Tuesday, July 14, 2015

Iftar Dengan Kawan Sekolah Rendah. EH Kawan Tadika.

Assalamualaikum..

dah bertahun aku rasa tak jumpa dorang. kawan sekola menengah pun ada bertahun tak jumpa sebab susah sangat nak jumpa, ni lagi sekolah rendah. haha. dorang ni aku kenal dari tadika, sama sekolah sampai darjah 6. lepas tu aku sekolah tempat lain bukan kat kg aku. ni selama berapa tahun barulah ada nak lepak sama. segan kot. haha. dorang yela sama sekolah sampai sekolah menengah, aku nak sembang apa pun tak tahu apa nak cakap.

 dan kebetulan aku tengah menganggur kat rumah dan dorang ajak berbuka sama memang amek peluanglah join, walaupun malu-malu. hee.. rindu dengan kawan lama. time sekolah aku duduk asrama, masuk kolej aku jarang balik rumah. memang susah nak jumpa dan join event apa-apa. 

sampai ke ijok kitorang berbuka, alhamdulillah sedap makan siakap tiga rasa. hehe. tak sangka dulu-dulu comot-comot je belaka semua, termasuk aku paling comot. haha. sekarang masing-masing dah ada kerjaya sendiri, ada yang sambung belajar lagi tinggi. hai aku je penganggur tak terhormat ni..

lepas ni join raya pulak sama-sama inshaAllah


1 comment:

Aynal Mansor said...

Hi ! Cantik blog. Blogwalker disini. :)