Saturday, July 4, 2015

Kursus Asas Solekan |Cantik Di Hari Raya|

Assalamualaikum.

syukur kepada Allah untuk kesempatan dan peluang yang satu ini.

semalam dengan izin Allah akhirnya dapat jugak aku join kelas makeup yang dah berzaman sangat aku nak pergi. sebelum ni time belajar takde masa nak pergi sebab sibuk dengan assignment lagi so dengan rasa pasrah terpaksalah lepaskan walaupun hati teringin sangat.

dan akhirnya aku dapat jugak pergi kelas makeup-makeup ni. ini pun aku jumpa dengan Instagram, kebetulan aku memang follow MUA area kawasan aku sebab nak survey tok kawen katanya. so terjumpa akak ni punya IG dan aku berminat dengan cara dia makeup pengantin teruslah aku follow, dan kebetulan nampak iklan dia nak buat kelas makeup, memang takkan la nak lepaskan peluang ni woii.. hee. satunya memang dekat je dengan rumah aku, dan satunya murah! laju-laju aku whatsapp akak tu tanya. zuper exzited!!! haha
berbulan aku duduk rumah jer tunggu kerja tak dapat-dapat, memang rugilah kalau aku tak join peluang yang nikan. serius sangat teruja, dan gembira kemain. satu sebab aku rindu nak masuk kelas nak belajar sebab aku memang suka belajar, satu aku memang suka makeup-makeup ni. suka sangattttt. mata kemain segar time kelas tau. hehe Allah je tahu macam mana rasa gembira time tu.
kelas ni buat dekat Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. dah la tak pernah masuk sini, selalu lalu je. mula-mula agak seganlah lagi masuk-masuk semua kakak-kakak. aku paling muda kottt.. haha. rupanya dorang semua staff dan ada pensyarah kat politeknik tu, aku sorang je orang luar. gamblekan aku? hihi. alaa mula je segan, lama-lama sangat selesa dengan dorang sebab semua jenis meriah dan kelakar. asik gelak je dalam bilik tu. walaupun mereka ni dah jadi mak orang, yang tukang ajar pun friendly. kita nak tanya apa-apa pun tak segan.

sesi pagi belajar teori, step-step makeup, jenis berus, jenis makeup apa semua. dan kak Aqila (Cikgu) tunjuk tutorial dia makeupkan orang supaya nanti kitorang faham macam mana nak makeup diri sendiri nanti. lepas zohor mulalah sesi conteng muka sendiri. wehuuuu. bestnyerrr
tengok barang-barang makeup kak Qila ni, bestnyerr banyak camtu. kerja makeup orang kenalah ada banyakkan. dapat makeup muka dengan barang-barang kak Qila yang super best ni. seronok. dapat guna berus yang betul apa semua.

mata pun jadi warna warni tengok tau. haha.
nilah cikgu aku hari tu. sangat bersabar ajar anak-anak muridnya yang pelbagai karenah. hee.. jawab semua soalan dengan baik. dan ajar dengan baik. thanks kak qila.. muahhh
time ni kelas habis dah, makeup dah cantik-cantik haruslah bergambar. hehe. sempoi belaka semua. harap ada rezeki join kelas lagi..
 sebelum dan selepas, puasa ni muka teruk sikit sebab kurang minum air. nilah hasil makeup diri sendiri, sambil di tunjuk ajar oleh kak Qila. aku dah biasa makeup tak la rasa kekok sangat, tapi banyak aku belajar hari ni  cara yang betul nak lukis kening yang susah tu. haha. sebelum ni buat yang tak jadi selalu, yang jadi tak selalu. so ni dah tahu teknik mungkin lebih senang, yang penting kene rajin buat.

eye shadow yang sebelum ni aku pakai rasa pelik bila tengok muka aku balik, kali ni takde dah.. yeyyy. sukanyaaa.. hehe. hidung pun dah mancung secara tiba-tiba. kakakaka. kene kumpul duit beli barang makeup best-best ni.. hee


 so sesapa yang tengah cari MUA boleh contact akak ni okey.


p/s: EBH kata makeup kali ni cantek.. aww. eheee

3 comments:

Ila Aqila (MakeOver) said...

Terima kasih yatt.. Terharu sgt akk baca .hopefully ukhuwah yg djalinkan bkekalan.tqsm yunk ������

E'in said...

bestnye yatt.. e'in takut nak join kelas make up nie.. yelaa sbb tgn kite nie tak de seni.. huhu

afeefa azim said...

yatt lawa make up tu!! hehehe