Thursday, February 3, 2011

Mencuitkan hati =)

Semalam aku mula cuti..seronok betul dapat cuti awal, walaupun ada yang lagi awal cuti dari aku huhu..thanks dekat my lecture coz awalkan kelas dapat la aku balik awal..hihi..kalau tak mau tinggal sorang-sorang la aku at rumah..huhu..so macam biasa balik dari kolej ke rumah tentu-tentu la aku naik KTM an takde maknenye nak berjemput..yang aku nak cerita sekarang ni ada perkara yang sangat mencuit hati aku berlaku at dalam KTM..rasa shomell sangat..aku nak cerita pasal dua orang budak perempuan yang sangat bersemangat bersembang, petah sungguh dorang bercakap, tapi dorang bukan orang melayu tau..dorang orang indonesia pelik gak, sekali aku tengok la lencana at uniform yang dorang pakai, kalau mata aku tak salah dekat lencana tu bertulis Sekolah Indonesia Kuala Lumpur..uit! tak tau pulak at Malaysia ni ada sekolah tu..kesiannye aku, adakah aku ni ketinggalan? huhuhu..BTW sekarang aku dah tau...hehe..

tangkap curi2..hihi( khusyuk tol bersembang)

satu KTM aku rasa just dengar suara dorang berdua bersembang, tapi seronok jugak hilang ngantok aku..bagi aku dorang ni bagus tah la..sebab kalau aku tengok kanak-kanak melayu tak macam tu pon ..ish! xbaiknye aku cakap macam ni, tapi ni just pendapat aku la..korangkan selalu tengok cerita Indon an, pelakon kanak-kanak yang petah time lakonan, macam tu la aku tengok dorang..yang membuatkan aku lebih tertarik bila, ada seorang makcik ni tanya nama dorang ( sorang Jasmin, sorang Liya) tapi dorang kenalkan diri masing-masing dengan cara yang berbeza..kenapa aku kata berbeza, sebab Liya kenalkan Jasmin, Jasmin kenalkan Liya..sepatutnya bila orang tanya tentang diri kita mestilah kita bagitau pasal diri kitakan, tapi dorang tak..bijak betul boleh sebut tentang kawan dorang secara tepat siap name penuh lagi, tempat tinggal pon dorang tau..bijak sungguh..senyum sorang-sorang aku tengok gelagat dorang..kalau macam ni hari-hari tak la boring aku duduk berjam dalam KTM tu.. =)

p/s: tengah seleseme..huhuhu..

5 comments:

AmirFX said...

Mesti cita pasal upin ipin.. haha..

coffee said...

im your new follower.... be mine too... thank you!

Syam Yazie said...

hahaha. ikut perangai kau agaknya. haha

yaya kechiq said...

sekolah tu dekat dengan stesen bas putra kalau tak silap . uniform dorang pon memang standard uniform skolah rendah indonesia .

wida said...

sy pon baru tau diaorg ada sek kat sini yerr..hehe
tq singgah blog sy:)