Thursday, September 3, 2015

Aku Dah Bergraduasi!

Assalamualaikum.

sebulan tak hapdet blog sebab takde aktiviti menarik nak cerita. tapi sabtu lepas ada aktiviti yang sangat menarik. aku dah grad!!! hehe. lama sangat aku tunggu hari ini menjelma. xcited sangat.. ehhe. malam sebelum hari grad serius tak boleh tido lena, pukul 1.30 terjaga pukul 3 terjaga lagi pastu pukul 5 terjaga terus takde tido dah. satu dok risau takut aku bersiap lama sangat, nak sarapan apa dulu semua. satu risau dengan EBH yang  dalam perjalanan tak sampai-sampai lagi. gila tak risau dia datang dari jauh tu. 

hati berdebar-debar tak yah cakap la camne macam nak nikah. haha over tak? sarapan pun takde selera makan sikit jer. ingat EBH dah sampai hilang lah debar, idok juga. hee. sampai dah masuk dalam dewan dah duduk baru hilang debor, dan rasa lapar!! dah ler berjam duduk dalam tu.
gambar pertama untuk hari itu. haha dia segan sebenarnya, nasib la dapat buah hati tak tau malu sangat ni. hari graduasi tak yah nak segan-segan, kalau hari biasa gila kau nak selfie camni dalam kolej. kahkah. bila nampak EBH dah sampai fuh tenang sikit hati, sikit jela. sian dia dok kene bebel dengan aku. mekasih awak, gigih nak sampai awal sebab nak masuk dewan. :*
sebelum beratur nak masuk dewan jumpa dorang dulu wefie sekali. time ni cuak lagi, lagi tak nampak muka member lain tak sampai.
budak kelas aku, ujung empat orang yang perempuan tu senior aku. grad sama dengan kitorang sebab ada problem tak grad tahun lepas. sebenarnya tak sempurna ahli kelas aku ni. ada yang tak datang konvo.
masa ni dah mula rasa lapar, mengantuk pun ada apa semua. nasib tak rasa nak terberak ke terkencing ke. haha
muka dah lega dah naik pentas, punggung dah panas tak sabar nak keluar. hehe.
lepas keluar dewan aku bergambar dengan kawan kelas kejap, lepas tu family
kalau tak yang datang konvo aku abang aku sorang, abah dengan EBH jer. sekali tengah beratur untuk gambar studio tetiba anak buah perempuan aku hulur bunga. haha terkejut aku kata tak boleh datang ada hal. sekali saja buat kejutan~! terharu sangat. gambar penuh satu family nanti aku post lagi satu entry khas. hehe
lepas gambar-gambar dengan family, makan semua aku dengan EBH terus pergi putrajaya. sebab nak bergambar lah!! seronok betul bergambar. hehe sebab aku memang suka. lagi-lagi dengan EBH. sian dia penat berjalan jauh kena paksa pose-pose. gigih layan aku. terharuuuuuuuu
muka kena paksa pakai jubah aku. haha. comeynya!!! lepas ni tunggu konvo awak pulak keh. time tu status dah bertukar dah tu.. hihihihi.
seronok main lompat-lompat, walhal panas belengas sangat time tu. tapi biasalahh gigih nak dapatkan gambar cun. punya banyak gambar hari tu. tapi aku rasa tak banyak pun. haha.
hai en penguat semangat. terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak untuk hari itu, gigih datang dari jauh, belikan bunga, bagi hadiah lagi, lanje makan. layan saya macam-macam. walaupun penat. layan karenah saya yang tah pape. sangat gembira hari tu. thanks sangat. u always do the best for me!!



p/s: ada entry lagi ni kene tulis. hehe

Sunday, August 2, 2015

Wayang Di Hari Raya

Assalamualaikum..

aku rasa ni macam kali pertama beraya kat wayang. haha.
last minit aku rancang nak pergi beraya rumah member baik aku masa sekolah, pastu terus dia ajak pergi tengok wayang sekali. haha aku on jer, lagi pun tak banyak rumah pon nak beraya hari tu.
lepas dah makan-makan kat rumah member aku kat kalumpang terus pergi rawang tengok wayang. tengok ant-man sebab ni je cerita yang best ada time tu.. cerita best, banyak kelakar. grafik tak yah cakap lah mesti power. marvel punya cerita kot. cuma time tengok ni aku tak berapa enjoy sebab asik fikir nak balik cepat je, nanti abah bising. so asik tengok jam. asik mintak cerita cepat habis. so kurang feel. dan aku dapat bagi 3.5 bintang je. mungkin atas diri aku yang tak fokus tengok. tapi memang ramai cakap cerita ni best. so pergilah tengok, dan pastikan korang berada dalam keadaan tenang dan aman.

tengah tu kawan baik aku time sekolah. perangai tak berubah dari dulu sampai sekarang sama jer. hehe. tengah sambung master, jeles i. pakai jubah zira baru habis belaja, sama macam aku penganggur kat rumah. dan dorang kata aku makin kecik. haha sukanya dengar lalala.

Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Yatt Dan Keluarga

Assalamualaikum.

selamat hari raya korang, baru sempat nak update blog. macam biasa dua tiga hari yang terawal memang sibuk teruk sebab tetamu tak berhenti datang sampai malam. letih dia takyah cakaplah, sakit belakang berhari-hari baru hilang

raya tahun ni macam biasa jer, takde meriah mana sangat pun. dia macam ha ha hambar. haha. ramai cakap camtu, kawan-kawan aku semua cakap camtu. sebab faktor usia mungkin. hee. aku rasa nak rasa meriah balik tima dah kawen nanti kot... harapnya inshaAllah.

atas gambar dengan anak-anak besar-besar belaka dah. belah kanan tu kakak aku.
OOTD raya aku, simple jer. tak beli baju raya pun. baju yang aku pakai ni beli time praktikal ritu tak sempat pakai so alang pakailah time raya.
gambar last. haha comelkan. yang paling kecik dah jadi paling besar.. kalah kakak dengan abang dia rdah.aku tak ingat gambar ni tahun bila, tapi bila tengok gambar-gambat lama buat geli hati sangat-sangat. haha.

aktiviti raya lain next entry okey.

Tuesday, July 14, 2015

Iftar Dengan Kawan Sekolah Rendah. EH Kawan Tadika.

Assalamualaikum..

dah bertahun aku rasa tak jumpa dorang. kawan sekola menengah pun ada bertahun tak jumpa sebab susah sangat nak jumpa, ni lagi sekolah rendah. haha. dorang ni aku kenal dari tadika, sama sekolah sampai darjah 6. lepas tu aku sekolah tempat lain bukan kat kg aku. ni selama berapa tahun barulah ada nak lepak sama. segan kot. haha. dorang yela sama sekolah sampai sekolah menengah, aku nak sembang apa pun tak tahu apa nak cakap.

 dan kebetulan aku tengah menganggur kat rumah dan dorang ajak berbuka sama memang amek peluanglah join, walaupun malu-malu. hee.. rindu dengan kawan lama. time sekolah aku duduk asrama, masuk kolej aku jarang balik rumah. memang susah nak jumpa dan join event apa-apa. 

sampai ke ijok kitorang berbuka, alhamdulillah sedap makan siakap tiga rasa. hehe. tak sangka dulu-dulu comot-comot je belaka semua, termasuk aku paling comot. haha. sekarang masing-masing dah ada kerjaya sendiri, ada yang sambung belajar lagi tinggi. hai aku je penganggur tak terhormat ni..

lepas ni join raya pulak sama-sama inshaAllah


Friday, July 10, 2015

Iftar Pertama Kat Luar Untuk Tahun 2015

Assalamualaikum

dah akhir-akhir ramadhan baru dan dapat berbuka dekat luar, selama ni dekat rumah jer. maklumlah penganggur. ni kebetulan memang nak ke rumah abg aku, apa lagi laju lah ajak anak buah aku pergi tengok wayang dan iftar kat luar sekali. hehe. kitorang tengok cerita Jurassic World, kononnya nak tengok cerita Minion, dekat tgv online takde. sekali sampai-sampai dekat mall ada pulak. gerammnyeee. aku suka order online je senang, malas nak beratur-beratur. ah redha jela.. mujur jurassic world best gilaaa.

best tahap kelip mata tu rugi. ha gitu. hahaha. ada la orang tu cakap dengan aku tak best. buweekk best kotttt.. dari awal sampai akhir banyak je aksi. kira macam scene semua teruja. dengan sound effect yang power tu. perghh. rasa nak tengok lagi sekali kot. memang ta rugilah tengok.
ni time otw. anak buah jenis kaki bergambar. pantang benti kat traffic lite selfie.
 hamek dalam wayang sebelum movie start pun sempat. amboi putih melepak muka i ols. eye bag jelas nyata. haha. pakai i pong cun la gambarkan. ops bukan  i pong aku. anak buah punya. aku samsung hang je. haha.

tak ramai pun tengok cerita ni, sebab dah lamakan. ramai orang cina kot. haha. lantak. tak tahan tu kemain meriah bau makanan. err.. sebab perut kosong loya rasa bau makanan dalam tempat aircond. tu okey lagi. paling tak tahan orang yang duduk sebelah  anak buah aku bau ketiak dia. haha. choiiii. sampai ke aku bau. teruk nokharom.. sabor jelaa.
sempat menimbang berat. haha. kurang soploh kg, mesin nipu ni.. kalau betul macam tulang dah aku kot. haha.



p/s: gambar iftar takde, lupa nak snap lapar sangat kot. hahaha