Wednesday, November 12, 2014

Latihan Industri : Owh Pengalaman Baru.

Assalamualaikum.


hai lama tak update blog.. aku dah habis belajar!! hehe.. tapi belum lagi grade lagi sekarang tengah praktikal. aku praktikal dengan classmate aku, muslihah dengan shahwal.  kitorang memang selalu bertiga senang ada geng ni.hehe

kitorang dapat tempat praktikal dekat subang bestari. alhamdulillah setelah pelbagai halangan dna dugaan dapat jugak kami tempat praktikal. sebelum ni dekat 4 tempat kami mohon, media prima, tv alhijrah dan rtm perak. tapi semua tak dapat sebab dorang takde kekosongan, dan akhirnya ada satu production house kami dapat, tapi pensyarah kami suruh kami tukar tempat lain sebab tempat tu sangat tak oke.

kau bayangkan benda da settle, dah konfem tempat pratikal dah dapat rumah sewa pensyarah kau suruh tukar tempat praktikal. sebab tempat yang kami dapat tu tak oke, kira macam kami tak akan dapat belajar benda la kalau kat situ.  tak kau kelam kabut nak mampus. kena cari last minit sebab dah la next weeknya dah kena start.. tapi alhamdulillah walaupun last  minit kami dapat jugak tempat praktikal dan tumah sewa.. wehuuu..!! 



tadaaa.. ni tempat praktikal kami.. synchronet Sdn. Bhd.. mujurlah aku dapat cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja, 10 minit je perjalanan. cuma si shahwal je berulang naik motor dari rumah dia dekat bangi, sebab dia malas nak duduk rumah sewa. aku dengan mus nak berulang nayalah jauh..haha.. kami ada bilik sendiri so seronok je duduk dalam ni berborak-borak.. hehe. kira selesalah.





ni bilik kami dari pandangan luar, aku kat tengah - tengah tu.. syok dengan aircond sejuk nak mampus..hehe.. ni gambar hari kedua, kami dah dapat projek dokumentari 13 episod.. gila la..takpe cabaran-cabaran.



ni belah depan pejabat aku sunyi je pejabat ni, pejabat kitorang kat tingkat 2. bilik kaca tu bilik bos.. alhamdulillah staf semua okey, ada akak sorang tu sporting gila kadang datang ke kitorang dok menyembang. hahaa..




ni pandangan dari belah depan, kanan tu bilik kitorang, kiri bilik ujung pantry. ada surau sekali so senang kami nak solat ke apa..



ni pantry. semua ada kalau nak masak pun boleh, tapi takde kerjalah kau nak masak time kerja ni ha.. hahaha. bawak bekal je dari rumah panaskan. so next week baru kami masak best-best sikit, sebab barang kat rumah aku tak sempurna lagi. bahan nak masak pun takde lagi.. tak sabarnya nak masak-masak.. wehu...


so harap 3 bulan ni dapat berjalan dengan lancar.. dapat markah A.. hehe.. dapat grad dengan jayanya.. so sesiapa orang subang tu boleh la hai-hai aku.. hahaha..




3 comments:

nini said...

terkenang plak zaman praktikal dulu

Unknown said...

untungnya dah nk abis blajar. jelous :(

Nurrul Hazieqah said...

Selamat ber praktikal kak...
bestnya dah nak habis belajar... :)