu member sekolah aku thanks lepak yunk! dulu time sekolah asyik gaduh je, sekarang rapat dah. haha.




Wednesday, December 3, 2014

Pasangan Kedua Satu Sekolah

Assalamualaikum..

selamat pengantin baru untuk kawan sekolah aku. dua-dua kawan sekolah aku, yang lelaki sama kelas dengan aku yang perempuan kelas sebelah. dan ni pasangan kedua yang kawin sama-sama kawan sekolah. yang pasangan pertama dah selamat ada baby dah. hehe.

tahniah korang, tak sangka dorang berpasangan rupanya. he. sebab time zaman sekolah takde pulak bercinta kan. ke diam-diam aku tak tahulah. haha. tapi memang member aku yang lain bercinta bila dah habis sekolah menengah. time sekolah kapel dengan orang lain. he


semoga bahagia. dan semoga perkahwinan yang dibina diberkati oleh Allah. tak sangka kawen da korang ye.. mujur aku dapat pergi belah perempuan sebab belah lelaki aku ada kerja pulak.. huhu..
sebab aku kalau boleh memang taknak terlepas wedding kawan sekolah, yela dah kawan time kite budak-budak sampai dah besar, haruslah hari special aku taknak terlepas. 

tapi ada jugak sorang dua yang aku terlepas sebab memang ada hal time tu.. tapi akan tetap aku cuma untuk datang makan nasi minyak dorang.


first time aku pakai dress dengan snikers kalau jubah tu aku dah biasa buat. rasa cool pulak. nak jalan pun senang.he.. tapi jalan kena kaver la kan..  





Monday, November 24, 2014

Selamat Hari Lahir Untuk Kami

Assalamualaikum..

cerita dah basi dah baru nak publish.. hehe. gambar dah lama dah upload dalam blog ni, tapi nak menaip tu mashaAllah tak tertaip.. haha.. macam biasa bulan november pasti akan ada entry khas harijadi.  tapi untuk tahun ni aku gabungkan je dua-dua ni kes malas teruk..hehe. ampun-ampun.

so besday kami tahun ni macam biasalah sambut jauh-jauh.. sedih tahu! tahun ni besday jatuh time aku praktikal so kat pejabatlah masa itu berlalu, tapi okey je sebab tak rasa macam stress pun macam tahun lepas sebab besday kat rumah. aku tak suka kalau besday aku time aku kat rumah. haha pelikkan? tapi itu realiti.


ni dah tiga bulan tak jumpa. kononnya minggu lepas nak jumpa, tapi en buah hati kelas pulak.. so tak tahulah bila boleh nak jumpa ni.. rindu gila dah ni! hehe.. takpelah kita merancang dia menentukan adalah tu yang terbaik tu. inshaAllah..


selamat hari lahir en buah hati. 1311.. dan selamat hari lagi yatt.. 1711.. 

dah seminggu berlalu tapi aku belum dapat makan kek walaupun sikit. so sesiapa sudi nak belanja kek tu boleh pm aku ye..hehe..

Wednesday, November 12, 2014

Latihan Industri : Owh Pengalaman Baru.

Assalamualaikum.


hai lama tak update blog.. aku dah habis belajar!! hehe.. tapi belum lagi grade lagi sekarang tengah praktikal. aku praktikal dengan classmate aku, muslihah dengan shahwal.  kitorang memang selalu bertiga senang ada geng ni.hehe

kitorang dapat tempat praktikal dekat subang bestari. alhamdulillah setelah pelbagai halangan dna dugaan dapat jugak kami tempat praktikal. sebelum ni dekat 4 tempat kami mohon, media prima, tv alhijrah dan rtm perak. tapi semua tak dapat sebab dorang takde kekosongan, dan akhirnya ada satu production house kami dapat, tapi pensyarah kami suruh kami tukar tempat lain sebab tempat tu sangat tak oke.

kau bayangkan benda da settle, dah konfem tempat pratikal dah dapat rumah sewa pensyarah kau suruh tukar tempat praktikal. sebab tempat yang kami dapat tu tak oke, kira macam kami tak akan dapat belajar benda la kalau kat situ.  tak kau kelam kabut nak mampus. kena cari last minit sebab dah la next weeknya dah kena start.. tapi alhamdulillah walaupun last  minit kami dapat jugak tempat praktikal dan tumah sewa.. wehuuu..!! 



tadaaa.. ni tempat praktikal kami.. synchronet Sdn. Bhd.. mujurlah aku dapat cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja, 10 minit je perjalanan. cuma si shahwal je berulang naik motor dari rumah dia dekat bangi, sebab dia malas nak duduk rumah sewa. aku dengan mus nak berulang nayalah jauh..haha.. kami ada bilik sendiri so seronok je duduk dalam ni berborak-borak.. hehe. kira selesalah.





ni bilik kami dari pandangan luar, aku kat tengah - tengah tu.. syok dengan aircond sejuk nak mampus..hehe.. ni gambar hari kedua, kami dah dapat projek dokumentari 13 episod.. gila la..takpe cabaran-cabaran.



ni belah depan pejabat aku sunyi je pejabat ni, pejabat kitorang kat tingkat 2. bilik kaca tu bilik bos.. alhamdulillah staf semua okey, ada akak sorang tu sporting gila kadang datang ke kitorang dok menyembang. hahaa..




ni pandangan dari belah depan, kanan tu bilik kitorang, kiri bilik ujung pantry. ada surau sekali so senang kami nak solat ke apa..



ni pantry. semua ada kalau nak masak pun boleh, tapi takde kerjalah kau nak masak time kerja ni ha.. hahaha. bawak bekal je dari rumah panaskan. so next week baru kami masak best-best sikit, sebab barang kat rumah aku tak sempurna lagi. bahan nak masak pun takde lagi.. tak sabarnya nak masak-masak.. wehu...


so harap 3 bulan ni dapat berjalan dengan lancar.. dapat markah A.. hehe.. dapat grad dengan jayanya.. so sesiapa orang subang tu boleh la hai-hai aku.. hahaha..